Sebenarnya saya baru je selesai buat Kelas Hands-on Check Defect pada Sabtu lepas.
Belum sempat nak tuliskan laporannya di sini.
Insya Allah saya akan cuba tuliskan juga ya.
Selain kelas tersebut, buat yang masih menunggu-nunggu..
insya Allah saya akan anjurkan dua seminar pada bulan ini.
Seminar pertama, Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari.
Kalau ada yang masih ingat, tahun lepas saya dan kawan-kawan Property N Co telah anjurkan seminar ini.
Saya ada kongsikan DI SINI.
Jadi tahun ini seminar ini kembali lagi.
Seminar Taiko Rumah Lelong dalam Masa 1 Hari akan diadakan pada 26 Oktober, Sabtu jam 9 pagi.
Tempat di Cyberjaya.
Seminar ini sangat sesuai buat yang mahu memulakan langkah beli rumah dari pasaran lelong.
Insya Allah seminar ini akan disampaikan oleh Puan Siti Farazila, blogger, agent dan pelabur rumah lelong.
Selain itu, akan ada sesi khas bersama Shafie Bustan, Sifu Rumah Lelong yang tak asing lagi
dan juga sesi bersama peguam.
![]() |
Siti Farazila |
![]() |
Shafie Bustan |
Sesi ini akan berkongsi:
- potensi pelaburan hartanah lelong
- Bagaiamana lelongan diadakan
- Memahami POS dan Contract of Sale
- Mendapatkan pinjaman bagi rumah lelong
- Hartanah lelong untuk keep
- Hartanah lelong untuk flip
Kemudian pada esoknya pula, 27 Oktober 2013 (ahad), saya akan anjurkan Seminar Wang dan Hartanah.
Ini merupakan seminar wang besar yang telah saya rebranding dan susun semula modulnya.
Seminar ini sesuai untuk mereka yang mahu bermula dalam pelaburan hartanah.
Insya Allah di dalam seminar ini saya akan kongsikan :
- pengurusan wang dan kewangan peribadi
- Menggali hartanah panas
- Prosedur beli rumah
- mengenalpasti kelayakan pinjaman
- Teknik mendapatkan pinjaman
- kenalpasti jodoh hartanah
- serta bonus1: bagaimana menyelesaikan hutang PTPTN dalam masa 3 tahun.
Buat 8 orang yang dah buat bayaran untuk seminar wang besar tempoh hari tapi tak dapat datang, saya harap anda dapat hadirkan diri kali ini.
mohon maklumkan kepada saya kehadiran anda sama ada melalui komen di sini atau di FB saya atau sms kepada saya ya.
Kalau tak ada pengesahan kehadiran, saya anggap anda tak berminat hadir.
Yuran untuk kedua-dua seminar ini adalah:
RM 228 seorang untuk salah satu seminar
RM 428 seorang untuk kedua-dua dua seminar
Manakala untuk ahli Kelab Alien Hartawan iaitu mereka yang pernah hadir seminar saya terdahulu atau yang beli ebook 5 Langkah Jana Wang Sewa besar, ada harga yuran istimewa untuk anda.
Yuran: RM 158 seorang untuk salah satu seminar
RM 298 seorang untuk kedua-dua seminar
2 perkara yang perlu anda lakukan untuk hadir ke seminar ini.
1) Bank in wang yuran ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran
2) Isi borang di bawah
Sebenarnya saya tak banyak masa yang free. tu sebab buat 2 seminar terus dalam satu hujung minggu.
Jadi, boleh lah anda semua belajar sampai lebam.
Banyak yang saya dan kawan-kawan trainer nak kongsikan ni.
Kalau anda tak hadir seminar kali ini, tak pasti pula bila saya dapat anjurkan lagi memandangkan bulan 10 dan bulan 11 ni jadual hujung minggu saya agak padat.
Ok semua, jumpa di sana ya!
6 ulasan:
gaya kak ctfaraliza tu macam nak berkaraoke je...hehe
Farid Adam ajak kita terjah..Pergi Haji Dengan Hanya RM6 Sehari!
terbaik la kak :D
tuan Farid, hahaha., bakat terpendam agaknya
tuan Muhammad Syazwa, terima kasih :)
. Assalamualaikum..Blh saya dapatkan tarikh utk bulan 11...memandangkan saya tidak dapat menyertai program bulan 10 ini..saya berminat untuk menyertai program ini...
puan syuhaili,
untuk tajuk dan modul yang sama, ini mungkin yang terakhir bagi tahun ini.
Tapi pada 30hb 11, saya akan anjurkan satu lagi seminar tetapi tajuknya berbeza.
begitu juga pada 9 dan 10 hb 11, puan boleh hadir ke freedom convention. saya salah seorang speakernya.
http://www.propertywaltz.com/2013/10/7-strategi-7-speaker-6-kehenseman-dan-1.html
puan syuhaili,
untuk tajuk dan modul yang sama, ini mungkin yang terakhir bagi tahun ini.
Tapi pada 30hb 11, saya akan anjurkan satu lagi seminar tetapi tajuknya berbeza.
begitu juga pada 9 dan 10 hb 11, puan boleh hadir ke freedom convention. saya salah seorang speakernya.
http://www.propertywaltz.com/2013/10/7-strategi-7-speaker-6-kehenseman-dan-1.html
Catat Ulasan