Kecoh satu Malaysia
Ramai orang membujang lantaran hantaran mahal?
Betul ke?
Berapa mahal baru dikatakan mahal?
adakah RM 10,000 sudah mahal?
adakah RM 5,000 pun dikatakan mahal.
atau bawah RM 1,000 baru tidak mahal?
Rata-rata yang saya dengar di tahun 2012 dan 2013, kadar hantaran untuk pengantin perempuan dari keluarga biasa adalah dari RM 8,000 - RM 10,000.
Mahal?
Setuju dengan pandangan anak muda INI.
Tak biasa pula dengar hantaran kawan-kawan saya yang kebanyakannya ada ijazah mencecah RM50,000.
Mungkin wartawan ni berkahwin dengan anak sultan agaknya.
Dah tahu tak mampu sebanyak itu, carilah yang sekufu.
itu sahaja kata kuncinya.
Untuk kadar hantaran standard ni, susah ke nak dapatkan wang RM 10,000 ni?
Jawapan saya tak susah.
Berapa ramai yang bercinta dahulu sebelum kahwin?
Berapa ramai pula yang bercinta bertahun-tahun dulu sebelum kahwin?
Aha... saya tahu ada ramai yang bercinta semasa sedang belajar lagi.
Keluar makan bersama.. nak habiskan satu gelas air sirap pun berjam-jam lamanya.
Sebab ghalit tengok muka aweks atau balak dan seronok luangkan masa berdua.
Kalau baca buku, dah berapa bab habis dibaca.
Hm.. sementara bercinta tu, apa kata simpan sedikit wang setiap bulan.
Tak kisahlah sama ada duit fama beri ke.. atau duit PTPTN ke.. atau ada pekerjaan sambilan
tapi seeloknya ada simpanan RM 3K - RM 4K bila bergraduasi.
Kemudian, sebaik 3 bulan bekerja, belilah satu rumah dengan modal rendah.
Kalau rajin dan ada ilmu, boleh cari rumah yang dijual di bawah harga pasaran.
Kemudian markup s&p.
Tapi kalau blur-blur, beli je satu rumah under construction yang hanya perlu bayar modal RM 1K ke RM 3K.
Ada banyak di pasaran. Saya pun pernah berkongsi beberapa projek di sini.
Cari sahaja.
Selepas rumah siap, dalam 2 atau 3 tahun kemudian, insya Allah jika tiada kejatuhan ekonomi yang teruk, harga rumah akan naik dalam 25 - 30% sekurangnya-kurangnya.
Katalah anda beli satu studio apartment berharga RM 200,000.
Selepas 2 ke 3 tahun bila dah dapat kunci, harga akan naik ke RM 260,000.
Masa tu jual atau refinance lah!
Senario 1: jual selepas dapat kunci. Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli
260K (harga jual) - 200K (harga beli) = untung 60K
bayar cukai RPGT 10% x 60K = 6K
komisen agen katakan maksima 3% x 260K = RM 7800
kos peguam, stamp duty dan lain-lain katalah RM 2,000
jumlah pinjaman lama 90% x RM 200,000 = RM 180K
Dengan menjual rumah ini, anda bakal peroleh tunai sebanyak RM 260K - RM 180K (tutup pinjaman bank)
= RM 80,000
Untung bersih pula adalah:
80K (tunai diperoleh) - (6K rpgt+ 7800 komisen agen + 2K caj peguam dan lain-lain)
= RM 64,200.
Nah.. hantaran RM 10K je
ada baki RM 54,200 lagi.
Boleh la buat beli rumah seterusnya pula...
Senario 2: Pembiayaan semula (refinance). Kenaikan harga rumah adalah 30% dari harga beli
Kalau sayang rumah pertama tu, tak perlu jual. Tapi refinance sahaja.
Jumlah pinjaman baru (refinance) 90% x 260K = RM 234,000
Jumlajh pinjaman lama 90% x RM 200K = RM 180K
caj peguam untuk refinance katalah dalam RM 4K
Wang tunai yang diperoleh selepas refinance adalah
= 234,000 - (180,000 + 4K)
= RM 50,000
Aha.... susah ke nak kumpul wang hantaran?
Kalau RM 50,000 pun anda mampu beri kan...
apatah lagi setakat RM 10,000
kredit foto: http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=1499 |
Pendapat saya, cabaran bukan pada mengumpul wang hantaran.
Tapi lebih kepada mencari pasangan yang menyayangi sepenuh hati, menghargai kita, menganggap kita sebagai peneman, bukan sebagai orang gaji dan kawan berborak ketika sedih atau apabila sudah tua.
Itu yang lebih sukar.
7 ulasan:
Cik ikut contoh kalau refinance rumah kita akan dapat hutang yang baru..apa kebaikkannya refinance?
saje nak lakukan surat khabar. then ramai lelaki ambik kesempatan membesar2 kan benda ni.. stakat 10k pon tak mampu (kalau lelaki tu degree la), camne nak tanggung anak bini nanti? harga ayam mahal ooo...hehehe :P
Ixu, refinance memberi kita
- lebihan wang
- rumah kekal hak kita
- peluang mendapatkan kadar pinjaman lebih rendah
- peluang menurunkan bayaran bulanan
sitiezahim, itu pun betul juga
langkah yg sgt baik tapi ramai yg beli kereta yg mahal2 dulu... termasuklah adik sendiri.
Mudahkan buat duit :-)
Tak payah pikir pasal kahwin pun lagi senang. Tumpukan shj perhatian pada mencari kejayaan diri sendiri... Kalau ada jodoh ade la. Kalau pening sangat nak layan bakal isteri yang mintak mcm2, cari pilihan lain pulak. Selagi belum kahwin kita berhak memilih pasangan... RM10k walau pun mungkin pada sesetengah orang kaya nampak sikit, pada lelaki tetap banyak... Betul, pengorbanan isteri selepas tu mngkin tak ternilai, tapi itu pilihan masing2... Pendek kata, kalau tak mampu, hatta RM10k pun susah nak bagi, tangguhkan shj rancangan kahwin... Ada jodoh tu nnt.
terima kasih, ada perkara yang menarik dalam entri ni :)
Catat Ulasan