Ia juga menyenaraikan purata pendapata jika mahu membeli runah di beberapa lokasi utama.
Nombor-nombor ini dijana dari dapatan kajian yang telah dijalankan okeh Sime Darby.
Kajian melibatkan 1,529 reponden.
1,183 daripadanya adalah pemilik rumah di lokasi-lokasi seperti di dalam gambar di atas.
Sejauh mana tepatnya dapatan kajian ini?
Betul ke kalau orang Kajang, kena ada pendapatan RM 12,300 baru boleh beli rumah?
Pandangan saya, ayat 'household income NEEDED to own house' tu tak tepat
Jika mahu memiliki rumah, gaji bawah rm 3,000 pun boleh.
Yang penting, kita mesti tahu:
- bagaimana urus kewangan peribadi dan keluarga
- simpan duit untuk wang deposit dan kos peguam
- tahu peluang keluarkan duit kwsp
- tahu dan rajin cari rumah yang sesuai dengan pendapatan
- baca artikel, buku, blog dan hadir kelas yang bercertita mengenai pembelian rumah dan kewangan.
Hidup di bawah kemampuan.
Jangan berangan mat jenin dan cuba hidup di luar kemampuan.
Yang penting dapat beli rumah kan..
Kalau dah mampu bayar pinjaman sebulan RM 350 sahaja, belilah rumah flat.
Rumah juga,
Kalau mampu bayar RM 800 sebulan, dan layak buat pinjaman sebanyak itu, belilah apartment yang harganya kurang dari RM 200,000.
Rumah juga.
Sekali lagi, berbelanja dan hidup di bawah kemampuan.
Tak semestinya kena tunggu pendapatan berbelas ribu baru boleh beli rumah.
Artikel ini boleh diakses di sini.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/18/Klang-Valley-still-affordable-A-household-needs-monthly-income-of-RM14580-to-buy-a-home
3 ulasan:
Masa beli rumah kat area batu caves gaji cuma 4k++ jer, alhamdulillah bolehlah dapat rumah teres buka 18 kaki tuh.. kecik jer kan... tapi itulah yg mampu pun, kalau nak ikut semua kehendak hati boleh mati kikikiki
saya pun hairan. takkan 14% jer untuk service mortgage. yg menakutkan ialah housing-income index ini akan dijadikan panduan untuk policy makers.
Masa mula-mula beli teres 2 tingkat di Bangi dulu harganya 203k tahun 2005, sekarang 203k dapat medium cost apartment
Luk
www.jombahagia.blogspot.com
Catat Ulasan