Petang semalam baru pulang dari Pulau Perhentian.
Sebenarnya saya dan kawan-kawan keluar dari Pulau Perhentian pada petang Selasa, 17 September
Tapi sebab perjalanan masih jauh dan kami letih, jadi kami menginap satu malam di Kuala Terengganu dulu
Misi ke Pulau Perhentian kali ini adalah untuk mendapatkan lesen open water dive.
Percubaan kali pertama saya dan Kak Jue, kawan saya dulu kurang menjadi.
Nak buat lesen open water dive, tapi dapat lesen scuba dive sahaja.
Masa tu kami ke Mabul. Saya ada kongsikan DI SINI.
Kalau dulu, saya selsema. Jadi tak dapat equalize telinga dengan baik.
Tapi kali ini saya bersungguh minum madu dan lemon seminggu sebelum bertolak.
supaya selsema saya cepat pulih.
Kali ini juga, kami dah belajar berenang.
Jadi, lebih selesa di dalam air.
Dan mungkin kali kedua turun dive juga menyebabkan kami lebih yakin.
Tapi yang paling ketara adalah cara instructor kami mengajar.
Brigette, instructor kami di Turtle Bay Diver, Pulau Perhentian memang best.
Teknik mengajar beliau memang banyak memudahkan.
Tak perlu baca buku kulit ke kulit macam semasa kami di Mabul tempoh hari.
Hinggakan Aina, seorang lagi kawan kami yang baru nak buat open water dari zero pun tak rasa pack sangat macam kami dulu.
Saya sangat cadang anda buat lesen di Turtle Bay Diver ni.
Terima kasih kepada tuan Rushdan Mamat yang syorkan.
Memang terbaik!
Turtle Bay Divers ada di 2 lokasi.
satu di Pulau Perhentian Besar.
satu di Long Beach, Pulau Perhentan Kecil.
Kami menginap di Mama's Chalet sebelah rumah Turtle Bay di pulau besar.
Turtle Bay lah yang bookingkan hotel kami di sini sebab saya hanya deal dengan Turtle Bay sahaja.
Manakala diving pula di Turtle Bay pulau kecil.
Jadi setiap hari kami berulang alik antara pulau kecil dan pulau besar.
Tak ada masalah sebab mereka dah sediakan bot untuk datang awal pagi dan pulang selepas sesi kami selesai di sebelah petang.
Cuma bab penginapan di Mama's Chalet, saya kurang berpuas hati.
chalet ok... elektrik tak ada dari jam 12 tghari sampai jam 3 petang. tapi tak mengapa.
Cuma wujud salah faham pada waktu untuk kami check out.
Kami bersedia bayar lebih jika diminta dan dah minta maaf.
Tapi tokehnya pula perli-perli kami.
sambil duduk makan nasi di bawah pokok, beliau menyampuk perbualan saya dan kawan dan kemudian membebel marahkan kami.
Hmm... maknanya, lepas ni kalau nak menyelam dengan Turtle Bay lagi, kena book chalet di Long Beach terus. Di pulau kecil.
Tak perlu ulang alik.
dan takkan sekali-kali menginap di Mama's chalet lagi.
Apa pun, tahniah kepada diri sendiri, kak jue dan Aina
kami berjaya pulang dengan lesen open water dive.
lesen ini membolehkan kami menyelam hingga kedalaman 18 meter di bawah laut tanpa ditemani instructor.
Terima kasih Brigette dan Turtle Bay Divers!
2 ulasan:
wah.. tahniah... welcome to underwater world, dive safely, dont forget to equalize.. hehehhe
cuti malaysia day hari tu kami pergi ke pulau tenggol, dapat dive dengan Whale Sharkk.. besar sgt...
sila view gamba dan jeeles ye..
https://plus.google.com/photos/102549587036505576900/albums/5924800032776286785
woww..tak sangka senyap2 kak rohaniah pergi menyelam. sy slalu baca blog akak. btw, congrats and welcome to underwater world!
remember the fact that divers are always happy!^^
http://cikerza.blogspot.com
Catat Ulasan