07 November 2012

Pinda membawa bahagia

Ada yang masih keliru apabila ingin membeli projek perumahan baru.
Mereka ingatkan ia kondominium, tapi rupanya serviced apartment atau apartment berservis.

Eh eh, serviced apartment ni apa bezanya dengan kondominium atau apartment?
serviced apartment ni dikira unit kediaman ke unit komersial?



Serviced apartment adalah pembangunan projek untuk kediaman tetapi dibina di atas tanah komersial.
Berbanding kondominium atau apartment, ia memang dibina di atas lot tanah kediaman.

Jadi, ia projek komersial ke kediaman?

Sebenarnya isu ini perlu dirujuk pada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) atau dalam bahasa inggerisnya Housing Development (Control and Licensing) Act.
Kodnya, Akta 118 tapi untuk penerangan ini saya panggilnya HDA ya.
HDA adalah nama manja akta ni di kalangan pemaju dan pelabur.

Sebelum 2007, seksyen 2 akta ini mendefinisikan rumah tempat tinggal adalah untuk bangunan yang dibangunkan dan digunakan untuk tujuan kodiaman tapi tak termasuk bangunan yang didirikan di atas tanah komersial.

Oleh itu, serviced apartment terkeluar dari kategori unit kediaman.
Ini menyebabkan segala perlindungan di bawah akta ini tidak merangkumi serviced apartment.
Tariff bil elektrik dan bil air pun mengikut tariff komersial.

Kesannya, serviced apartment dikira sebagai unit komersial dan segala terma antara pemaju dan pembeli adalah bergantung semata-mata pada perjanjian jual-beli (s&p).

Itu sebab dulu ada banyak kes, pemaju lewat menyiapkan beberapa serviced apartment tetapi pemilik tidak boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.
Sebab ia tidak dikira rumah kediaman.

Namun bila kerajaan sedar kewujudan banyak serviced apartment dan masalah yang timbul dari pemaju, kerajaan membuat pindaan pada definisi rumah tempat tinggal dalam HDA ini pada tahun 2007.

Rumah tempat tinggal kini didefinisikan sebagai sebarang bangunan yang dibangunkan untuk
- tujuan kediaman sepenuhnya, atau
- separuh untuk kediaman separuh untuk perniagaan,
atau apa juga jenis kediaman yang Menteri telah wartakan sebagai unit kediaman.


Jadi, ini bermakna, selepas tahun 2007, serviced apartment yang baru dibina adalah tertakluk dan dilindungi oleh HDA.
Ini menyebabkan tariff bil elektrik dan airnya adalah mengikut tariff kediaman.
S&P nya standard sama macam kondominium atau apartment lain.
dan jika pemaju lewat menyerahkan kunci, anda boleh membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Jadi, adakah serviced apartment ni dikira unit komersial atau kediaman adalah bergantung pada tarikh kelulusan projek tersebut, sama ada sebelum 2007 atau selepas 2007.

7 ulasan:

Kissman berkata...

ooo thanks

mat utie berkata...

sgt berinformasi!

AMIR.DIN berkata...

Baru saya faham. Teruskan berkongsi.

fareast berkata...

baru saya tahu yang servis apartment ni untuk tarif elektrik mengikut harga kediaman, saya ingat ikut harga komersial.

Derok berkata...

info yang berguna

Rohaniah Noor berkata...

terima kasih semua atas komen anda

Fadhli Kurr berkata...

Saya dalam proses untuk membeli servis apartmen dan pemaju memaklumkan kepada saya bahawa tarif elektrik untuk servis apartmen tersebut adalah mengikut tarif kediaman namun tidak bagi tarif air di mana ianya mengikut tarif komersial. Persoalannya ialah bagaimana boleh berlaku sebegitu?