Saya pernah umumkan sebelum ini bahawa saya baru menubuhkan Kelab Alien Hartawan DI SINI.
Kenapa alien?
sebab saya dapati, biasanya mereka yang suka dan melakukan pelaburan hartanah ini berbeza dengan orang lain di sekitarnya.
cuba pusing kiri, kanan, depan dan belakang.
Ada tak di sekeliling anda yang sangat teruja bila bercerita tentang pelaburan hartanah
ada tak yang suka menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan melawat rumah contoh
ada ramai tak yang sanggup berjimat cermat dan simpan duit sebab duit tu nak digunakan untuk deposit rumah sewa?
Mungkin ada seorang dua atau mungkin tiada langsung kan...
Itu sebab saya katakan pelabur hartanah ini agak unik orangnya
Pelik dari orang biasa
tapi kepelikan dan keunikan minat, cita-cita dan keazaman ini yang boleh menjadikan kita seorang yang luar biasa.
Maka dengan itulah saya katakan, pelabur hartanah ini ibarat alien
kerana kita unik, istimewa, luar biasa
Tapi kalau kita sorang-sorang je tanpa ada mentor, tiada kawan yang sama minat, susah juga jika kita ada kemusykilan
atau susah juga nak dapatkan info panas berkenaan pelaburan hartanah
lagipun duduk labur sorang-sorang ni susah sikit lah nak ada peluang bekerjasama dengan otai lain.
Jadi atas sebab inilah saya merasakan alien-alien ini perlu berkenalan, berkumpul di bawah satu kumpulan
dan saling sokong menyokong dan berkongsi ilmu dan pengalaman
Barulah para alien akan lebih mudah dan cepat berjaya mencapai objektif pelaburannya.
Oleh yang demikian, saya nekad menubuhkan Kelab Alien Hartawan.
Maka, hari ini saya nak perkenalkan logo rasmi Kelab Alien Hartawan ini.
Logo hebat ini telah direka khas oleh tuan Wan Amirul, peserta seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah.
Terima kasih banyak-banyak kepada beliau atas logo yang hebat ini.
Kenapa ada 5 kepala alien? Siapa mereka?
5 kepala alien adalah simbol bahawa kita lakukan pelaburan hartanah ini bukan seorang diri.
kita ada mentor, kita ada pasukan dan kita ada rakan.
Semua ahli kelab akan dapat akses ke kumpulan FB eksklusif dan mailing list yang bernilai RM 588.
Namun khas untuk semua peserta seminar anjuran PropertyWaltz.com dan Property N Co sejak 2010 dan seterusnya, mereka mendapat keahlian PERCUMA.
Menjadi ahli kelab eskklusif ini bermakna anda sentiasa dikelilingi oleh alien-alien hebat dan begitu rapat dengan ilmu-ilmu mahal pelaburan hartanah.
Seminar akan datang adalah pada 20 April 2013 di kajang.
Masih ada 3 tempat kosong sahaja.
Yuran penyertaan RM 228 seorang atau RM 420 untuk dua orang
Ia melayakkan anda menjadi ahli kelab ini seumur hidup yang bernilai RM 588.
Berminat?
1. Bank in yuran seminar ke akaun CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
2. Maklumkan pembayaran dan maklumat nama, email dan no hp untuk pendaftaran di dalam borang di bawah ini
Zassss!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan