Sebenarnya saya tiada di Malaysia.
Saya ke Medan, Kabanjahe, Danau Toba dan Banda Aceh.
Misi saya, menjelajah Sumatera Utara dan Acheh berseorangan.
Selama seminggu.
Sepanjang saya di sana, saya menulis diari perjalanan harian saya di Facebook peribadi saya.
Maaf tak dapat update di sini kerana kesuntukan masa.
Namun begitu, ingin juga saya kongsikan sedikit apa yang saya pelajari sepanjang di sana di blog ini.
Ruko
Di Medan khususnya, bangunan komersialnya kebanyakannya adalah pejabat dan di atasnya rumah kediaman.
Ia dipanggil 'ruko'
ia adalah singkatan dari perkataan rumah toko.
toko bermakna kedai.
Pintu Kayu
Kalau di Malaysia, pintu kedai biasanya sudah modern.
Mereka akan pakai pintu slider aluminium tu.
saya pun tak tahu apa namanya.
Tetapi di Medan dan Banda Acheh, masih banyak lagi bangunan kedai yang dibina dipasang pintu kayu.
Mungkin harga kayu di sana lebih murah?
Dijual
Jika di Malaysia, 'Rumah Dijual' bermakna rumah itu sudah dijual.
Tetapi di Indonesia, iklan-iklan rumah untuk dijualnya memang ditulis 'Rumah Dijual'
atau 'Dijual' sahaja
Ia belum lagi terjual.. baru mahu jual sahaja.
Begitu juga jika rumah atau kedai itu untuk disewa
ia akan ditampal iklan bertulis 'Rumah Dikontrak'
![]() |
kredit foto: http://griyaidola.com/ |
Wakaf Masjid
Ada seorang hartawan di Medan.
Namanya Haji Hanif Shah.
Beliau dikatakan orang ketiga terkaya di Medan.
Beliau dan anaknya, Musa Razek Shah telah membina sebuah masjid yang begitu indah di atas sekeping tanah miliknya.
Nama masjid ini Masjid Al-Musannif.
Lokasinya di Kompleks Cemara, yang merupakan projek pembangunan komersial syarikatnya.d
Masjid ini menjadi salah satu masjid tercantik dan terkemuka di kota Medan.
Bagus kan....
si hartawan yang mewakafkan harta dan tanahnya untuk membina masjid bagi kegunaan semua orang.
Ini menunjukkan yang Islam memang menggalakkan umatnya mencari harta
harta itu kemudiannya ada bahagian untuk orang lain pula.
Masya Allah...
Pengembaraan ini merupakan pengembaraan solo saya yang pertama.
Melihat sendiri gunung berapi berasap di depan mata
Melihat sendiri kampung mati dan musnah akibat lahar gunung berapi Sinabung dan debu panasnya
Melihat sendiri bumi yang bangkit semula selepas hancur ditolak ombak besar tsunami
ini adalah pengalaman terbaik saya.
Bersyukur atas peluang dan pengalaman ini.
dan terima kasih banyak kepada Irsan Iskandar dan Dedek Azman dari Backpakcer Medan yang banyak membantu saya di sana.
habis hancur dek lahar dan debu panas gunung sinabung di belakangnya |
rumah hancur |
![]() |
Gunung berapi Sinabung yang masih marah sejak September 2013 hingga hari blog ini ditulis |
Saya, Dedek dan Irsan, kawan backpacker Medan yang membawa saya melihat Sinabung |
Kapal PLTD seberat 780 tan ditolak sejauh 5 km dan terdampar di tengah-tengah perkampungan oleh ombak tsunami. |
Kapal nelayan terdampar di atas bumbung sebuah rumah. Alhamdulillah kesemua 56 anak kapal selamat. Namun di kampung ini sahaja, seramai 982 orang meninggal dunia. |
![]() |
Masjid Baiturrahim yang masih gagah berdiri meskipun ia betul-betul di tepi pantai. Sedangkan di sekitarnya hancur musnah. Gambar semasa selepas tsunami dan sekarang. |
2 ulasan:
slider aluminium - roller shutter :P
haaa... roller shutter.. tenkiu CHONG LC :)
Catat Ulasan