Saya copy paste semula buat yang tak dapat baca dari print screen di atas:
Apa juga yang agen insurans anda gebang:
1) tak semua orang perlukan insurans nyawa. Ia hanya untuk mereka yang ada orang lain bergantung kepadanya dari segi kewangan. Contoh bapa yang ada anak dan isteri. Jangan belikan insurans nyawa untuk anak anda. Sebab anda tak bergantung dari segi kewangan kepada anak anda. Dia yang bergantung pada anda.
2) Setiap orang wajib ada kad insurans perubatan. Termasuklah anak-anak anda, perlu dilindungi dengan kad insurans perubatan. Jangan harapkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan sahaja, walaupun anda kakitangan kerajaan. Anda tahu berapa lama anda perlu menunggu untuk mendapatkan rawatan atau berapa kali kena ulang-alik untuk menjalani ujian demi ujian oleh doktor pakar. Pada masa anda disahkan ada penyakit kronik, mungkin sudah terlalu lewat.
3) tak perlu ambil insurans pendidikan untuk anak-anak anda. Cukuplah simpan duit sedikit dan gunakan ia untuk deposit beli rumah pelaburan. Satu anak satu rumah pelaburan. Tak mampu beli rumah RM 200,000, belikan yang berharga RM 50,000 pun sudah lebih baik.
4) Dapatkan pakej insurans dari agen yang bersungguh, baik hati dan caring.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila saya tulis perkataan insurans di sini, ia meliputi takaful juga.
Tips ini tidak terpakai kepada orang yang dah ada banyak sangat duit dan tak kisah ambil pakej insurans berlebihan..
asalkan mereka dapat pengecualian cukai.
Tapi tips ini sesuai buat mereka yang tak berapa cukup duit atau duit lepas-lepas sahaja
atau mahu mendapatkan perlindungan insurans secara cost-effective.
Buat yang kurang faham mengenai point no 3, boleh baca artikel saya DI SINI dahulu.
Simpan vs Perlindungan
Ada juga yang terkeliru...
tak perlu ambil insurans pendidikan bermakna saya tak cadangkan menyimpan duit ke?
Ok, fahami konsep asas dahulu.
Simpanan adalah asas kepada perancangan kewangan.
Nak buat apa pun, memang kena menyimpan.
Jadi, simpanan itu wajib.
Dah tu, awat tak bagi simpan duit kat insurans pendidikan?
aha.. anda tak dapat bezakan simpanan dan perlindungan.
Insurans atau takaful ini adalah pakej perlindungan.
Bukan simpanan.
Mereka fokus kepada perlindungan.. bukan kepada menjana bonus atau dividen yang tinggi untuk simpanan anda.
Jadi, bezakan.
Simpan wang atau laburkan wang anda di tempat yang boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi,
Itu sebab saya cadangkan beli property.
Dah baca artikel yang saya beri link tadi?
Baca dulu dan fahamkan...
Tak semua orang perlukan insurans nyawa
Anak-anak kita pula tak perlukan insurans nyawa sebab kalau dia meninggal dunia, tak ada siapa pun yang bergantung kewangan kepada dia.
Kita tetap ada gaji.
kita tetap ada pendapatan.
Sebaliknya, bapa yang paling penting perlu ada insurans nyawa.
Sebab kalau bapa meninggal dunia atau ditimpa kemalangan, sumber kewangan seluruh keluarga turut terjejas.
Buat mereka yang masih bujang tetapi telah ada kerjaya yang baik, perlu tak insurans nyawa?
Jawab soalan yang sama.. ada tak orang yang menderita dari segi kewangan jika anda meninggal?
Jika tidak, anda tahu jawapannya.
Tapi katakan jika anda mempunyai seorang ibu yang memang andalah yang menanggungnya atau tinggal bersama anda, mungkin anda perlukan insurans nyawa jika anda tidak tinggalkan harta lain kepadanya.
Tapi jika anda pun dah ada beberapa rumah sewa dan rumah itu pun akan jatuh kepadanya bila anda meninggal, maka mungkin insurans nyawa tidak diperlukan pun.
Kenapa Kad Perubatan?
Untuk perbelanjaan ketika masuk hospital dan ditimpa penyakit pula, di sini pentingnya kad perubatan.
Kad perubatan akan sangat membantu anda.
Baru-baru ini kawan baik saya telah didiagnos menghidap SLE.
Nasib baik lah bila seluruh sendinya sakit sangat, masa itu dah cukup tempoh 4 bulan selepas dia mula mengambil kad perubatan.
maka dia layak ke hospital pakar swasta untuk membuat pemeriksaan.
Dalam masa sehari sahaja, 3 ujian dilakukan
dan doktor sahkan dia mengidap SLE.
Sebenarnya, beberapa tahun lepas, beberapa sindrom sama telah ada.
Dia telah berulang-alik ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan.
Tapi fahamlah, hospital kerajaan ni perlu melayan ramai orang.
Untuk satu ujian, dia kena datang sekali..
kemudian tunggu keputusan.
Kemudian set temujanji lagi beberapa bulan untuk ujian kedua..
kemudian tunggu keputusan lagi..
dan begitulah berulang-ulang tapi doktor tidak dapat mengesan SLE.
Mungkin pada masa itu petandanya masih kurang ketara..
Sebenarnya ini kawan kedua saya yang menghidap SLE.
Sebelum ini telah ada seorang kawan baik saya turut mempunyai penyakit yang sama.
Bercerita mengenai mereka, saya amat berterima kasih jika kawan-kawan dapat doakan kesihatan yang baik buat kawan saya ini.
Agen Insurans
Penting memilih agen insurans yang bersungguh, baik hati dan caring.
ia merupakan individu paling penting yang akan turut sama ke hospital menguruskan segala dokumen.
Jadi, jangan ambil pakej insurans dari agen yang baru nak cuba-cuba atau sekadar cari wang tambahan geli-geli.
Ambil lah dari agen insurans yang serius dan memang buat kerja ini sepenuh masa.
Sebab dia tahu, inilah kerjayanya.
dan dia perlu servis kita walaupun dah tamat tempoh 5 tahun sebab mungkin kita boleh beri referral kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita pula selepas itu.
agen insurans yang memang caring sebab itu memang sikapnya.
Untuk artikel dan maklumat lanjut mengenai insurans dan takaful, mungkin boleh baca BLOG AGEN SAYA INI
atau BLOG AGEN TERKENAL ini.
2 ulasan:
Assalamualaikum, terima kasih kerana meletakkan link ke blog saya.
Sungguh terharu :)
Untul perkongsian khusus tentang takaful, saya kongsi di blog www.rahsiatakaful.com.
Blog www.afyan.com masih ada, cuma lebih banyak topik umum.
Terima kasih Cikpuan Rohaniah atas rekomendasi tersebut
Catat Ulasan