03 Mac 2014

Mercelite ke maxilite?

Berhati-hati dengan jenama cat.

Kebiasaan bagi tuan rumah untuk mengecat semula rumah sewanya jika didapati cat dah luntur.
Atau bagi pemilik rumah yang baru dapat kunci dari penjual.
Rumah subsale ni kadang-kadang rumah lama..
Perlu dicat semula supaya nampak cantik dan macam baru.
Barulah boleh ambil kadar sewa semasa yang cun.

Bulan lepas, saya mengecat salah sebuah rumah sewa saya.
Untuk warna asas putih, saya suka pakai cat Maxilite.
Murah dan kualiti bagus.

Cat sebelum ini yang masih berbaki, saya pinjamkan ke kawan saya.
Dia guna untuk cat rumah di cyberjaya dan tertinggal pula cat tu di situ.

Kebetulan pada hujung minggu saya nak mengecat tu, dia balik kampung.
Dia cadang, ambil sahaja cat putih yang dia dah beli tapi tak jadi guna.
Sebab saya dah bagi guna cat saya je kan..
Cat dia tu ada di rumahnya, betul-betul depan rumah saya sahaja.

Saya ada kunci rumah dia.
Jadi, saya pun ambil dan bawa ke rumah sewa saya.

Saya tak syak apa-apa.
Cuma semasa membancuh cat, saya perasan yang ia tak pekat seperti biasa.

Kemudian bila kerja menggelek cat dilakukan, terasa lain.
Cat lebih cair, warna kurang melekat dan teksturnya berbeza dengan maxilite biasa.

Lalu saya belek baldi cat itu semula.

Mak ai,.. Rupanya bukan Maxilite.
Tapi Mercelite.


Nama hampir sama
Packaging pun hampir sama
Memang mengelirukan.

Saya telefon kawan saya, dia sendiri pun tak perasan yang dia beli ni bukan Maxilite yang kami biasa pakai.

Haihh... 
Kalau dari segi undang-undang harta intelek, ini boleh dikatakan passing off.
Kerana cuba meniru dan mengelirukan pengguna.

Hari itu saya ke kedai hardware, beli cat Maxilite yang sebenar.

1 ulasan:

Unknown berkata...

TQ kongsi pasal cat. Blog bisnes besar2 jarang nak citer benda2 kecik tapi penting mcm ni. Teringin nak pegi seminar sis, walopon blom mampu beli rumah lagi.