02 Jun 2013

futuristik. gempak. tinggal-kerja-bermain

Salah satu ciri hartanah yang mempunyai potensi pelaburan yang baik adalah, ia mestilah mempunyai elemen stay-work-play kurang dari 5 km.
Saya acapkali kongsikan kriteria wajib ada ini kepada peserta seminar saya.

Hari ini saya nak berkongsi satu projek pembangunan baru kepada anda semua
Projek pembangunan bercampur yang mempunyai ketiga-tiga stay-work-play dalam satu tempat.
Projek tersebut adalah Zeva @ Equine South.



Zeva bukan hanya kediaman tapi ada kedai dan mall di bawahnya.
Ia berkonsepkan pembangunan komersial dan futuristik.
Kena pula, lokasinya betul-betul bertentangan dengan Jusco Equine dan bersebelahan dengan Putra Walk.
Lokasi ini juga tidak jauh dari UPM dan Cyberjaya / Putrajaya.
Jadi, setakat ini, pelajar tempatan UPM, MMU, Limkokwing dan CUCMS memang ramai tinggal di sini.
Belum kira pekerja-pekerja di Cyberjaya dan Putrajaya lagi.


Di Equine juga ada sekolah antarabangsa. Alice Smith international school.
Mudah nak akses ke LDP, MEX, Elite dan SKVE.
Akan datang, ada satu lebuhraya melalui kawasan ini iaitu Serdang-Kinrara-Putrajaya Expressway (SKIP) .
Mungkin boleh kurangkan masalah kesesakan jalan di simpang 4 keluar ke LDP tu kan..

Ada beberapa jenis unit di Zeva. Ada yang studio, ada 2 bilik dan ada 3 bilik.
Unit-unit studio apartmen ini dijual dengan pakej fully furnish.
Jadi, bila rumah dah siap nanti, pembeli tak perlulah keluar duit tunai lagi untuk ubat renovation dan isi perabot.
Sebab dah masuk dalam harga rumah siap-siap. Jadi, dah masuk juga dalam jumlah pinjaman.
Cuma kalau unit fully furnishnya, harga lebih mahal sedikit berbanding jika mereka jual kosong.
Tapi kena keluar duit cash lagi pulak.
Jadi, ada kelebihan dan kekurangan sendiri lah kan..


Dari segi reputasi pemaju pula, Trinity Group mempunyai latar belakang yang baik.
Projek mereka sebelum ini adalah The Zest di Kinrara.
Dulu tahun 2009, sifu Faizul Rizuan beli pada harga 232K sahaja.
Sekarang harganya dah naik melebihi RM 500K.


Kemudahan yang disediakan di projek Zeva @ Equine South ini oleh tahan hebat.
Boleh dikatakan, jauh lebih hebat dari apartment sedia ada di sana.
Antara kemudahannya adalah:
- Gym terapung
- kolam renang bersaiz Olympic sepanjang 50 meter
-  sky-terrace dan lobi di tingkat teratas. Dipanggil Sky Club
- kemudahan sukan
- sauna
- cafe dan banyak kedai-kedai / mall di bawah
- taska
 - water feature dan lain-lain





Setahu saya, unit memang dah hampir sold out dah..
Laku macam goreng pisang panas sejak ia dilancarkan oleh pemaju pada pertengahan tahun 2012.
Tapi difahamkan masih ada beberapa unit terhad untuk bumiputra lagi.

Saya difahamkan juga, unit yang masih ada dijual ini adalah unit studio sahaja.
Pemaju menawarkan pakej istimewa.
Ada 9 % bumi rebet. Jadi harga selepas rebet ini bermula dari  RM 258,888 (Before 9% bumi rebate)
Unit fully furnish.
Percuma yuran guaman untuk S&P
Setiap unit juga akan mendapat 1 unit parking kereta percuma.



Oh ya, pada 9 dan 16 Jun ini, ada talk oleh sifu Faizul Rizuan di sini.
Majlis bermula jam 10 pagi hingga 6 petang tapi talk oleh Faizul akan diadakan pada jam 11 pagi dan 3 petang.
Jadi, kalau ada peminat beliau di luar sana, boleh lah datang sambil tengok-tengok show unit.
Setiap yang hadir ke majlis ini akan menerima satu buku WTF percuma.
Hohohooo!!

Untuk makluman lanjut, boleh lawat laman web Zeva DI SINI.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harga persft mcm lebih murah dari Garden Plaza..kalau Garden Plaza studio is 320k & 450sft.
But for this one, 258k for the same size, with furnished some more..hrmm

sitiezahim berkata...

wah menarik kan? kalau dah jual domain tu, menarik apa beli kat sini...hahaha...