24 September 2013

apa skala anda?

bila nak bermula?

ramai yang sudah baca banyak buku mengenai pelaburan hartanah tapi belum juga mula beli rumah.
ramai yang sudah pergi banyak seminar oleh pelbagai guru tapi belum juga mula beli rumah.

bila mahu mula?
bila mahu bergerak?

tak berani?
takut?
tak ada modal?
tak ada keinginan yang tinggi?

yup.. itu sebenarnya...
keinginan anda untuk melakukannya tidak cukup tinggi.

cuba fikir...
dari skala 1 hingga 10, skala 1 untuk tidak mahu buat. skala 10 untuk die die mesti kena buat.
berapakah skala anda untuk beli at least 1 rumah pelaburan tahun ini?

fikir 5 saat dan jawab.

siapa yang jawapannya 1?
ok, anda salah blog untuk membaca.

siapa yang jawapannya 5?
siapa yang jawapannya 8?
nak buat ... bersungguh.. so letak 8 sebagai skala.

siapa di skala 9?
sangat nak buat. memang minat. memang bercita-cita nak ada rumah sewa 10 buah.
tapi tak adalah sampai die die.

siapa pula yang meletakkan skala 10?
die die... apa pun halangan mesti kena buat juga.
tak buat, memang matilah!



Berdasarkan perkongsian tuan Yim Choong Chow di seminar Personal Success pada 7 September lalu, hanya mereka yang meletakkan skala 10 pada sesuatu impian sahaja yang akan dapat mencapainya.
selain skala 10, semua itu pasti takkan dapat dicapai.

cuba ambil skala 9.
9/10 x 100 = 90%
ini bermakna, keinginan kita hanya 90% untuk mencapainya.
baki lagi 10% adalah alasan.
alasan untuk tidak melakukannya.

bagaimana pula dengan skala 5?
5/10 x 100 = 50% sahaja keinginan.
50% lagi adalah alasan.

jika di skala 9, ada 10% alasan untuk tidak melakukannya.
jika di skala 5, ada 50% alasan.
usah bercakap mengenai 50% alasan atau 10% alasan.
jika ada 1 alasan sahaja pun dah cukup untuk kita tak melakukannya kan...

Jadi, bagaimana nak capai impian kita kalau skalanya cuma 9 ke bawah?

Tuan Yim Choong Chow menyarankan kita lihat semula impian kita tu.
adjust supaya ia di tahap 10 pada kita.

Katakanlah, kita merancang nak beli 2 rumah pelaburan di tahun 2013.
ini di skala 8.
tapi cuba tukar jadi, 'beli 1 je rumah pelaburan di tahun 2013'
bolehkah ia menjadi skala 10?

kalau ya, ok.. tak ada alasan untuk tidak beli.
pergi survey.. pergi lihat rumah contoh. pergi lihat rumah untuk dijual. pergi tengok listing rumah lelong.
die die tahun ini mesti beli juga.

tapi kalau skala masih 9, cuba review balik.
adakah skala 9 tu untuk beli satu rumah berharga RM 300K.
tapi kalau ubah jadi, beli rumah berharga RM 100K, bolehkah  ia berada di skala 10?
kalau ya, ok kejar...
cari rumah berharga RM 100K di pasaran subsale atau lelong.
die die mesti beli satu pada tahun ini.

jadi, atas apa juga yang anda rnacang untuk lakukan, fikirkan dan beri skala.
adakah ia di skala 1, 5, 8 atau 10?

Update: Sambungan artikel DI SINI

Tiada ulasan: