12 Mac 2014

Selamat datang PFR, sayonara BLR

Kadar BLR akan dimansuhkan di Malaysia?

Bank Negara telah mencadangkan untuk menggantikan kaedah BLR atau Base Lending Rate dengan kaedah baru iaitu Prime Financing Rate (PFR).

Sebelum ini, Bank menggunakan kadar BLR minus di dalam menetapkan kadar pinjaman produk mereka.
Kadar BLR pula ditentukan berdasarkan kadar Overnight Policy Rate (OPR) yang bank negara tetapkan.

Itu sebab biasa kita dengar, orang beli rumah dapat pinjaman dengan kadar BLR - xx.
Contoh: 
BLR - 2.0
BLR - 1.8
BLR -2.2
dan sebagainya


Katakan Faizal membuat pinjaman RM 200K dengan kadar BRL - 2.0
apabila BLR = 6.0, kadar pinjaman yang dikenakan ke atas beliau adalah 
kadar faedah = 6.0 - 2.0
                     = 4%

tetapi apabila Bank Negara menaikkan kadar OPR dan menyebabkan BLR naik ke 6.6, maka kadar faedah yang dikenakan ke atas Faizal menjadi
kadar faedah = 6.6 - 2.0
                     = 4.6%

kenaikan kadar faedah menyebabkan jumlah bayaran bulanan meningkat juga.

Namun begitu, baru-baru ini Bank Negara telah mencadangkan untuk menggantikan BLR kepada PFR.

Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara


Kadar PFR akan ditentukan sendiri oleh setiap bank.
Ia akan menggambil kira kos dana (cost of funds) dan kadar keperluan rizab berkanun (statutory reserve requirements).
Kemudian dari kadar ini, bank akan tentukan berapakah margin keuntungan, kos operasi dan risiko operasi untuk ditambah (plus) kepada kadar PFR ini.

Dengan ini, nampaknya kadar pinjaman baru nanti akan jadi PFR + x.x%

Setakat ini, ia masih di peringkat kajian dan cadangan
Bank Negara sedang meneliti respon dan cadangan setiap bank.
Namun tiada tanda-tanda cadangan ini akan dibatal atau ditunda.

Di negara lain, kaedah ini bukan asing.
Mereka banyak merujuknya sebagai Prime Rate.
Ia digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, antaranya.

Namun CIMB Research menjangkakan perkembangan pinjaman bank akan menjadi semakin rendah disebabkan faktor terbaru ini.



2 ulasan:

Suhaimi Zohor berkata...

PFR + xx% bank suka la. Ok sedia nak cari keje kat bank ni. Cnfm bonus meletop-letop.

p/s: dah macam jatuh ditimpa tangga, pastu kene baling telur busuk pastu malu kene gelak. ^_^"

Suhaimi Zohor
www.duitmanis.com

ai berkata...

tbaik