04 September 2013

Makan free, tambah ilmu, cuci mata dan berhibur.

Ke mana sabtu ini?

Ada yang masih belum ada idea apa yang nak dilakukan pada hari Sabtu ini, 7 hb September?
Ada juga yang selama ni teringin nak berjalan-jalan dan melihat pembangunan di Seremban 2?
Atau ada peminat Harith Iskander, Atilia dan Faizul Rizuan di sini?

Ahaa.... jika jawapan anda YA bagi salah satu soalan di atas, mungkin boleh hadir ke Raya Open House Seremban 2 sabtu ini.

Bertempat di IJM Land Seremban 2 sales office, sebelah Jusco Seremban 2.
Masa  dari jam 5 ptg hingga 9 malam
Ada makan-makan free sempena sambutan hari raya


Ada juga persembahan lawak oleh Harith Iskander
wahhhh... best ni..
Harith Iskander adalah stand up comedian antara terbaik di Malaysia.


Ada juga persembahan nyanyian dari Atilia yang sebelum ini popular dengan lagu 'Kekanda Adinda' tu.


Tapi yang paling best dah tentulah ada talk mengenai pelaburan hartanah dari Faizul Rizuan yang terkenal dengan buku “WTF? 23 hartanah sebelum 30”.
Jejaka kacak dan kelakar ini pasti akan menyampaikan tips-tips pelaburan hartanah secara sempoi tetapi penuh inspirasi.


Selain itu, pemaju juga akan memperkenalkan satu projek banglo baru pada harga kurang RM 500K di lokasi berhampiran Jusco, Mydin, stesen KTM dan 6 buah sekolah.
Ia juga kurang dari sejam memandu ke KLCC.
Pemaju juga ada menyediakan tour bus untuk tetamu melihat-lihat sekitar Bandar Seremban 2 ini.
Layanan ala VIP katanya.

Menarik kan...
makan free, tambah ilmu, cuci mata dan berhibur.

Namun begitu, majlis ini terhad kepada 100 orang pertama sahaja.
Jadi, jika anda berminat untuk hadir, sila RSVP atau sahkan kehadiran dengan
- menghantar sms kepada ROSLINDA di talian 013-338 2529. nyatakan nama, nomobor handphone dan email; atau
- telefon 013-338 2529

Ok kawan-kawan..
Yosh!

Tiada ulasan: