18 Disember 2012

hantaran ke mahligai impian

Sabtu lepas, seorang rakan di Facebook telah berkongsi status Tuan Shamsudin Kadir.



Statusnya berbunyi:


Bismillah. Tip untuk bakal pengantin. Kepada tuan dan cik puan yang ingin memulakan kehidupan berumahtangga yang In Syaa Allah lebih terjamin dalam menguruskan ekonomi kukuh. Wang hantaran dengan 'down payment' sebuah rumah.
Sekiranya duit hantaran RM 7,000 gunakan duit itu bagi membayar wang muka untuk sebuah rumah yang boleh dibeli di bawah harga RM 100,000.
Mengantikan wang hantaran dengan wang muka untuk sebuah rumah adalah antara perbelanjaan kahwin yang majoriti pasangan tidak menyesal selepas berkahwin.
Untuk tidak menanggung hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin, mohon rujuk Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
Wallahualam.
Rakan ini bertanya pendapat saya dan beberapa rakan yang lain.

Jadi, biar saya beri pandangan saya di sini setakat ilmu saya yang masih terhad.

Bagi saya, cadangan Tuan Shamsudin Kadir ini sangat bagus.
Daripada duit tu dibelanjakan untuk barang-barang lain seperti handbag, perabot rumah, honeymoon, barang kemas (mungkin ada yang rasa patut beli emas, tapi bagi saya, saya tetap tidak bersetuju) dan barang-barang lain yang susut nilai, lebih baik gunakan duit tu seperti cadangan Tuan Shamsudin ni.

Dengan wang hantaran, boleh lah buat deposit rumah. Sudah tentu ia satu pelaburan terbaik. Mereka boleh duduk di dalamnya atau menyewakannya untuk menjana pendapatan pasif.

cuma, memandangkan rumah ini dibeli selepas perkahwinan dan menggunakan wang hantaran perkahwinan, ia adalah harta sepencarian pasangan suami isteri ini.

Mungkin kemudiannya si suami membayar wang ansuran bulanannya dan meletakkan nama di atas s&p atas namanya seorang, ia tetap harta sepencarian.

Mungkin juga rumah itu kemudiannya dibeli menggunakan nama isteri, s&p nama isteri dan bayaran bulanan dibayar sepenuhnya oleh isteri, ia masih boleh dikira harta sepencarian.

Mungkin si isteri tidak bekerja dan hanya suaminya yang membayar rumah ini.
sumbangan isteri dari segi wang hanyalah melalui sumbangan wang hantaran ini, ia tetap harta sepencarian.

kerana ia dibeli selepas perkahwinan.




Cuma berapa besar bahagian si suami berapa besar bahagian si isteri, mahakamah yang akan tentukan berdasarkan berapa besar sumbangan suami dan isteri dalam pembelian  rumah tersebut.

Katakan rumah itu dibeli atas nama suami, dan selepas itu si isteri dan si suami ada bergaduh dan bercerai.

si suami mendakwa isterinya tidak melayaninya dengan baik dan ada keluar rumah tanpa persetujuannya.
maka si suami mahu menggunakan alasan isteri nusyuz untuk mengelakkan bekas isterinya menuntut dan menerima sebahagian hak dari rumah tersebut.

si suami mungkin akan gagal dalam usahanya itu.
sebab nusyuz bukan sewenang-wenang boleh di dakwa oleh suami
nusyuz mestilah dibuktikan dengan adanya pengisytiharan mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz, sebelum kes tuntutan harta sepencarian ini berlaku.

Jadi, kenpada wanita, sangat bagus anda sumbangkan wang hantaran anda untuk membeli rumah selepas perkahwinan
lebih baik dari habiskan duit itu dengan perkara-perkara hangus atau untuk kegahan majlis perkahwinan

cuma ingatlah, harta itu boleh dituntut sebagai harta sepencarian.

Jadi, untuk keselamatan masa depan anda, beli lah satu buah rumah sebelum kahwin.
dan uruskanlah rumah itu sendiri dengan wang sendiri.
sekurang-kurangnya jika apa-apa berlaku pada rumahtangga anda, anda ada satu rumah yang 100% milik anda.

Update: Baca sambungannya DI SINI

5 ulasan:

Farid Adam berkata...

Idea sangat bernas. Cuma kena tahan sikit telinga dengan kata-kata orang yang masih tidak terbuka dengan idea ini...

- www.FaridAdam.com -

Matjoe berkata...

kawan pun berhutang, nk buat downpayment lagi kelaut la. teori bagus, tapi perlaksanaan mmg payah. wife sy dpt hantaran buat kenduri sebelah perempuan. habis dekat situ je hantaran.

Unknown berkata...

saya masih ada beberapa unit rumah utk di buat hantaran... ada sesiapa yg minat..????...hee hee hee...

Wang hantaran perkahwinan sya pun digunakan utk buat kenduri sebelah isteri sahaja....(itupun ada yg mengata untunglah belah lelaki takyah buat kenduri..) pening-pening..

MH8625 berkata...

Memang ada benarnya cadangan ini. Cuma adakah masyarakat kita sudah terbuka untuk menerima cara sebegini. Itu yang masalahnya

sitiezahim berkata...

mmm info bagus..betul jugak. hehehe