Dalam artikel TERDAHULU, ada yang bertanya
Kenapa saya blacklist penyewa kazakhstan di Cyberjaya?
Sebab 2 tahun lepas saya pernah mempunyai penyewa perempuan pelajar LimKokWIng dari Kazakhstan
Mereka diam-diam sewakan bilik kecil kepada pelajar lelaki kazakh tanpa pengetahuan saya
Sedangkan dalam rumah tu ada penyewa perempuan lain.
Kemudian mereka tak bayar sewa dan saya minta mereka keluar.
Kemudian bulan lepas, rumah adik saya pula jadi mangsa
Penyewa Kazakh tu tiba-tiba bagi notis nak keluar dalam masa seminggu.
Kemudian mereka kata mereka akan pindah keluar pada 20hb Disember.
Rupanya pada 20hb tu bila saya dapat call mereka, mereka dah keluar dari rumah itu dan tinggalkan kunci pada kawan mereka je.
Nak dapatkan kunci dari kawan mereka tu pun susah juga.
Bila dah dapat kunci, didapati mereka meninggalkan neraka wail kepada tuan rumah.
sekeping gambar menceritakan seribu perkataan.
Saya kongsikan 14 keping gambar.
Selain itu, mereka juga meninggalkan bil elektrik yang tertunggak sehingga RM 2000++
Sebulan penggunaan elektrik mereka adalah lebih kurang RM700.
pada 18 haribulan Disember rupanya bekalan elektrik sudah ditamatkan.
Patutlah mereka keluar awal dari tarikh dijanjikan.
Rumahku syurgaku dan jadi rumahku nerakaku.
Nama ketua penyewa: Diana Mustafina
Moral of the story:
-Sila semak bil elektrik dan air penyewa anda setiap bulan.
- Ambil deposit 2 bulan. Wajib. Jangan sekali-kali ambil deposit sebulan.
- Pertimbangkan untuk ambil deposit utiliti sebulan. Bukan setengah bulan. Terutama jika anda menyewakannya kepada pelajar.
5 ulasan:
kazakhstan student got problem too
i lap u....di buat khas utk tuan rumah..tanda terima kasih..haa haa
tak halal duit sitie yg kena top up bil bil derang. huhu..
salam..saya sebenarnya kerap jgk masuk blog ni sejak member intro 2-3 bln lepas..kononnya nak jadi property investor la sgt kan tp actually tak tau nak mula dari mana..maaf jika salah thread nk minta pndangn..
saya ada beli 2 apartment dh dekat bangi..satu di villa tropika dan satu di pangsapuri melor..saya tak pasti nak buat skrg coz pada asal nak bagi sewa tp mcm nak cari modal beli property lain..jd sy nk mnta pandangan pakar if tuan punya blog ada dkt tmpt sy
Sabo je la..Perempuan gak ke penyewa ni .. belajar dr pengalaman. Good info!
Catat Ulasan