09 Februari 2013

pergi gym adalah pakej terbaik!

Rabu petang saya iklankan sofa, katil single dan tilam untuk dijual.
Punca nak jual?

Katil tu sebab sebelum ni cuma ada katil single di bilik utama
Penyewa nak saya tukar dengan katil queen.

Sofa tu pula masih baik, tapi 3 tahun.
maka foamnya dah lembut.

Rumah sewa fully furnish, penyewa pula anak orang kaya dari Mesir
dah tentu lah sofa sebegini tak berkenan di hatinya

Jadi saya iklankan untuk dijual.
borong.


Alhamdulillah.. pada hari Khamis, Faiz bersetuju membeli ketiga-tiganya sekali
sebab dia nak furnishkan rumah sewanya
saya bantunya sewa lori tapi sebab nak jimat, kami hanya ambil lori sahaja.
tak ambil pekerja untuk angkat barang

jadi, hanya saya dan dia sahaja lah yang bawak turun barang ke ke pintu utama
lori hanya akan angkat dari pintu utama masuk ke dalam lori sahaja

sofa ni pula, ya rabbi!
berat sungguh!
angkat berdua dari dalam rumah ke lif pun dah berde'eh..
walaupun rumah kat tepi lif sahaja

Faiz angkat sofa di sebelah depan.  saya di belakang.
sampai depan lif, Faiz tekan butang lif.
lif paling hujung terbuka, Faiz tahan pintunya.
dia panggil saya minta saya tahan pintu itu pula.

Saya kononnya nak cuba tolak sendiri dulu sofa ni supaya betul-betul sampai depan pintu lif.
beratnya!
saya wanita yang tak lah berapa lemah lembut ni tak berjaya tolak.
hanya bergerak dalam 3 sentimeter sahaja kot.

mengalah, saya pergi ke lif dan tahan pintu.
Sekali saya tengok Faiz dengan penuh machonya berjaya tolak sofa tu sorang-sorang masuk ke pintu lif.
dan boleh pula angkat supaya sofa tu berdiri dan boleh muat.

Woww! kagum saya.

"kuatnya! boleh tolak sorang?"

"hehehe... saya pergi gym, kak!"

oh... ok...
kesimpulannya, pergi gym adalah satu bonus dan pakej terbaik yang dimiliki oleh tuan rumah sewa.
angkat sofa berat serupa macam angkat beban dalam gym je nanti.

dan saya pasti penyewa yang liat bayar sewa pun akan lebih gerun pada tuan rumah begini kan?
:)

sofa dah sampai di rumah sewa Faiz

3 ulasan:

sitiezahim berkata...

hahahha lepas ni kena jadi ahli gym plak la huhuhu

Haruki berkata...

Great that you managed to sell your stuff so quickly, and great that you help your friend to become coolie too!

Rohaniah Noor berkata...

sitiezahim,
nampaknya kelab jutawan hartanah kena buat pakej istimewa keahlian gym kan.. hahahaha

haruki,
yes, glad that i am able to let it go so quickly since i have only less than 24 hours to remove them. the tenant going to move in at 5.30 pm, so he has to wait for us.