20 Februari 2013

penceramah jemputan paling pendek

Khas untuk kawan-kawan yang dah ada pengetahuan asas mengenai pelaburan hartanah
tapi berhasrat mahu belajar lebih lagi
mahu jadi lebih mahir lagi

Seminar ini sesuai untuk anda



Seminar Advance Pelaburan Hartanah Tanpa Modal 2013

Seminar ini anjuran pakar pelaburan hartanah tanpa modal iaitu tuan Saufi Karim.

Antara tajuk yang akan disampaikan nanti oleh tuan SK adalah
- Bagaimana untuk beli rumah tahun 2013 tanpa keluar wang?
- Bagaimana untuk beli rumah idaman anda dengan mudah?
- Bagaimana untuk jana pendapatan daripada hartanah anda?
- Bagaimana jana keuntungan sehingga 6 angka?
- Bagaimana mereka yang baru bekerja patut buat pelaburan hartanah ini?


Sk juga akan berkongsi sistem check and run dalam pengurusan homestay.

Menariknya, untuk pertama kali dalam sejarah saya, saya dipanggil oleh penganjur sebagai speaker jemputan
wahh.. selama ini saya syok sendiri je kan buat seminar sendiri.

Alhamdulillah.. lebih ramai lagi orang yang boleh saya kongsikan ilmu dan pengalaman
dan lebih ramai lagi orang yang saya boleh bantu menambah nilai dalam pelaburan mereka



Tajuk yang diberi kepada saya adalah 'Bagaimana anda sewakan rumah anda selepas beli rumah?'

Jadi, insya Allah saya akan kongsikan bagaimana menyewakan rumah tanpa agent atau melalui agent
saya juga akan kongsikan tips-tips pengurusan penyewa
dan juga pengalaman-pengalaman menangani penyewa dari neraka
:)

Sebagai bonus, peserta akan mendapat template
- perjanjian sewaan rumah versi bahasa melayu
- perjanjian sewaan rumah versi bahasa inggeris
- perjanjian sewaan bilik versi bahasa inggeris

Template inilah yang saya gunakan untuk rumah-rumah sewa saya.

Selain dari saya, ada seorang lagi speaker jemputan iaitu Tuan Saiful
Beliau seorang jurunilai hartanah
jadi, beliau akan berkongsi bagaimana penilaian hartanah dilakukan dan tips-tips meningkatkan nilai hartanah anda

tapi apa pun, yang pasti saya adalah saya penceramah jemputan paling pendek pada hari itu.
heeee...

Sekiranya kawan-kawan berminat untuk mengubah diri yang biasa-biasa kepada seorang jutawan hartanah luar biasa, dijemput hadir ke seminar dua hari ini.

Boleh klik DI SINI untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Tiada ulasan: