Sabtu hingga isnin baru-baru ini saya ke Koh Lipe
bercuti semata-mata untuk menyelam ke dasar lautan Andaman di situ.
saya pergi dengan 2 orang kawan saya yang juga mempunyai lesen Open Water Dive.
Alhamdulillah.. tahun ini saya berjaya pergi menyelam di dua lokasi.
Perhentian dan Koh Lipe.
saya ada kongsikan projek diving di Perhentian DI SINI.
Bercakap mengenai menyelam atau diving, ramai orang teringin nak turut sama melakukan aktiviti sukan ini.
Tapi tertanya-tanya bagaimana caranya?
kena ambil lesen dulu ke?
tak ada lesen tak boleh menyelam ke?
kalau tak tahu berenang, macamana?
Ok, untuk turun menyelam, memang perlu ambil lesen.
sama macam nak memandu kereta, perlu ambil kelas, ujian dan lulus untuk dapatkan lesen memandu.
Ada sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengeluarkan lesen, garis panduan dan menetapkan standard.
Namanya PADI, berpengkalan di Australia.
Discovery Scuba
Tapi kalau sekadar mahu mencuba-cuba, dive center ada tawarkan pakej Discovery Scuba.
Yang ni mereka akan pegang anda dan bawa anda turun ke bawah laut, biasanya pada kedalaman 5 meter.
Jadi, kalau baru nak dapatkan feel, boleh lah cuba Discovery Scuba ni.
Open Water Dive.
Bila anda pasti anda memang suka aktiviti ini dan mahu betul-betul turun menyelam, boleh lah daftar dan ambil lesen Open Water Dive.
Untuk lulus lesen ini, anda perlu
- menjalani 5 sesi confined water. berlatih buka mask, tukar regulator udara, berlatih buoyancy dan lain-lain.
- berjaya melakukan 4 dive pada kedalaman lebih 12 meter. Kata instructor saya, sekurang-kurangnya 20 minit pada kedalaman 12 meter - 18 meter.
- lulus 5 ujian bertulis untuk 5 bab.
- lulus peperiksaan bertulis. soalan objektif
- menonton DVD panduan menyelam yang ada 5 bab kesemuanya.
- lulus ujian terapung dengan muka di atas selama 10 minit.
- lulus ujian snorkelling atau berenang pada jarak 200 meter.
Sebagai pemegang lesen Open Water Dive, anda boleh menyelam pada kedalaman maksima 18 meter di bawah laut.
Tak tahu berenang?
Perasan tak perkataan 'atau' pada ujian terakhir yang saya tulis di atas?
bermakna kita ada pilihan.
Kalau tak tahu berenang, masih boleh ambil lesen Open Water Dive ini asalkan anda tahu dan biasa snorkelling.
Haihh.. takkan la snorkelling pun tak pernah buat atau tak mahu buat kan...
Lagipun, kita tidak berenang di bawah air.
kita berenang jika di permukaan air sahaja.
pergerakan di bawah air adalah berbeza.
bukan berenang.. tapi bergantung pada buoyancy iaitu pengapungan badan bergantung pada tarik atau hembus nafas dan juga pada jaket keselamatan yang anda pakai.
jaket itu dipanggil sebagai BCD
ia boleh diisi angin atau dikeluarkan angin bergantung pada siatuasi.
Cuma bagi yang tahu berenang atau yang dah biasa dengan aktiviti air, tahap water confident mereka lebih tinggi.
ini mengurangkan panik bila terpaksa bernafas di dalam air nanti.
PADI Scuba Dive
Bagaimana sekiranya anda gagal ujian yang diperlukan dalam lesen Open Water Dive?
pengalaman saya, saya pernah kena selsema semasa turun dive di Mabul pada tahun 2011.
Sepatutnya saya langsung tak boleh turun dive.
Ya, anda tak boleh turun menyelam jika tidak sihat.
Tapi sebab dah datang dari jauh kan.. saya cuba juga.
Boleh baca DI SINI.
Disebabkan selsema, saya gagal buat equalize iaitu menyamakan tekanan udara dalam telinga, hidung dan tekak dengan tekanan udara semasa di dalam laut.
Jika tak boleh equalize, saya tak boleh turun ke bawah lagi.
Sudahnya, saya hanya mampu lakukan 2 diving seperti yang dikehendaki oleh instructor saya sahaja.
Memandangkan saya sudah gagal syarat bilangan 4 dive, instructor beri saya pilihan untuk dapatkan lesen PADI Scuba Dive sahaja.
Untuk PADI Scuba Diver, syaratnya:
- menjalani 3 sesi confined water
- menjalani 2 sesi diving pada kedalaman 12 meter - 18 meter.
- lulus 3 ujian bertulis untuk 3 bab.
- lulus peperiksaan bertulis untuk 3 bab
- menonton DVD untuk 3 bab.
- lulus ujian snorkelling atau berenang untuk jarak 200 meter.
- lulus ujian terapung dengan muka di atas untuk 10 minit.
Sebagai pemegang lesen PADI Scuba Dive, anda boleh menyelam pada kedalaman maksima 12 meter sahaja dan mesti ditemani seorang dive master atau instruktor.
Advanced Open Water Dive
Selepas ada Open Water Dive, kalau anda mahu turun lebih dalam, boleh lah dapatkan lesen Advanced Open Water Dive pula.
dengan lesen ini, anda boleh turun hingga ke kedalaman 30 meter di bawah laut
dan boleh pilih kepakaran tertentu sama ada diving malam, diving di lokasi kapal karam dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan