18 April 2013

Pengumuman Seminar Wang Besar Sabtu dan peta


Seminar Wang Besar pada sabtu ini, 20 April insya Allah akan berlangsung.

Saya telah menghantar email kepada semua peserta mengenai butiran terperinci seminar ini
Begitu juga dengan peta lokasi.

Jika ada yang tak dapat emial, beritahu saya ya.

Masih ada lagi 2 tempat kosong, jika ada yang berminat nak hadir.

Saya nyatakan di sini pula butiran seminar nanti:

Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat:No 12-1 , Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang, Selangor.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi.

Pakaian
-Pakaian Kasual

Apa yang perlu dibawa?
1) Pen dan buku nota
2) Kalkulator. Penggunaan kalkulator di telefon bimbit boleh cuma kurang digalakkan kerana kurang selesa untuk mengira angka yang besar.
3) Snek seperti coklat, untuk diambil jika terasa lapar sementara menunggu waktu rehat tengahari
4) Business Card atau brochures untuk networking.
5) Hati yang ceria dan bersemangat untuk belajar :)

Makanan /Minuman
- Minuman pagi ringan disediakan iaitu pada jam 8.30 pagi sebelum sesi bermula.
- Mohon maaf, oleh kerana yuran seminar ini sangat berpatutan, jadi makanan tengahari dan minum petang tidak dapat disediakan. namun jangan bimbang, terdapat banyak kedai di sekitar tempat seminar.
- Air mineral ada disediakan.

Peta

- Untuk ke lokasi, tuan / puan boleh merujuk peta lokasi seperti di bawah.


Landmark 

saya sertakan gambar-gambar lokasi supaya tuan / puan familiar dan mudah mencari.

Jika pada hari seminar, tuan / puan memerlukan bantuan untuk sampai ke lokasi, mohon hubungi 01129443437 (en Noor).

Pejabat Sifu Shafie / Pie2020


Pejabat MAA- corner lot sebaris dengan Pejabat Sifu Pie

Restoran Haji Tapah - corner lot satu lagi

Taman Putra Kajang - sayap kiri

Taman Putra Kajang - sayap kanan

Bertentangan dengan pejabat Sifu Pie

Tangguh

Untuk makluman juga, seminar Wang Besar untuk Zon Timur ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini supaya rakan-rakan di Zon Timur boleh tumpukan untuk hadir ke seminar anjuran Abang Ensem yang akan diadakan pada 11 Mei nanti.

Sebenarnya saya dah set tarikh untuk Zon Timur ni dah lama.. sejak hujung Februari atau awal bulan Mac.
Saya dah war-warkan di email dah pun.
Cuma belum umumkan di blog.

Tapi lepas balik dari bercuti di Jerman, apabila saya umumkan tarikh tersebut barulah saya tahu AE ada buat 2 minggu lebih awal.

Menyedari yang pasti semua orang Zon Timur akan hadir ke sesi AE, rasanya tak perlu la dah kot saya buat pada tarikh yang saya rancang tu.

Kepada peserta seminar sabtu ini, jumpa nanti ya!

1 ulasan:

syahmie berkata...

Pie kena letak banner baru la kat opis dia, bunting yg ada tu dah lusuh. letak fixed signboard ler boss..