Siapakah penyewa?
Adakah semua yang indah-indah sahaja akan berlaku kepada tuan rumah?
bagaimana jika anda bertemu dengan penyewa dari neraka?
Bagaimana mahu menghalau mereka jika mereka tidak mahu keluar dari rumah anda?
Aha... saya mendapat ilham untuk istilah penyewa dari neraka ini semasa menulis artikel INI.
penyewa dari neraka boleh muncul di depan sesiapa sahaja.
mereka boleh muncul dalam pelbagai wajah.
mungkin secantik Julia Roberts, sekacak Tom Cruise atau stereotype seperti Awang Hitam.
Alhamdulillah.. artikel yang saya tulis dalam Bahasa Inggeris mengenai penyewa dari neraka telah pun diterbitkan di dalam Majalah Property Insights yang terbaru.
Terima kasih banyak-banyak kepada Editor dan pihak Property Insights keseluruhannya kerana memberi peluang kepada artikel saya ini.
Yang paling best adalah, dalam isu ini, sudah ada gambar profile saya yang comel ini..
heee.....
Berbaloi buat photo shoot dengan kak Tilo Tama tempoh hari..
Kepada kawan-kawan, dapatkan majalah ini dari kedai majalah anda.
Ada banyak artikel yang hebat-hebat di dalamnya.
Nak lagi mudah, langgan terus supaya ia dihantar terus kepada anda setiap bulan.
Saya boleh katakan, majalah ini adalah majalah wajib untuk anda baca jika anda serius mahu menjadi pelabur hartanah yang berjaya.
Jom baca artikel Tenants from Hell... Hell.. Hell... Hellllll.. (bunyi gema...)
5 ulasan:
Apsal saya cari di mph tak jumpa pun majalah ni? hehehe..salah ruangan ke saya pi?
Sy beli keluaran bulan lepas, byk article yg menarik insyAllah akan beli lg bulan ni.
Tahniah dapat menulis untuk majalah hebat ni.
Insyaallah.. bagus juga utk standby pd penyewa2 neraka ni.. heheh tq
hahahaha hell hell hell... lawak2..
Eyriqazz, cuba tengok kat kedai majalah dalam shopping mall. MPH memang saya pun tak pernah nampak.
W A rahman, terima kasih... enjoy the reading ya
Nur Misnan, haah.. ilmu tu.. kot-kot memerlukan..
zitiezahim, kan.. hahaha nampaknya keluarga kita je faham lawak pada ayat last tu hahaha
Catat Ulasan