Ceritanya begini..
Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.
Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).
Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999
tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.
Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.
Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman
Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu
seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh
Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.
tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...
Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI
Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan
Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..
Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.
Tamat sesi seminar 4 hari
Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.
Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.
Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.
Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada
Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..
tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.
Diam... tak ada jawapan
Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan
'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'
Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?
Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?
Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.
Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..
Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.
Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?
Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.
Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.
Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah
Persoalan:
1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?
Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.
Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/
Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.
********************
TERKINI!!
********************
Kes ini telah selesai.
Perkembangan dan kesudahan kisah ini boleh dibaca DI SINI.
Jemput semua membacanya.
72 ulasan:
Terima kasih Cik Rohaniah kerana memberi penjelasan tentang perkara ini. Baru saya tahu tentang perkara sebenar.
Kumpul mangsa dan report polis. pernah join seminar Dr.Azizan 2x tp x berani amik advance course takut indah kabar dari rupa.
DAO terlalu mengejar profit dari "bisness buat kelas" hingga terlepas pandang perkara2 yang dijanjikan..
nak tanya lah, selain buat seminar, apa lagi bisnes yg generate income DAO ye..? sy kurang kenal beliau (malas nk google latar belakangnya)..
rasanya bersetuju jugak dengan pendapat di atas tu, buat laporan polis kalau akhirnya result tak seperti yang di gembar gemburkan. buat pengajaran pada semua
Kasihan Cik Rohaniah. Sabar ye. Cuma saya nk tanya, dia ni dapat gelaran Dr. (PhD/ DoB) dari institusi mana ye? Pernah ke kita selidik?
http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/md-dan-phd-mickey-mouse.html?m=1
takziah diucapkan.
saya secara peribadi memang tak percaya dengan seminar yang dianjurkan, sejak dia mulakan dengan kejayaan melihat pada tarikh lahir seseorang.
saya panjangkan dan kongsikan di blog saya cerita ini.
salam akk.terima kasih kerana berkongsi dengan saya link blog akk.tak sabar nak tahu lanjutan kes akk
Beliau bermotifkan keuntungan semata.. ceh...
Saya turut bersimpati...memang perlu diperbetulkan semua kerja gila buat duit ini!
sy ada join yg free di pgrm cheras sblum puasa tu hari.kalau ber$$ tak mustahil mendaftar kelas yg mahal itu sbb cakap2nya mmg bersemangat habis
saya dah lama tahu dan dengar pasal penipuan yang dilakukan DAO ni hanya kerana dia pandai bercakap senang2 sahaj nak kelentong orang ke? Syabas, kerana berani mendedahkannya. Sy sokong Sitiezahim untuk buat laporan polis, biar terbuka mata org2 kat Msia yg ditipunya.. ramai lagi yg dah rasa terkena cuma mungkin mereka malu kerana sebelum ini terlalu mengagungkan dan bangga kalu dapat pergi seminar dia.
Salam,
Ada beberapa rakan FB bg link blog ini dan sememangnya penulisan yang "worth it".
terima kasih. Byk saya belajar.
Penipuan dalam perniagaan adalah salah dari segi undang2 dan agama.
Bagi saya, tak perlu tunggu untuk kumpulkan semua mangsa (kalau boleh, of coz lagi bagus!). Tapi setiap mereka yg tertipu berhak mengambil tindakan secara bersendirian atau berkumpulan. Buat je laporan polis dan laporkan jugak kepada tribunal pengguna.
Sbenarnya apa yg dia ajar tu biasa2 shj...tak sangka ramai yg tertipu
Respon rasmi Richworks:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152454481696091&set=a.391866321090.177132.167956226090&type=1&theater
tiada jalan pintas, mereka yang berkata adalah dari diri sendir, dalam perniagaan, tiada yang tetap, tiada langkah, mengikut diri sendiri, kemampuan kita,
saya mulakan perniagaan tanpa modal,
ada jugak la modal, pinjam kereta ayah, pergi sana sini, dan makan yang parent tanggung kira modal.
Ideas make Cash
Cash make Ideas
saya hanya guna konsep
dari 2 jadi 4,
4 jadi 8
8 jadi 80, 80 jadi 800 dan seterusnya, guna lah pressure dalam diri untuk terus mencapai dengan langkah yang gagah, semua dalam diri kita,
Kita boleh berfikir, tapi idea dan ilham dari ALLAH S.W.T. baca lah Al- Quran, tawakal pada ALLAH dengan usaha, ilham datang dalam ketenangan dari NYA.
jangan putus asa dalam pernigaaan, mungkin hal ini memberi satu positive pressure
perniagaan saya adalah www.afiqtech.com.my
import and local distributor
Seluruh Malaysia,
ALHAMDULILLAH
Tak faham masih ramai yg mudah terpedaya...nak untung cepatlah...saya hanya pernah mendengar pasal Azizan ni di Media sahaja...apa bisnes yg dia buat sehingga begitu cepat boleh jadi jutawan..mcm sistem labuperam je...
Tak faham masih ramai yg mudah terpedaya...nak untung cepatlah...saya hanya pernah mendengar pasal Azizan ni di Media sahaja...apa bisnes yg dia buat sehingga begitu cepat boleh jadi jutawan..mcm sistem labuperam je...
Sy pun pernah terkena. Sy ambil Pakej paling mahal utk sertai AMP awal tahun ini... mmg rasa xberbaloi dgn Rm4k++ tp jual air liur je... uhhhhhhhh...
As salam, Saya pernah menghadiri berkali-kali seminar Dr. Azizan tapi semuanya yg PERCUMA sahaja, tidak pernah terlintas untuk menyertai yg berbayar.Kepada yg membayar Pakej2 yg ditawarkan MEMANG anda sendiri yg tahu BERBALOI atau tidak, pada saya dgn harga yg sebegitu SUDAH tentu kita mahu yang TERBAIK. Kepada yg TERKENA saya doakan diberi kesabaran semoga ada hikmah dgn apa yg berlaku
Why do people still trust this scumbag?..his PhD is not even legit
Harap Puan bersabar. Ujian tu. Puan antara orang yg diberi kekuatan utk keluar drpd 'pengaruh' dia. Sama ada tiba masa dia diKifarah, sebagaimana yg pernh berlaku dulu atau memg puan Allah rahmati dgn perlindungan. Semoga jadi iktibar buat yang lain. Kita tunggu dan lihat sahaja.
Email kpd semua kawan2 dlm list email.Done.Supaya ramai tidak tertipu.
nak tahu kenapa bangsa Melayu Islam lingkup, jawapannya pada blog ini. Pn yang tak puas hati kenapa diwar-warkan ketidakpuasan hati anda...berhubugn terus dgn pihak yang berkenaan, jika tak puas hati lagi REPOT POLIS....
Mereka hanya menjual "impian"... mereka yang dahagakan impian akan mudah terpengaruh..tidak salah mengwar-warkan kepada orang lain d atas sesuatu kemungkaran (jika betul) kerana kita menyelamatkan ramai lagi umat Islam khususnya dari penipuan ini (jika benar). Jika d amati dari cerita admin (jika benar) ia sudah terang-terang satu kemungkaran dan penganayaan.. pekara ini tidak berlaku kpd kita dan jika ia berlaku, mungkin tindakan yang lebih "jerih" bakal kita lakukan...
en hisham: kalau en baca betul2 entri di atas, en akan dapat lihat cik rohaniah cuba untuk kontek sendiri tp tak ada jawapan. dan selepas baca komen encik, baru saya sedar kenapa orang Melayu tak maju. sbb mereka rela ditindas. kena redho kalau duit hangus dan ditipu bangsa sendiri. sekian
maaf tapi saya sebenarnya langsung tak percaya seminar2 nak kaya dan jadi jutawan ni. penceramah2 tu kaya dulu dia ada pergi seminar jutawan jugak ke? syed al-bukhary jadi jutawan dengan pergi seminar jutawan ke? vincent tan, robert kuok, ananda krishnan, tony fernandez semua kaya pernah pergi seminar jutawan ke?
trainer seminar jutawan kaya dan semakin kaya sebab orang2 yang nak jadi kaya ni terutama orang melayu beli buku dan bayar kursus untuk dengar macam mana nak jadi kaya, macam tulah mereka boleh mengekalkan kekayaan mereka. kalau setakat nak jadi kaya, kat google berlambak cara2 nak jadi kaya, free lagi, rajin atau tak rajin je. lagipun ajarannya pasal rahsia tarikh lahir kan ke mengarut, adakah dalam agama dibenarkan meramal dan menilik sesuatu melalui tarikh lahir dan sebagainya?
sekian dari saya... btw done follow u - Noob
prince of noob dan sesiapa yang berkenaan. saya hadiri seminar dia ini bukan sebab mahu jadai jutawan. aset hartanah saya pun dah lebih 2 juta.
saya join dan ambil pakej supreme diamond sebab saya ingat dia boleh ajar dan guide saya macamana nak anjurkan seminar pelaburan hartanah dengan baik dan bagaimana nak menulis dan hasilkan buku.
pada masa itu, saya ingat dia jujur dan dia memang dah biasa buat seminar gempak. jadi, apa salahnya saya beljar dari pakar.
tak sangka jadi macamni pula.
saya tak pernah rasa terpedaya dengan teknik marketing Super supreme, supreme diamond ke apa... saya pun pergi kelas dia semua yg saya ambil yang paling murah dan free.
Kalau kita nak belajar niaga, bukan ikut bulat apa yang dia kata.... kita tengok juga cara dia kaut keuntungan, dan apa yang dia jual....
Dalam seminar IJI tu saya pun penah pergi, saya ingat dia ada kata, kalau nak niaga kita kena fokus satu bidang sampai bagus baru kita boleh buat benda lain. kita kena ada kepakaran dalam barang apa..
Kita tengok dia plak...
dia ada niaga macam2 bukan setakat satu barang..macam2 dia jual...daripada garam, aura tah apa lagi yang dia jual, keropok
Jadi kita tak payah ikut sangat apa yang dia cakap kita tengok sekali apa yang dia buat sampai jadi jutawan. Ye dia memang jutawan seminar, pandai tarik orng tuk bayar seminar yang mahal2, sekali buat seminar dia dah boleh jadi jutawan. Itulah perniagaan dia yang sebenar...
Jadi jangan cepat terpedaya kena pandai melihat dari sudut yang berbeza
Ulusan yg bagus dan berguna..
Saya pernah hadiri seminar beliau. Tapi yg free je. Yang berbayar tak mampu. Bagi saya yg free tu dah ok untuk naikkan semangat supaya tak mudah putus asa dlm berniaga. Tp tak sangka pulak yg berbayar lain pulak ceritanya.
Saya dlu amik course advance marketing power. pun kena jugak. alih2 yg amik seat general naik taraf mcm diamond. rugi jer bayar rm2999. baik byr rm999 jer. cheh!
the moment you stop learning,you stop leading(rick warren)kadang2 dao tu kena belajar jugak drpd kesilapan,klu terus ada yg terkena,nama dao ni akan lenyap.. tak tau bila..kesian org melayu kita..klu baca sejarah kita akan fikir,kenapa melayu gagal...bersatu teguh,bercerai roboh,baik baca buku seth godin..permission marketing..app kan dalam minda...malaysia boleh
pernah hadiri seminar yg free dan berbayar. dari pengamatan, ilmu yang diberi itu biasa2 sahaja dan boleh digoogle secara eprcuma dan saya pun banyak bahan bacaan berkenaan topik yang sama
cuma cara percakapan yang berapi itu mmg mampu menarik minat. utk menaikkan semangat mmg bagus
tapi ramai juga bangsa kita yang minat berniaga tidak tahu ilmu tersebut,jadi tidak salahlah utk hadir. bagi saya tiada penipuan jika sekadar hadir di seminar biasa
tapi perbuatan tidak fulfillkan apa yang dijanjikan mmg tidak patut sama sekali. dan saya sangat sokong tindakan puan.
apa perkembangan terkini dalam perkara ini?
Salam sejahtera,
Sabar kpd yg terkena dan jgn ade yg terkena lg.ambik yg baik2 je.yg buruk2 buang..sya sgt2 pelik kenapa org sggup belajar dri dunia yg bukan realiti.kenapa perlu hadir seminar (xpelik untk yg tiada ilmu).sya xpernah hadir seminar DOA tpi sya just baca apa idea dia di blog.sya ambik ilmu sikit2 je.yg selebihnya sya bnyk belajar dri taukey2 cina sbb sya suke 'reality experience'.basic ape yg dipelajari adlh lebih kpd basic marketing,service quality,tqm,customer statisfaction yg mana nie semua basic bg sesiapa yg belajar HR,marketing,bisness,sains pentadbiran..the scholar still the same but he (DOA) he tried to make it simple..good!!
Tpi sya xsetuju kalau yg pergi tu adlh org yg berilmu yg mana dorg nie lepasan u yg belajar tentang semua ni..sbb dorg xsedar,semua yg DOA ckp dorg dah blajar..this happened to my friends..when i asked them they keep saying owhh lebih baik aku olahkan sendiri ape yg aku belajar dri 3thn degree drpd aku dengar org olahlan 3thn aku belajar...
Asslm..maaf andai sy di salahkan kerana mencelah di sini.sy adalah seorg dari ank murid DAO.sy selalu pergi seminar yg bayar dan juga seminar yg free.sy dari seorg yg biasa2 tp kini telah menjadi salah sorang yg luarbiasa.semuanya di atas dengar cakap2 DAO.sy pergi yg paling tinggi pun IMKK.tu pun belum g yg graduan ag..sape yg kata DAO penipu tu tak benar.seminar dia mmg utk dengar dia cakap2...tapi apa yg dia cakap tu adalah ilmu.kita dengar fikir dan bertindak..pasti kita berjaya..kita tak perlu mendengar kata2 orang sgt..semua org punya pendapat masing2.tapi pd sy..DAO adalah mentor yg terbaik dlm malaysia dan mungkin dlm dunia...sy pun pernah tercicir borang utk g seminar DAO yg lain..da byar pun deposit rm300..sy tertukar borang masa tu tapi sy xkisah...rm300 tu sy niatkan utk DAO sedekah kan utk ank2 yatim..kini dgn hanya baru g belajar Imkk..sy ada aset melebihi rm1 juta...jd jangan lah hanya pandai mengata saja...g dulu seminar dan belajar betul...
Kat Msia ni ramai yg rasa ditipunya.. ramai lagi yg dah rasa terkena cuma mungkin mereka malu kerana sebelum ini terlalu mengagungkan dan bangga kalu dapat pergi seminar dia.
Nak kata dia menipu 100% tu tak patut. Ramai yang pergi kursus dia, bawa pulang ilmu dan semangat yang bermanafaat. Dia ada ilmu. Apa yang disampaikan betul, bukan penipuan. Dia bukan menipu dari segi ilmu yang disampaikannya.
Apa yang kurangnya adalah perlaksanaan jual beli perkhidmatannya, menyebabkan ramai yang tertipu. Tertipu bukan dengan ilmunya tapi tertipu dengan urusniaganya. Dia menjual khidmat, khidmat mentorship dan khidmat mengajar. Apa yang dijualnya itu mahal harganya. Kebanyakan yang pergi untuk belajar, bukan orang senang, mahu laburkan ribuan ringgit bukan suatu yang kecil. Bila yang ditawarkan tidak ditunaikan seperti yang dijanjikan, itu tidak patut. Jadi tunaikanlah apa yang menjadi hak orang lain.
Sempurnakanlah akad jual belinya. Jangan berjanji dipentas, tapi wakilnya dibawah menjual khidmatnya dengan terma dan syarat yang berlainan dari yang ditawarkan.
Saya belum sentuh tentang diskriminasi dikalangan anak muridnya. Dimana ikhlasnya guru? jikalau membeza-bezakan anak murid yang bayar yuran lebih dengan yang kurang. Adakah dia benar-benar ikhlas nak bantu ekonomi orang lain atau sememangnya hanya nak berniaga? Ketika anda sudah bergelar jutawan, mengapa masih berkira-kira bayaran dua tiga ratus dari orang yang bergaji dua tiga ribu?
Saya tidak pernah sebulu dengan orang yang menjual ilmu. Jadikanlah amanah Allah itu satu kewajiban untuk disebarkan. Terimalah bayaran untuk khidmat berpada-pada dan berlapang dadalah dengan orang yang kurang berkemampuan. Apakah tuan mengira kecil atau besar hasrat dan usaha seseorang melalui wangnya?
salam
saya pernah pergi program dr azizan dua kali masa tahun 2010 kalau tak silap... sedikit sebanyak ada ilmu yang boleh dipraktikkan
masalah yg dikata menipu mungkin dari akad jual beli
harap2 semua boleh settle dgn baik..aminn
Laporkan di tribunal pengguna. Tribunal pengguna uruskan kes bawah RM25k.
Boleh lihat prosedur di link ni;
http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/ttpm/tatacara
mohon update juga bila dah berjaya dapatkan balik wang saudari melalui tribunal, supaya orang kita celik akan hak mereka.
salam,
apa la kak...saya baca post seblm nih, akak sendiri tulis akak sangat seronok dan sangat menghargai ilmu yg dia bagi...akak sendiri cakap kena pergi, tulis takboleh gambarkan besarnya nilai pergi dapatkan ilmu yg dia share...
pastuh akak terbising2 nak cakap ni scam....
mungkin kekurangan dia, tak beri apa dia janji..tuntut je la...takyah jd gaduh..ingat tak dia cakap pasal negative tarik negative?...keberkatan ilmu terletak pada guru?...akak fikir2 kan...
Awal kemunculan beliau, beliau bawa seminar rahsia tarikh lahir. Ketika itu lagi sudah ada beberapa persoalan:
1. Rahsia tarikh lahir, ustaz-ustaz menolaknya, ia boleh membawa kepada syirik.
2. PhD yang beliau perolehi, adakah benar atau tipu? Cuba cari Gordon University Florida.
Dua perkara ini sudah cukup untuk tidak lagi mengikuti apa-apa daripada beliau.
Wallahu'alam.
Jemput baca ulasan mengenai rahsia tarikh lahir yang boleh menjerumuskan ke lembah syirik: http://el-ilmy.net/tag/rahsia-tarikh-lahir/
Stop panggil dia Dr..sbb dia x punya Ijazah Doktor Falsafah (PHD) pun...cuma dia beli ijazah palsu dari university luar Negara melalui online sahaja....sebab itu dia tak pernah tulis dlm biodatanya..
Kaedah penipuan spt Seminar Jutawan ni ah lama orang Cina di Malaysia buat dan mereka jadi Jutawan hanya dengan mengadakan seminar ...coaching yang dia buat ni xde apa2 pun yang menarik ... cuma amik kat internet je...
Saya nasihatkan orang Melayu bahawa kenapa kita masih percaya dan mahu dengar orang yang MENIPU kita dengan gelaran Dr..sedangkan dia xde kelulusan pun...cuma diploma je dr Uitm...
Org lain bertungkus lumus habiskan masa 3-4 tahun buat PHD full time...utk dpt Dr..dia senang2 je guna gelaran Dr.yg di beli...
Kawe setuju ngn poknik. Penerangan yg jelas n padat..
Saya baru shj menghadiri IJI beberapa mggu lpas. Bgi sy tiada terpulang kpd individu msg msg nk menilai. Saya yakin seminar yg dia anjurkan lgik ramai dpt manfaat dpd keburukan. Lebih positif dpd negati. Smua yg dia ajar mmg simple n mybe org yg dh study ekonomi pun tau tpi masalahnya masih ramai yg taktau sbb tu dorg gi seminar DAO sbb takder platform lain yg lbih mudah bgik dorg. And bli tiket tu kna la ikut kemampuan. Itu smua pelaburan bgik kita. Make sure worth it sgt sgt. Kalau amalkan, dgn izin Allah S.W.T., kita akan berjaya. DAO pun slalu kata, kna doa dan slalu minta pd Yg Maha Esa. Btw, sy rasa org lain smua tak komplen sbb mmg dorg tau seminar ni bwk manfaat pd dorg. Biasanya yg amek supreme diamond ni bisnes dg juta juta. So dorg mybe dh rasa berbaloi lpas amalkan apa yg DAO ajarkan dlm seminar. Sekadar pendapat saya. Terima kasih.
maafkan saya..... manusia dilahirkan tidak pernah sempurna, terimalah seadanya.... cuma saya berpegang kepada satu prinsip.... hormati guru, jangan kecilkan hatinya, walaupun guru itu hanya mengajar sepatah perkataan... apa yagn penting, semua kekeruhan telah berakhir dengan kejernihan. Ambil yang jernih, buang yang keruh... sentiasa bersikap postif, dan percayalah, apa yang telah berlaku, itu adalah ketentuan daripadaNya... dan ketahuilah Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat kita... semoga kita orang melayu, sama-sama berjuang untuk memajukan ekonomi, bangsa dan agama kita. Jangan jadikan satu masalah itu menyebabkan kita sesama melayu berpecah belah kerana kita telah lama di pecahbelahkan... ayuhlah, sama-sama kita bersatu mencipta kejayaan dan keberkatan untuk kita di dunia dan juga akhirat....
wallahualam... :-)
@ coklat Homemade.
Maaf puan, I beg to differ.
Memang ramai yang membela Azizan ni, hanya (kononnya) kerana 'guru'. Bagaimana pula yang menjadi mangsa spt penulis blog? melayu berjaya bila mereka tahu nilai diri mereka, tahu hak2 mereka. Jangan kerana 'guru' semua hak2 dan nilai mereka boleh dimainkan sewenangnya. dan satu lagi, Melayu tak berpecah kalau sama-sama jujur, amanah; bukan dengan merasa puas hati bila dimainkan, merasa redha dan pasrah semata-mata yang menjahanamkan kita adalah seorang 'guru'.
Salam semua, saya harap yang comment faham content Pn Rohaniah noor. Di dalam blog dia, dia nyatakan frustation dia tentang pakej supreme diamond tetapi dia dapat layanan seperti pakej diamond, tanpa 12 months personal online coaching itu. Saya percaya Pn Rohaniah noor pun ada serba sedikit belajar untuk memajukan perniagaan dia yang telah berjaya. kalau kita tengok secara objective, Dr Azizan, sgt bagus orgnya kerana niat nya untuk menolong org melayu kita. Dia pun pernah diinterview oleh Sin Chew mengapa dia tidak membuat seminar untuk kaum cina sedangkan dia fasih berbual mandarin. Saya rasa seminar yang dibuat ini adalah cara dia membayar, berkhidmat balik kepada masyarakat melayu kita. Saya rasa jikalau beliau buat seminar yang cater kepada org cina pasti ramai org cina yang beratur dan sanggup berbayar lebih kerana mereka tahu nilainya. Pernahkah kawan2 disini terfikir tentang perkara sebegini 1) Kos yang ditanggungnya untuk menyewa ballroom untuk dia mengadakan seminar percuma ini setiap bulan atau setiap 2 - 3 bulan (2) Kos pekerja/crew kerana bukan semua adalah volunteer dari participant seminar sebelumnya (3) Cuba tengok schedule seminar percuma nya lebih kurang sebegini; Contoh; Jumaat di Penang, Sabtu pagi di KL, Sabtu malam di Melaka dan Ahad pagi di Johor. Saya tak nafikan dia pasti ada buat duit dari seminar yang dianjurkanya tetapi sedangkan dia dikelilingi oleh org2 yg mahir main saham seperti hj asri, property investor dll, dan di malaysia apa2 keuntungan dari saham tidak dikenakan cukai. Jadi kalau kawan2 disini ada kebolehan, knowledge, cash flow seperti Dr Azizan, adakah anda semua akan bersusah payah lari sana lari sini berbual untuk 4 jam secara percuma, atau invest property, saham dll yang keuntunganya lebih tinggi dan tak leceh. Jadi disini kita tahu niat dia adalah untuk menolong org melayu kita, yang juga mcm saya yg makan gaji, tetapi alhamdulilah telah mula berniaga juga. Saya tidak menyatakan Dr Azizan perfect, kerana manusia tidak sempurna dan saya setuju Pn Rohaniah nyatakan jikalau sudah bayar supreme diamond tetapi dpt pakej diamond mungkin patut direfund differencenya. Nasihat saya pada Kak Rohaniah noor adalah terus push DAO untuk refund atau replacement program dan in future mungkin akak Rohaniah blh pergi kursus DAO yang intensif seperti Train Your Trainer dll, yg lebih mahal sikit di dalam group yang lebih kecil. Saya berterima kasih kepada kak Rohaniah ttg posting ini, jadi in future saya akan pergi ke kelas percuma DAO atau jikalau saya pergi ke kelas AMP, IMKK atau IJI saya hanya akan bayar untuk General RM499 (free 1 org) atau VIP RM999 (free 1 org). Dan saya akan pergi ke kelas yang advance dia seperti Train Your Trainer dll. Fikirkanlah kawan2 selain Dr Azizan Osman, ada tk org melayu kita yang lain yang sanggup bertungkus lumus untuk menolong org melayu kita, kongsi kejayaan org cina yang berniaga, invest property dll, mungkin ada tapi takde yang seactive dan lantang Dr Azizan. Minta maaf jikalau posting ini melukakan hati kawan2 disini, Assalamualaikum, Semoga anda Kaya dan Berjaya ; )
noor hafiz tahniah bersikap positif
saya rasa perlu diselesaikan secara baik ,pergi ke syarikat jumpa dr disitu atau pegawainya boleh sattle rasanya atau mintak dia bayar balek 20k yg telah dibayar utk kursus tu..
saya menyertai yg percuma dan berbayar dan dapat menafaat drpd kursus tersebut alhamdullilah
http://1mediamoney.weebly.com
As salam. U biz ape ye? Nk tahu klu u boleh shre penglmn. Mcmn boleh ade aset rm1juta? Brp tahun u dpt slps hadir imkk? T.kasih.
Betul tu zoulpizza..yang pergi universiti tu pun lum tentu dapat kerja lau xbelajar sungguh2 n xikut ckp lecturer..dah ler bayar beribu riban..habiskan masa btaun2 perah otak..APA TUJUAN MASUK UNI? kita pergi uni utk dapatkan ilmu n xdjamin pun dapat kerja. Kita diajar dr kecik utk blajar bagus2 n makan gaji.semuanya terpulang kepada kita..jangan salahkan orang lain.kes rohaniah ni pada pandangan saya.. DAO hanya manusia biasa..maybe terlepas pandang.setiap masalah pasti ada pyelesaian. Be positive jela..
DAO thorbaikkk!
Melihat pada tarikh lahir seseorang tidak boleh menentukan kejayaan tp mengenali diri semasa menjalankan pengiraan (calculation), saya sndiri adalah seorang metaphysics/metafizik yg membantu mereka utl mengenal diri masing2, pengiraan 1-9 merupakan kehidupan kita dan setiap persoalan ada didalam pengiraan.. Jangn lupa setiap manusia mempunyai elemen yg berbeza dalam setiap 5 peringkat..
1. Besi
2. Air
3. Api
4. Pokok
5. Tanah/bumi
Dimana kita tahu bagaimana perwatakan kita, mempelajari metafizik memang sangat baik khas utk mereka yg berkecimpung didalam dunia sales / networking..
Secara peribadi saya boleh membantu utk menunjukkan perwatakan peribadi cik walaupun saya tak pernh jumpa, sebilangan saintis berkata metafizik adalah penemuan yg amat ketara dalam srmua aspek..
Untuk mengenali metafizik sila email ke mynmpro@gmail.com saya akan membantu mereka yg ingin mengenali diri mereka dengn lebih dekat lagi dan dari situ mereka boleh memperbaiki kesilapan sendiri..
97% adalah betul dan 3% terpulang dengn kepercayaan.
Pasal DAO tu no komen tp ntahla.. Mungkin... Atau mngkin tidak siapa tahu..
Setiap perkara pasti ada sebabnya, jangnlah kita memperburukkan lahj keadaan yg memnag da nmpak sngat, sama2lah kita buat apa yg patut.. Sudah2 le tu.. Tp yg paling penting dalam setiap perkara buy back policy tu mesti ada.. Tidak kira betul/salab pengajran tetap satu pengajaran.. Kita tak ikut jalan yg salah cuma manusia ni adalah seorang yg sangat berilmu dan ilmu itu dicari bukan semata mata nak jadi kaya tapi nak menambahkan ilmu sahaja.. Jika DAO menipu pasti ramai yg terkena cuba selidik dahulu.
Kawan sy adalah seorang peserta DAO dan dia adalah seorang yg x berhenti mencuba.. Setiap ilmu yg dicurah pasti dia akan pegang teguh.. Pendapatan setahun mencecah 3juta lebih.. Kemungkinan semangat kekuatan yg diperolehi melalui DAO ataupun dirinya sendiri kita tak tau..
Jangn jadikan ini sebagai penghalang, jadikan ia sebagai batu loncatan dimasa akan datang.. Tiada manusia yg akan lari daripada masalah..
Buat yg terbaik dan jadilah yg terbaik!
Ya...fizo omar berjaya.tuan hj.asri puji dao...mcm mna boleh jd yg sebaliknya ni?.xapa...ilmu d tuntut x rugi...dr.azizan pembakar smngat
A'kum wbt to all my friends out there... WE are starting with a new PUBLIC experiential program's soon in April 2015, due to this who are looking for KNOWLEDGE and EXPERIENCE please contact us to joining the PROGRAM....
KELAB TASIK PUTRAJAYA PRESINT 8 PUTRAJAYA
4th-5th April 2015
With TUAN SYED ABD AZIZ AL-QUBRA
now in slot 'Celik Kewangan.. Di Selamat Pagi Malaysia setiap khamis 9am Hanya di TV1
1.Increase your financial awareness
2.Financial Tips For Dummies
3.Tips Pengurusan Kewangan Mudah
4.Personal Financial Planning & Investment Scam
PM FOR RESERVATION
limited seat
0166001447
96% orang yg komen atas nih semua org bingai..
Wahai para komenter yg bingai..
Boleh xjgn nk keluar topic..
Cik Noor nih nk minta hak dye sebagai pembayar yuran..
Bukan nk jatuhkn dr mickey mouse yg mmg bangang nih..
Korank nk puji2 si mickey mouse nih lebih2.,
Ingat dye tuh dewa kekayaan ke..
Bce lh betul2 ape yg dimaksudkn cik tersebut..
Dye dah byr yuran tpi kelas persendirian yg dijanjikan xdpt..
Tentulah dye baran..
Ingat dye bodo mcm korank ke..
Itu hak dye..klw dh berhubung dgn MM nih..
Tpi dye buat endah xendah..
Dgn ske2 tukar latihan ikut kehendak dye..
Mestilah cik nih marah..
Di sini kte mcari ketelusan seorang MM yg korank sanjung nih..
Biar miskin hina tpi telus..amanah dan fatonah..
Dri mkn duit org..
Beli gelaran DR kt internet..
Pastu dgn sifat jahil nih..
Korank bukan men back up dye mcm dye bgi korank rezeki pulak..
Betul kata Aarina Cheffa...yg backup AO ni bengap sebengapnya..Satu - Tak tahu hujung pangkal masalah Cik Noor. Dah cerita panjang lebar pun paham2. Itu pasal senang digoda oleh AO tu.. Oiiii dia kaya kerana jual seminar ..bukan berniaga yg sebenarnya..tolol!!
Dua - AO dulu buat seminar Tarikh Lahir. Tak lama lepas buat seminar jadi jutawan lancau...tiba2 ada pangkal Doktor...memang pandai bercakap ..yg itu pun korang kata ilmu...itu boleh google je lah...baca buku motivasi...NGOK!
Saya suka sangat mengikuti semua seminar DAO yang free kerana saya ingin melihat dan mengenali cara dia membuat duit dari seminar-seminar yang dianjurkan. Ya saya akui, dia sangat hebat bercakap dan menyakinkan orang. Saya paling kesian apabila yang terpengaruh dengan kata-kata dia untuk jadi kaya itu adalah makcik pakcik yang tidak berduit. Semata-mata untuk pergi seminar berbayar dan mengambil pakej paling mahal sehingga sanggup berhutang. Seminar percuma sebenarnya adalah perkara-perkara basic sahaja. Yang infonya kita boleh dapat dari blog atau belajar sendiri tetapi yang dia tekankan untuk menjadi jutawan. Siapa tak mahu jadi jutawan. Pasti semua akan cepat terpedaya. Saya pergi Seminar Pelaburan Hartanah, Seminar Pelaburan Emas dan Saham tetapi saya melihat dia langsung tidak menjawab soalan-soalan peserta dengan betul. Maksudnya kalau nak tahu lebih lanjut perlu pergi Seminar Berbayar. Dan saya yakin memang dia tidak akan menjawab persoalan-persoalan peserta dengan tepat contohnya, soalan bagaimana ingin membeli emas secara borong dan murah berbanding harga pasaran? Itu soalan sangat senang bagaimana peserta yang ingin memulakan bisnes emas tetapi soalan itu tidak dijawab pun oleh DAO (Penceramah lain yg pakar dalam bidang tu) kerana..? Ya kerana seminar yang diberikan adalah FREE. Kalau nak tahu lebih lanjut kena pergi yang berbayar. Itu cara dia buat duit. COntoh seperti IMKK.. Pakej yang dijual pada harga RM999 tetapi kawan-kawan sahaja masih ramai yang boleh membeli tiket tersebut dengan harga hanya RM100. Bagaimana dengan yang telah membayar pada harga RM999 sedangkan ada pula yang boleh membayar hanya RM100.
Adik saya sendiri membayar pakej Advanced Marketing Power RM9999 (Share berdua dengan kawannya) tetapi indah khabar dari rupa. Ya benar, memang dijanjikan group personal coaching tapi group tersebut tak pernah wujud pun. Dan adik saya tak berminat nak memanjangkan issue ni. Kebanyakan orang yang terkena tidak sanggup pun nak ulang alik pergi balai buat report apa semua sebab dia punya pengaruh besar tapi saya sangat puji dengan Puan Rohaniah ni di atas keberanian beliau. Sikap sebegini yang patut dipuji.
Bersambung..
Secara telusnya sekiranya kita terasa down atau rasa hilang semangat.. boleh pergi seminar FREE DAO untuk menaikkan semula semangat dan mencari semula semangat yang hilang tapi tak perlu la nak membuang duit untuk membayar mahal-mahal semata-mata untuk mendapatkan ilmu sebab saya yang terbiasa berniaga dan mencuba macam-macam perniagaan.. saya rasa ilmu itu semua senang didapati di mana-mana. Di dalam kehidupan kita sendiri. Melainkan kalau orang tersebut benar-benar zero knowledge.
Ada beberapa orang JUTAWAN yang DAO masukkan cerita mereka dalam video-video konon-kononnya mereka telah menjadi JUTAWAN setelah pergi seminar DAO. Terus terang mereka sebenarnya telah membayar sejumlah amaun kepada DAO untuk melayakkan mereka dapat peluang tersebut nama diup dalam video, cerita diup dalam video sedangkan produk yang kononnya berjaya menjadikan orang tu jutawan belum terjual pun lagi. Jadi ada penipuan di situ. Bagaimana video dimasukkan kononnya dia berjaya menjadi jutawan dengan jualan mencecah jutaan ringgit selepas menghadiri seminar DAO padahal produk tersebut belum terjual pun. Ada lagi seorang peserta yang DAO masukkan video kononnya telah menjadi JUTAWAN dengan menghadiri seminar-seminar DAO tetapi saya yang menjadi agent dropship "JUTAWAN" tersebut masih kehidupan biasa-biasa duduk di rumah teres 1 tingkat tetapi di dalam video tersebut dia di claim sebagai jutawan. Ya, video-video yang dimuatkan itulah sebenarnya yang akhirnya meletupkan produk seseorang tu. Bukan sebelum video kejayaan dimuatnaik di media sosial. Sebelum tu mereka tiada apa-apa pun. Hanya kerana mereka telah membayar sejumlah wang dan cerita kejayaan mereka dimuatkan di media sosial, setelah itu barulah mereka terkenal dan selepas itu mereka mula menjadi jutawan. Tetapi cerita kejayaan kerana menghadiri seminar DAO sebenarnya tipu semata-mata. Kalaulah bukan kerana orang-orang di dalam video itu saya kenali pasti saya pun akan terus memuja DAO tetapi sejak itu seminar FREE pun saya tak berminat lagi nak hadir. Kerana saya kesian kepada mereka-mereka yang terlalu taksub kepada seminar DAO sehingga sanggup berhutang sana sini demi mencari ilmu kononnya. Sedangkan mereka boleh dpt ilmu itu dengan lebih murah lagi. Ramai lagi yang layak selain DAO dan lebih ikhlas memberi ilmu. Carilah, pasti anda akan jumpa. Jangan terlalu taksub dengan DAO. Dia jadi jutawan kerana seminar-seminar yang dia anjurkan. Kerana ramai orang sanggup membayar berapa sahaja. Cuba jadi seperti saya. Pergi semua seminar FREE dan perhatikan cara DAO buat duit melalui seminar. Anda akan nampak sendiri. Malahan perhatikan juga orang-orang yang DAO panggil naik ke pentas. Untuk menceritakan cerita-cerita kejayaan dan tolong kaji semua cerita tersebut benar atau tidak. In shaa Allah kita dapat mengelakkan diri ditipu. Tidaklah saya mengatakan DAO langsung tak boleh pakai tp ada juga ilmunya yang bermanfaat tapi ilmu tu tak memadai dengan jumlah yang perlu dibayar.
Maafkan saya menulis terlalu panjang.
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda sangat memerlukan bantuan kewangan?
Lihatlah Tiada lebih jauh kerana syarikat Gochel Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4% tanpa pemeriksaan kredit dan jaminan 100%.
Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman termasuk pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, Pinjaman Rumah, Pinjaman Startup, dan lain-lain melalui e-mel am_credit@outlook.com.
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon e-mel kami dengan butir-butir di bawah.
Umur:
Nama penuh:
Jumlah Diperlukan:
Tempoh Pinjaman (masa bayar balik):
negara:
bandar:
Alamat Tetap:
seks:
Nombor telefon:
Pendapatan bulanan:
pekerjaan:
Keluarga terdekat:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
Nombor telefon:
Adakah anda memahami bahasa Inggeris:
pekerjaan:
Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat saya, prosedur pinjaman akan bermula pantas menghubungi kami melalui e-mel am_credit@outlook.com
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda sangat memerlukan bantuan kewangan?
Lihatlah Tiada lebih jauh kerana syarikat Gochel Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4% tanpa pemeriksaan kredit dan jaminan 100%.
Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman termasuk pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, Pinjaman Rumah, Pinjaman Startup, dan lain-lain melalui e-mel am_credit@outlook.com.
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon e-mel kami dengan butir-butir di bawah.
Umur:
Nama penuh:
Jumlah Diperlukan:
Tempoh Pinjaman (masa bayar balik):
negara:
bandar:
Alamat Tetap:
seks:
Nombor telefon:
Pendapatan bulanan:
pekerjaan:
Keluarga terdekat:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
Nombor telefon:
Adakah anda memahami bahasa Inggeris:
pekerjaan:
Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat saya, prosedur pinjaman akan bermula pantas menghubungi kami melalui e-mel am_credit@outlook.com
Stuju sgt ngn mynmpro..bg aku stiap mnusia de wat kclpan cm tu jgk ngn dao..bg aku dao seorg yg byk brikn smngat pd org len..lg2 org kte..
Stuju sgt ngn mynmpro..bg aku stiap mnusia de wat kclpan cm tu jgk ngn dao..bg aku dao seorg yg byk brikn smngat pd org len..lg2 org kte..
Stuju sgt ngn zoulpizza..sape pn orgnyer ade org ska n x ska bb pe,bb kte mnusia..x sempurna..
Stuju sgt ngn zoulpizza..sape pn orgnyer ade org ska n x ska bb pe,bb kte mnusia..x sempurna..
Puan rohani..sy berminat nak tahu..adakah orang2 yg puan kenal dalam video tu bercerita direct dengan puan yg mereka membayar DOA untuk up dalam video atau puan sekadar tengok je? contohnya dalam ayat puan yg panjang lebar tu ada sebut "Sy TENGOK hidup jutawan tu biasa2 je..." Kalau betul ada wakil2 dlm video2 tu cerita dirent kt puan yg dia bayar DOA sy sangat terkejut jugak lah..tapi kalau sekadar TENGOK je cerita bukan main panjang takut jadi fitnah pula..Lagi pun puan hanya Agen dropship Si JUTAWAN tu..kalau kawan baik ke or jiran ke mungkin lebih meyakinkan..Bukan apa sy pun baru bercadang2 nk join seminar dia...Tapi komen puan yg pergi seminar free tu mcm teruk sangat je gaya nya
Terima kasih Pn. Rohaniah pemilik blog kerana sudi berkongsi pengalaman.
Yang komen kutuk-mengutuk dan cakap macam² pada owner blog ni, ramai tak faham apa maksud beliau menulis dalam blognya. Dan di akhir entri kan dah beliau tulis kes dah selesai. So, kita tak perlulah panjang²kan cerita dan tohmah dia macam². Mentang²lah beliau bukan artis... Cuba kalau beliau ni artis. Ada ke anda nak kata beliau macam²? Baca betul² apa dia tulis barulah nak kata dia ni memburukkan Idola anda semua.
Benar, apa pun jika kita nak duit yang banyak, memang kita perlu laburkan duit yang banyak. Itu memang strategi marketing. Saya tabik Pn. Rohaniah kerana tak takut menanggung risiko dari mula hingga akhir termasuk siri pendedahan beliau. Syabas Puan.
Dalam hal ni, kita usah terlalu taksub. Yang mana baik dari DAO kita ambil. Ilmu kita boleh cari di mana sahaja. Tapi, untuk keberkatan, carilah ilmu dari yang mursyid dan tiada unsur yg meragukan. Kita kan Allah beri fikiran...
Salam perkenalan Pn. Rohaniah saya ieta blog saya : www.blogieta.com
assalamualaikum Puan, ternyata apa yg telah terjadi pada hari ini, sangkaan Puan adalah benar. Kesabaran Puan amatlah tinggi dlm mengatasi masalah scam yg terjadi kpd Puan 4 tahun lalu. Saya turut simpati apa yg terjadi kpd Puan. Saya harap sgt cerita Puan ini dapat disebarkan pada waktu sekarang ni supaya boleh jadikan teladan bagi yg betul2 mengagungkan penceramah ini. saya tidak mahu panggil langsung nama dia sbb rasa betul2 kesal dgn tindakan dia. setelah bertahun2 meniaga cara macam ni. siap boleh pergi umrah beribadat lg. langsung dia tidak memikirkan punca rezeki dia halal atau haram, sehinggakan dia telah menggunakan utk beribadah. semoga dia dpt berubah dan sesali perbuatan dia dari pertama kali dia buat perkara keji ni sehingga hari ni. terima kasih kerana telah berkongsi cerita Puan.
Catat Ulasan