06 November 2013

Gaza Run 2013: berlari dalam kecewa

Ahad, 3 November 2013 berlangsungnya larian Untukmu Gaza 10K
Larian ini dianjurkan oleh Aman Palestine.

Jarang saya berkongsi mengenai larian yang saya sertai di blog ini.
Tapi saya terpanggil untuk menulis kerana terlalu banyak rasanya yang perlu saya tulis mengenai penganjuran larian ini.

Saya yakin, tujuan larian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan dan pembunuhan yang berlaku di Gaza.
ini bukan hanya isu agama.
tapi ia sebenarnya isu kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
ini yang kita mahu ramai orang faham dan sedar.
isu kemanusiaan, undang-undnag antarabangsa dan hak asasi manusia adalah isu sejagat.

Saya juga yakin tujuan larian ini adalah untuk mengumpul dana untuk sumbangan mangsa di Gaza.
wang kutipan yuran penyertaan larian akan disalurkan ke Gaza selepas ditolak kos operasi.

Jadi, larian untuk charity sepatutnya larian yang menggembirakan.
sepatutnya larian yang dapat menarik minat seramai yang boleh untuk memaksimakan dana.
Ia fun run.. bukan pertandingan larian peringkat Sukan SEA atau event marathon bertaraf antarabangsa.
ia sepatutnya fun run.

Tapi saya dapati banyak kelemahan dalam penganjuran ini.
Pelari hilang rasa fun tersebut.

antara point yang ingin saya highlight

1) Pendaftaran acara yang kejap dibuka, sekejap ditutup.

Pendaftaran larian dibuka secara online di laman Hooha.asia
saya masih ingat pada bulan 22 Ogos, hari yang saya mendaftar, saya kongsikannya di Facebook saya.
Pada masa tu, saya belum sempat daftarkan anak saudara saya sekali.
Beberapa hari kemudian, bila saya nak daftarkan untuk anak saudara saya, saya dapati link untuk Register dah ditutup.
Ini bermakna pendaftaran telah pun ditutup.

Namun pada bulan Oktober, blog runwitme menghebahkan yang pendaftarannya masih dibuka,
Aikkkk! Sebelum ni dah tutup kan..
Tapi dapatlah saya daftarkan untuk anak saudara saya.

Beberapa hari kemudian saya mendapat PM dari salah seorang sekretariat larian ini.
Beliau just PM semua orang yang ada dalam satu kumpulan FB larian, ajak kami daftar larian ini.
DAri PM itu saya mendapat tahu yang asalnya ada syarikat lain uruskan acara ini tapi kemudiannya AMan Palestine uruskan sendiri.
dan mereka masih keurangan pelari yang mendaftar.


2) Diskriminasi jarak larian berdasarkan umur

Jika dalam acara larian lain, lelaki atau wanita pada umur tertentu bebas memilih sama ada mereka mahu mendaftar bagi acara terbuka, veteran atau senior.

Contohnya: Live Great Run menawarkan kategori lelaki / wanita terbuka untuk 18 tahun ke atas.
kategori Lelaki Junior veteran untuk mereka yang berumur 40 tahun - 49 tahun
kategori lelaki senior veteran  - 50 tahun ke atas.
WAnita junior veteran bagi wanita berumur 35 - 44 tahun.
wanita senior veteran -> 45 tahun ke atas.

Semua kategori ini berlari untuk acara 12 km. Tiada beza jarak larian berdasarkan usia atau jantina.
wanita berumur 40 tahun bebas mendaftar acara 12 km dan boleh memilih sama ada mahu masuk kategori wanita terbuka atau wanita junior veteran.

Tapi dalam Gaza 10K run ini, pendaftaran kategori dan jarak larian adalah mengikut umur.

Men Open -> lelaki umur 18 - 39 tahun sahaja.
Men Veteran -> lelaki 40  - 49 tahun.
Women Open -> wanita umur 18 - 34 tahun sahaja
Mereka untuk 3 kategori ini perlu mendaftar untuk acara 10 km dan masuk dalam kategori yang telah ditentukan sahaja.

Men Senior Veteran -> 50 tahun ke atas
Women Veteran -> wanita 35 tahun ke atas
Men Junior -> lelaki 13 - 17 tahun
Women Junior -> perempuan 13 - 17 tahun.
Mereka untuk 4 kategori ini perlu mendaftar untuk acara 7km sahaja dan wajib masuk kategori yang telah ditentukan.


Persolan saya: kenapa diskriminasi?
adakah bila wanita telah mencapai umur 35 tahun, mereka tidak mampu berlari 10 km? kenapa dipaksa masuk acara 7km sahaja?
kenapa lelaki yang berumur 49 tahun masih boleh berlari untuk acara 10km?
adakah penganjur memandang  rendah pada kemampuan wanita berumur 35 tahun ke atas ini?

Acara larian lain, tidak membezakan atau mendiskriminasi jarak larian berdasarkan umur.
mungkin penganjur tak pernah sertai larian
mereka tak pernah nampak uncle berusia lebih 50 tahun pun mampu berlari half marathon atau full marathon.
mungkin mereka tak pernah lihat auntie berusia lebih 50 tahun masih macho berlari naik Gunung Kinabalu atau berjalan pantas untuk acara 10 km ke atas.


3) Penukaran jadual pelepasan.

Sejak dari awal, laman web Hooha.asia menyatakan larian bermula jam 6.30 pagi.
Tapi bila tiba hari untuk mengambil running kit, barulah ada peserta yang alert dapat tahu pelepasan bermula jam 7.30 pagi
tu pun tak semua peserta tahu.
saya bernasib baik kerana kawan saya jenis yang particular.
Beliau perasan waktu pelepasan adalah jam 7.30.
Timbul kekeliruan juga di antara kami bertiga bilamana maklumat awal dan maklumat di laman web, pelepasan adalah pada jam 6.30 pagi.

Rupanya bukan kami sahaja yang keliru.
Ada ramai yang tidak maklum tentang perubahan ini, mereka telah sampai sebelum jam 6 pagi lagi di Wangsa Walk, tempat acara larian ini dijalankan.

Runners memang biasa datang awal.
Kalau larian berlepas jam 6.30 pagi, jam 5.30 pagi mesti dah ramai yang tiba.
Saya je yang selalu kalut datang agak tergocoh-gocoh.
Biasanya yang muslim akan solat dahulu sebelum berlepas jika pelepasan selepas azan subuh.

ada organiser yang sediakan khemah untuk solat.
ada venue yang memang hampir dengan masjid.
kalau tak ada kedua-duanya, menjadi kebiasaan untuk runners solat je subuh di tempat parking sebelah kereta.
kalau pelepasan sebelum azan subuh, organiser biasanya sediakan khemah untuk solat di tempat tertentu sepanjang route larian untuk muslim solat
tapi kalau kedudukan khemah itu kurang sesuai, runners muslim akan solat sahaja di mana-mana di tepi jalan.

Tapi kali ini, penganjur tiba-tiba ubah masa pelepasan dari jam 6.30 pagi ke 7.30 pagi atas alasan supaya mereka yang jauh dari Wangsa Walk tak tertinggal solat subuh.
hmm.. saya rasa, kalau mereka sediakan khemah solat yang besar dan selesa berhampiran tempat pelepasan, tak ada isu orang tak dapat solat subuh.
Kami akan tiba di sana sebelum jam 6 pagi
azan sahaja, boleh solat.

Dan lagi satu, kalau nak ubah waktu pelepasan pun, mereka sepatutnya maklumkan secara menyeluruh.
mungkin mereka patut emailkan pengumuman kepada semua peserta seminggu lebih awal supaya peserta alert.
Sekadar maklumkan pada sesetengah orang yang ambil running kit melalui sekeping kertas sahaja adalah tidak mencukupi.
Sebab tak semua orang hadir ambil running kit.
Ramai je yang wakilkan kawan untuk tolong ambilkan.
termasuklah saya.

ada juga yang ambil sendiri tapi tak perasan perubahan masa tersebut.
Jadi saya rasa eloklah jika
- penganjur berpegang pada jadual pelepasan asal seperti yang dimaklumkan dalam laman web Hooha.asia berbulan sebelum itu; atau
- email kepada semua peserta berhubung perubahan jadual ini.


4) Mis-communication sesama petugas

Wujud paksaan wanita 35 tahun ke atas hanya boleh berlari acara 7km sahaja.
walaupun lelaki terbuka, wanita terbuka dan lelaki veteran boleh mendaftar acara 10 km
Di bibs kami tidak ada tercatat nama, kategori dan jarak larian.
Hanya tertulis larian 10k
jadi, ramai yang sangka memang akan berlari 10km lah


Seorang auntie bercerita pada saya semasa breakfast selepas larian.
Beliau ingat beliau daftar acara 10km. sebab jarang berlaku, wanita veteran kena masuk acara yang jaraknya lebih pendek dari wanita terbuka atau lelaki terbuka.
Bila tengok bibs, memang tertulis 10km.
Bibs dia kawannya tolong ambilkan.

Jadi beliau dan seorang kawannya pun hadir di tempat pelepasan jam 6 pagi.
kecewa kerana pelepasan ditunda ke jam 7.30 pagi.
Bila acara 10 km dilepaskan, beliau pun berlari sama.. tanpa menyedari yang beliau sebenarnya daftar untuk acara 7km.

Tengah-tengah berlari, sekali ada seorang petugas dengan motorsikal mengejarnya.
lelaki itu memarahinya, "kenapa lari awal?"
dia cakap lah.. dia masuk 10km.
l petugas tu enjawab, "no, you 7km. you disqualified! i will take note your bib number"

Auntie ni terus rasa down.
bila tiba tempat u-turn untuk 7km, dia pun bertanya pada seorang petugas yang bertugas menjaga di situ.
adakah dia ni 7km atau 10km?
petugas tu blur agaknya, jawab 10km kepada dia
tapi memandangkan dia dah hilang semangat dan rasa tak ada mood kena marah tadi, dia terus membuat uturn dan masuk ke route 7km sahaja.

Hm.. nampaknya fun run dah jadi tak berapa fun..


5) Jarak terbabas

Saya dan kawan-kawan dipaksa masuk acara 7km.
Tapi bila kami semak di GPS yang ada di app running kami, rupanya kami bukan berlari untuk 7km.
sebaliknya jarak yang sebenar adalah 9.44 km.
Wowww.. tersasar 2.44 km dari jarak sepatutnya.
Patutlah saya ambil masa sampai 1 jam 18 minit untuk sampai ke garisan penamat.

Kalau untuk acara 7km pun jarak sebenarnya 9.44 km, agaknya untuk acara 10km, berapa pula jarak sebenar?
12km? atau mencecah 13 km?

Pelari tak kisah berlari lebih..
tapi kalau tersasar terlalu banyak, ini menunjukkan yang penganjur langsung tak semak semula route tu
Kalau lah mereka lalu semula route tu dengan motorsikal atau kereta, dah tentu mereka akan perasan yang ia dah melebih banyak dari sepatutnya.


6) Medal

Yuran untuk acara 10 km dan 7km adalah rm50.
bukan sangat murah.
jadi, apalah salahnya kalau setiap pelari diberi medal.

Route larian sangat mencabar.
ada 3 bukit semuanya
dua bukit terakhir sangat tinggi.
sudahlah tu.. kami berlari lebih 2,44 km dari sepatutnya

Tapi medal yang diberi sangat sedikit.
sedangkan medal lah yang menambahkan fun kepada pelari yang menyumbang untuk dana kebajikan ni.

sedihnya, kami nampak ada banyak medal disimpan dalam beg plastik dan dibawa balik begitu sahaja.
Kan lebih baik edarkan semuanya kepada pelari.
kenapa dibazirkan begitu?
Maka kecewalah ramai pelari melihat medal disimpan sahaja di dalam beg plastik dan dibawa pulang oleh penganjur sebegitu sahaja..

saya dan anak saudara saya, farhan. beliau antara yang kecewa tak dapat medal dan cuba posing dengan medal yang saya dapat :)


7) Keselamatan pelari

Ada ramai polis dan pasukan rela bertugas menjaga sepanjang route larian.
Namun nampaknya keselamatan pelari tidak terjaga sepenuhnya.
Ada polis yang menyuruh pelari berhenti untuk memberi laluan kepada kereta.
di depan saya sendiri, seorang anggota rela membenarkan kereta keluar simpang walaupun pelari di hadapan saya dah nak lalu depan kereta tersebut.
nasib baik kereta tu tak terus ikut arahan, tapi memberi pelari tu lari dahulu.

polis pula dah mula kutip kon walaupun ada lagi pelari di belakang.
Yang paling saya geram, di satu kawasan tu, semua pelari berlari di sebelah kanan jalan.
kon ditengah-tengah.
ada anggota rela di awal simpang  tu tapi mereka diam sahaja, bermakna betul lah laluan kami di sebelah kanan.
Tiba-tiba rupanya ada water station di sebelah tepi kiri jalan, di hadapan sebuah sekolah.
Bermakna, pelari terpaksa melintas jalan untuk ke water station.

Astaghfirullah.. bahayanya.
nasib baik bilangan peserta tak ramai macam dalam sesetengah acara larian.
kalau tidak, tak tahulah apa akan berlaku..


8) Pengisian acara

Saya yakin tujuan acara larian adalah untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran.
jadi, saya berpendapat ia perlu menarik minat seramai yang boleh untuk mendaftar dan berlari dengan gembira
tak mengira agama mereka atau bangsa mereka

Tapi saya dapati pengisian acara ini terlalu keagamaan
ada ceramah yang menekankan isu Islam di dalamnya..
dan nasyid dan selawat dimainkan.

saya setuju kita pasang selawat dan nasyid.
tapi saya berpendapat, jika penganjur terlalu tonjolkan pengisian berkaitan agama islam, ia mungkin kurang menarik minat pelari bukan melayu
sedangkan berapa ramai sangat orang melayu kita yang suka berlari dan masuk acara larian sebegini

memang ada chineese dan african yang menyertai acara ini tapi bilangannya terlalu sedikit.

Jadi cadangan saya, elok kalau tonjolkan isu kemanusiaaan yang lebih sesuai untuk pelari pelbagai agama dan bangsa.


hmm.. melihat kepada kelemahan penganjuran ini, mungkin tahun hadapan saya berfikir-fikir semula sama ada untuk terus menyertai larian ini atau tidak.

2 ulasan:

sitiezahim berkata...

agaknya penganjur ni tak penah anjurkan kot. pastuh tanak refer pada organizer yang dah selalu anjurkan.. huhuhu...

dear anies berkata...

terima kasih krn update kn cerita pasal larian ni...sy slh seorg yg msk event ni. sy msk 10km. pd awl nyer mmg excited nk msk lps sy msk SCKLM. tp bla tiba hari tersebut, dgn pengurusan ms yg x teratur, dgn keselamatan runners, water station.. tu sy x sebut lg medal dan door gift... overall sy SANGAT2 KECEWA smpi nak menangis. sy tahu dan faham bahawa RM50 tu akn disumbangkan kpd Palestin, tetapi sy rs sgt2 tak DIHARGAI!!. sy x dpt medal finisher. tp x hrp kn dpt medal tu. btw sekurang2nya hargailah runners seperti kami meskipun ini kali pertama pihak berkenaan menganjurkannya, tu bukan persoalannya. lps tu, sy tggu gambar2 drpd pihak mereka upload kt FB tp x ada... thn dpn kalau ada penganjuran spt ni, maaf ckp, sy TAK KAN join lg..biar kena byr mahal tp biarlah sy dan kwn2 runners yg lain dihargai dan keselamatan kami terjaga.