![]() |
Kredit foto: Paih Aman |
Esok 5 April 2013 akan berlangsung Majlis Pecah Tapak Masjid Cyberjaya.
Alhamdulillah... setelah sekian lama muslim di Cyberjaya menunggu-nunggu masjid di sana, akhirnya pembinaan masjid ini menjadi kenyataan.
Dengarnya kerja-kerja pembinaan masjid ini telah lama bermula.
Cuma ini majlis perasmian pecah tapak sebagai formaliti sahaja.
Masjid ini akan dibina bersebelahan pejabat Majlis Perbandaran Sepang sedia ada di Cyberjaya iaitu di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.
Ia dijangka akan dapat menampung 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Ia juga akan menjadi masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan hijau.
Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd. Najib bin Abdul Razak.
Butiran majlis tersebut:
Tarikh : 05 April 2013
Masa : 8.15 pagi - 10.30 pagi
Tempat : di Tapak Masjid Cyberjaya
Ini rekaan masjid tersebut berdasarkan ilustrasi pereka senibinanya.
![]() |
kredit foto: http://www.cyberview.com.my |
![]() |
kredit foto: http://www.cyberview.com.my |
Selepas masjid ini siap, tak perlulah semua pekerja dan penduduk Cyberjaya bersesak-sesak di masjid Balai Bomba Cyberjaya lagi.
Nota: Terima kasih Paih kerana memberi info asal berita ini :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan