22 Oktober 2013

iProperty Bumiputra Expo: Biar gambar berbicara

Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsung dengan jayanya iProperty Bumiputra Expo.

Memang best...
Best sebab ada banyak pameran
Best sebab perkongsian ilmu percuma oleh tuan Faizul Rizuan, Saufi Karim, Ahyat Ishak dan saya berjalan dengan baik.
Best juga bila melihat ada yang datang mendengar seminar ni dapat pula hadiah cabutan bertuah.
Memang bertuah!

Ada yang walk-in dan terus mendengar perkongsian kami
ada juga yang memang datang semata-mata nak mendengar suara merdu kami berceloteh.

Apa pun, terima kasih kepada iProperty dan semua yang hadir.
Terima kasih juga kepada tuan Faizul Rizuan kerana dia yang cadangkan nama saya kepada pihak iProperty.
Saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu ini di medan ini.

Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa sesi ini berlangsung.


Sesi Tuan Saufi Karim
Kredit foto: Saufi Karim


Sesi Tuan Faizul Rizuan

Sesi Tuan Ahyat Ishak

Apa Jodoh Hartanah Anda?


Sesi saya
kredit foto: tuan Amirrul Ar-Rahman

kredit foto: tuan Ahyat Ishak
kredit foto: tuan Ahyat Ishak
Sesi Wang dan Hartanah ini hanya 45 minit sahaja.
Jadi saya hanya dapat kongsikan sedikt sahaja.
Jika mahu belajar lebih terperinci lagi, boleh hadir ke Seminar Wang dan Hartanah pada ahad 27 hb ini di Cyberjaya.
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

4 ulasan:

abangensem berkata...

Akak memang pawer.

Rohaniah Noor berkata...

mana boleh celen kepoweran AE :P
anyway, terima kasih

caramello berkata...

Salam...
Hehee komen saya next time kena minta organizer buat pentas...tak nampak orang yang bercakap tapi suara power haha...ok nice sharing that day. Sy nmpk nama you dari iprop punya advertisement. Tak sangka pergi tu kena dengan slot you. Anyway sy ada received email on next talk but weekend memang full, ada kelas tak dapat join.
Apa pun terus berkongsi tips ya...byk yang sy xtau jadi tau.

komen utk event tu: ok la tapi takde property pun yang saya beli, tak mampu harga mahal sgt. yang murah pun dah habis kena grab or downpayment+lawyer(spa&bank) too high smpi 80k++ padahal harga rmh 200k++ je.bila ditanya kna byr to investor certain amount...fuhhhh...

About me berkata...

1st time pergi talk property expo yang santai. OK gak berdiri, dekat sikit dengan presenter,suasana lain dari biasa. Selain dapat tips, boleh bakar kalori lebih sikit.
Topik Rohaniah bagus untuk orang cam saya, nak beli property tapi tak tahu hujung pangkal. I've learnt something from your session, so thank you very much!