21 Mac 2014

Bermalam di Emanuel Homestay, Danau Toba

Beruntungnya jika kita tinggal di lokasi pelancongan kan..
Sebab dengan tanah yang sedia ada, kita hanya perlu tambah bilik dengan pintu berasingan
Dan kemudian sewakannya sebagai bilik penginapan.
Dah jadi satu sumber pendapatan tambahan kan..

Saya lihat di Langkawi, ramai orang kampung berhampiran Pantai Cenang buat begini.

Teringat semasa saya ke Danau Toba.
Saya gamble sahaja ke sana walaupun belum ada penginapan.
Kerana pada masa itu cuti umum Chineese New Year atau di sana ia dipanggil 'Imlek'.

Ketika di Medan sehari sebelumnya, saya cuba menghubungi semua hotel dan penginapan yang ada di internet.
Tetapi semuanya penuh.



Saya gamble juga bergerak ke sana.
Sedang saya jam 4.00 petang baru tiba di Tuk Tuk dan berseorangan.

Berjalan kaki dari simpang ke Tuk Tuk ke kawasan pelancongannya lebih kurang 3 km juga.
Apabila tiba di hotel-hotel di kiri kanan, semuanya penuh.
Hinggalah saya melewati sebuah kedai runcit yang ada papan notis dengan kotak bertulis "Di sini ada bilik penginapan".



Saya pun bertanya kepada pemilik kedai tersebut.
Ya, memang ada lagi bilik penginapan di tingkat atas.
Lega...



Bilik penginapan ini ringkas sahaja.
Ada katil queen dan cermin.
Ada satu bilik air di luar untuk dikongsi dengan satu lagi bilik penginapan.

Mereka baru je siapkan dua bilik penginapan dan bilik air ini di atas kedai runcit dan rumah mereka.
Harga semalam adalah IDR 150 ribu.

Pemiliknya adalah pasangan suami isteri muslim.
Nama isterinya Mek Leksa.
Majoriti di sini beragama kristian.

Bilik ini bersih. begitu juga dengan bilik air.
Cuma air ke tandas memerlukan penggunaan pam air.
Jadi, jika mahu menggunakan tandas dan air di besen tidak mencukupi, saya perlu turun ke kedai di bawah dan meminta pemiliknya menghidupkan pam.
Sebab takkan mereka nak pasang sahaja pam air setiap masa kan..

Ruang balkoni di luar bilik ini besar dan mengadap tasik.
Tapi saya lebih gemar turun terus ke tepi tasik untuk menikmati pemandangannya.
Tidak jauh dari situ juga ada kedai makan muslim.



Pagi esoknya, Mek Leksa menyediakan masakan lontong.
Mereka panggil lontong sayur.
Harga lontong sayur dan air kopi O adalah IDR 15,000.




Saya juga bertemu dengan dua orang anak-beranak dari Malaysia.
En Shanmugam dan bapanya.
Mereka datang ke Tuk Tuk ini satu keluarga.
9 orang semuanya.
Makan sambil berborak dengan En Shan, bapanya dan Mek Leksa memang pengalaman yang terbaik.

Sebelum saya pulang, Mek Leksa ini sempat berpesan kepada saya.
"tolong saya masukkan penginapan ini di internet ya!"



Jika ada yang berhajat ke Danau Toba, mungkin boleh pertimbangkan penginapan ini.

Bilik yang bersih, selesa dan murah dan pemiliknya yang ramah.

Emanuel Homestay
untuk tempahan, boleh hubungi +62002165522320

1 ulasan: