Sejak Ahad, keyboard saya kaku.
Kematian memang sesuatu yang pasti datang kepada setiap orang.
Tapi cara kematian yang berbeza-beza.
Kematian BEGINI yang melenyapkan satu cabang keluarga kami sememangnya menyedihkan dan membuat hati sayu.
Boleh juga baca kisah kami DI SINI dan DI SINI.
Dalam waktu begini, ada 2 artikel yang saya tulis terdahulu diterbitkan di dua laman blog hebat.
Yang pertama, artikel saya mengenai '7 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Mengenai JMB'
kawan-kawan boleh baca DI SINI.
Saya harap artikel ini dapat memberi pengetahuan asas mengenai JMB, terutama kepada semua pemilik unit apartment, kondominium, unit menara pejabat, unit retail dan rumah bertanah yang berhakmilik strata.
Artikel kedua pula bertajuk 'Nikmat Diskaun Pembelian Rumah – Sekali Terlepas, Selamanya Melepas;'
Boleh baca DI SINI
Artikel ini menyentuh mengenai diskaun setem duti.
Saya harap semua 'dara hartanah' atau property virgin iaitu mereka yang belum membeli rumah pertama akan membacanya.
Terima kasih kepada Mr Horlic Lim dari Horlic.com dan Tuan Aqif Azizan dari Majalah Niaga kerana menerbitkannya
Sekurang-kurangnya di kala pena saya terkaku, karya saya yang saya hasilkan terdahulu masih boleh memberi manfaat. Insya Allah.
3 ulasan:
hmmmm nanti i baca huhu
ada pertalian keluarga ke dengan keluarga yang meninggal tu?
kalau ye, ucapan takziah dari saya...
- www.FaridAdam.com -
Salam Takziah, Al-Fatihah
Catat Ulasan