22 Mei 2013

Bayar booking kepada owner: Langkah mudah untuk jatuh gaung

Beli rumah bukan seperti beli tepung atau gula
Ia tak semudah sekadar bayar wang dan dapat barang.
Ia melibatkan prosedur, keselamatan transaksi dan perlindungan pihak-pihak berkenaan.

Ramai orang yang tak faham mengenai prosedur beli rumah
Tapi mereka nak beli rumah
Akhirnya mereka teraba-raba, main langgar tembok dan bila terkena, terjatuh dalam gaung

Ramai juga yang sangat kedekut untuk belajar
wang dua tiga angka untuk membaca buku atau hadir ke seminar mengenai prosedur beli rumah sangatlah berkira
Tapi kalau berisiko tinggi hangus wang empat lima angka mereka tak kisah
Wow... itu bukan pelaburan hartanah namanya
tapi perjudian hartanah

Isnin lepas saya terima 2 soalan yang hampir sama dari 2 orang yang berbeza
soalan mengenai prosedur beli rumah subsale secara terus dari penjual.
Boleh ke bayar 10% terus kepada penjual?

saya kira ini perkara yang sangat penting
sebab kalau main langgar tembok macam saya cakap tadi, bahaya...

Jadi, untuk perkongsian bersama, saya hasilkan video ini
Saya harap semua kawan-kawan pembaca blog saya akan menontonnya ya
tengah-tengah malam saya rakam video ni.
hohohooo!


9 ulasan:

Unknown berkata...

Video kedua lebih baik dan kemas. Tahniah kak!

Unknown berkata...

tenkiu kak RN atas penerangan yg jelas..

biasanya berapa lawyer charge utk whole process beli rumah?

MH8625 berkata...

Penerangan yang sgt baik RN. Kalau saya ada kat situ, dah lama saya bg Clarinase pd RN. Sian pulak tgk RN dengan runny nose tu

Fardain berkata...

Terbaikk!! Kemas dan mudah difahami

shafiksuker berkata...

Bagus vid ni.sgt educational.lepas mengamati vid mmg perasan mcm nampak nampak kat larian milo haritu tp x tergerak pulak nk menegur.selalunya saya ni main tegur je.xde rezeki. :D

Rohaniah Noor berkata...

terima kasih atas maklumbalas anda semua..

Shafiksuker, ooo.. lain kali tegur lah ya..

Ihsan Berahim berkata...

terbaik. infinite start bagi.

Unknown berkata...

Terbaik. Faham sangat.

Cr. Siti Hazreen Shahrom berkata...

penerangan yang jelas..terima kasih ;)