Mereka nak beli rumah utuk pelaburan
Tapi ibu dan bapa mereka tak bersetuju
Alasannya: rumah yang mereka nak beli tu apartment. bukan rumah atas tanah.
kemudian, cuma satu bilik atau studio unit pula. Bukan typical 3 bilik tidur, 2 bilik air.
Sudahnya bagaimana?
Ada rakan yang terus batalkan hasrat nak buat beli.
Katanya, nanti mak ayah tak restu.
Ok, saya tak nafikan berkat restu ibu bapa ini sangat penting
terutama doa ibu.
Kalau ibu tak restu, memang susah untuk berjaya dalam satu-satu bidang.
Pasti akan ada banyak cabaran.
Tapi bagi saya, konsep tak restu berbeza dengan konsep berdikari.
Kita buat keputusan sendiri, usahakan sendiri hingga berjaya.
Maksud saya di sini, ada perkara yang kita yakin ia keputusan yang betul
setelah kita rujuk pada orang yang telah berjaya lakukannya
dan kita sendiri telah menimba ilmu yang secukupnya
kita buat saja.
tak semestinya setiap perkara mesti mengadu pada ibu bapa
takkan nak simpan duit dalam ASB pun kena dapat keizinan mereka dulu
takkan nak ambil insurans pun kena dapat keizinan mereka dulu
takkan juga nak mulakan pelaburan hartanah mesti mengadu dan minta keizinan mereka dahulu
sebab kita bertanggungjawab pada hidup kita
kita guna duit sendiri untuk beli
kita beli pun atas nama kita dan pinjaman sepenuhnya atas nama kita
Nanti, jangan marah saya lagi.
Kenapa saya katakan begini?
sebab ramai orang buat keputusan yang silap kerana bertanya pada orang yang salah
kalau nak beli kereta 2nd hand yang masih baik, kena lah bertanya pada pakar enjin kereta
kalau nak beli notebook, kena lah tanya pada kawan yang pakar dalam bidang IT
kalau ibu bapa anda tak buat pun pelaburan hartanah, besar kemungkinan mereka tak nampak peluang yang kita nampak
Kena pula kalau mereka duduk di kampung dan tak faham potensi lokasi yang kita nak beli tu.
Mereka kata, beli apartment satu bilik itu kerja gila
sebab mereka fikir, mana boleh anak mereka nak duduk di rumah yang ada satu bilik sahaja
sedangkan harga rumah itu murah dan sewa di sana sangat panas.
Boleh dapat rental yield 8%.
kita bukan nak duduk di situ, kita nak sewakan pada expatriate.
Mereka juga kata, kalau nak beli rumah, belilah rumah yang atas tanah
sebab senang.. selesa... rumah mereka begitu
Tapi mereka tak faham, pasaran sewa untuk rumah apartment atau kondominium sangat bagus
Kalau beli untuk flip pun, harga boleh naik banyak
Kalau nak beli rumah atas tanah di lokasi panas di KL ni, nak gigit jari pun tak mampu
Sebab idea mereka lain... idea kita lain..
Kalau macamtu, sampai bila kita boleh mulakan pelaburan hartanah?
Selain itu, ramai juga ibubapa yang rasa bangga jika anak mereka boleh beli kereta mewah
Selain itu, ramai juga ibubapa yang rasa bangga jika anak mereka boleh beli kereta mewah
Sebab bagi mereka, jika anak mereka bekerja, anak mereka tidak berjaya selagi belum beli kereta
Lagi mahal harga kereta, lagi berjayalah anak mereka di mata mereka
Prinsip ini bercanggah dengan prinsip pegurusan kewangan yang bijak
kereta hanya satu alat yang membawa kita dari lokasi A ke lokasi B.
Itu sahaja.
Jadi, lebih elok jika anda bertanya pada yang lebih pakar dalam bidang ini
Dan terus mulakannya.
Anda mungkin tidak setuju dengan pendapat saya ini
terpulang..
Cuma, jika mereka bukan pelabur hartanah, mereka tak faham
Kemudian mereka terlebih risau macam-macam
Dan kemudian ia menjadi halangan kepada anda untuk bermula
Kecualilah jika:
- ibu bapa anda juga pelabur hartanah dan lebih dahulu makan garam dalam hal ini
- anda tak ada duit deposit, nak pinjam duit mereka
- anda tak ada pendapatan, nak beli rumah pakai nama mereka
Saya kenal beberapa rakan yang masih lagi belum beli rumah
dan masih belum mulakan pelaburan hartanah
sebab bila mereka beritahu pada ibu bapa mereka, ibu bapa mereka masih mahukan mereka beli rumah ikut idea mereka
rumah atas tanah atau / dan rumah ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Dalam kes saya, saya beli sahaja
Dah rumah ketiga, baru saya buka mulut bercerita
pada masa itu, ibu saya dengar sahajalah.
Dia tak membantah sebab dah nampak kita beli tu ok je..
Image courtesy of Ambro and Castillo / FreeDigitalPhotos.net