Tapi kalau keadaan rumah dah nak menyamai kapal titanic yang dah beratus tahun tenggelam di dasar laut, adakah ia masih lagi ibarat syurga?
Awal bulan lepas, penyewa rumah kawan saya di Domain 3 @Neocyber berpindah keluar.
Oleh kerana kawan saya bekerja di atas kapal, maka dia meminta saya membantunya.
Jadi saya yang mengambil kunci rumah ini dari penyewa.
Rumah tu sangat bersepah.
Banyak sampah kertas-kertas, kabinet, peti ais dan meja berhabuk dan kotor.
Sink kotor dan nampak macam nak berkarat.
Di dinding, ditampal dengan sticker lukisan, menyebabkan jika lukisan itu ditanggal, cat akan tercabut.
Ada juga dinding yang catnya sudah pun terkopek,
Cat juga kotor dan ada kekuningan.
Di tandas, hos paip air perlu dibaiki. Air tidak berhenti menitik.
Di bilik pula, pintu almari terkopak disebabkan rel di bawah pintu itu sudah terkopek.
Cat di dinding bawah tingkap kaca pula berkulat kerana cermin itu mengalami sedikit kebocoran jika hari hujan.
Selain itu, lampu di ruang tamu juga mengalami kerosakan.
ada pemegang dekorasi lampu itu sudah patah kerana ia hanya plastik, tapi perlu menyokong penutup kaca yang berat.
Jika kita rujuk kepada perjanjian penyewaan, penyewa sepatutnya memulangkan rumah dalam keadaan asal sebagaimana rumah itu diterima.
Jika semasa mereka menerima rumah tersebut, ia di dalam keadaan bersih, teratur dan cat masih cantik, begitu jugalah mereka perlu pulangkan semuanya.
Tapi bagaimana jika mereka pulangkan dalam keadaan kotor dan rosak perabotnya sebegini?
Jika begitu, kita perlu membersihkannya dan membaikinya segera.
Kos pembaikan akan ditolak dari deposit sewa yang mereka bayar semasa nak menyewa dulu.
Itu sebabnya jika mengambil kunci dari penyewa, kita perlu melihat rumah tersebut dengan penyewa.
Periksa sebanrang kerosakan dan kekotoran yang ada dan tunjukkan kepada mereka.
Anda kena beritahu mereka yang kita akan membersihkan rumah ini tetapi kos pembaikan dan pembersihan akan ditolak dari deposit sewa.
Untuk kes rumah ini, banyak juga kerja perlu dibuat.
Nasib baik juga adik saya sudah tamat belajar.
Dia berminat untuk membuat kerja-kerja pembersihan dan mengubah semula rumah kepada keadaan yang boleh disewa semula.
Saya menawarkannya
Jadi dia pun membersihkannya satu persatu.
Setiap satu perabot dibersihkan, digonyoh dan dilap.
Sampah dibuang.
Lampu diganti dengan yang baru.
Pintu almari dibaiki.
Hos paip air di tandas diganti baru.
Langsir juga dibasuh dan dipasang semula.
Kemudian saya dan adik saya mengecat semula hampir kesemua dinding.
Tapi untuk menjimatkan kos, kami cat semula dengan warna yang sama.
Kalau tak, kena cat keseluruhan dinding pula.
Hasilnya ...
Rumah sewa ni memang kena dibersihkan segera selepas penyewa keluar.
Sebab kita nak cepat-cepat sewakan semula.
Penyewa baru tak mahu tengok keadaan rumah yang kotor apabila mereka melawat.
First impression sangat penting.
Mesti tunjukkan rumah tu dalam keadaan bersih dan cantik.
Semua kos pembaikan dan pembaikan ditolak dari deposit sewa kecuali kos menukar lampu di ruang tamu.
Sebab kami dapati hal lampu itu bukan kesalahan penyewa, sebaliknya rekaan lampu itu sendiri.
Jadi, kos membaiki lampu ditanggung oleh rakan saya iaitu tuan rumah.
Kalau ada kawan-kawan yang sibuk dan tak sempat nak mempersiapkan semula rumah, bolehlah mengupah orang melakukannya.
Jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh adik saya ini, boleh hubungi dia di talian 010-2207586 (Mieta)
11 ulasan:
tajuk yang menarik. pengolahan cerita pon bagus.. memang seronok di baca..
TA tu seolah2 mcm tiada nilai. Ini membuatkan ramai tuan rumah pening kepala. Tapi apa nk buat...mgkin yg duduk ni berkawan dgn hantu/jin/syaitan. Lgpn dlm ht mereka ni rmh sewa...apa ada hal...huh...
sebulan sebelum tenant keluar, biasanya sy akan sms reminder. "Sila pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas sepertimana keadaan mula-mula awak terima".
RN boleh tahu category penyewa sebelum ni.. Lelaki bujang, pompuan bujang, family, expat middle east, black etc?
Saya akan pastikan penyewa menyerahkan rumah dlm keadaan yg bersih, alatan elektrik berfungsi dan. Baru ni 2 buah kipas siling rosak, so sya minta penyewa ganti ngan baru. atau tolak deposit.
itulah pentingnya deposit
sourplum, terima kasih..
salaehs, hehehe... lawak juga part berkawan dengan jin tu.. hahaha
shahril, itu mmg tips yang bagus.
dzirhans, penyewa ni adalah 2 perempuan bujang dari indonesia. student post grad. tapi sorg tu dah keluar 2 bulan lebih awal sebab ada ketegangan antara mereka.
khairul fauzee, betul tu. mmg itu sepatutnya..
derok, betul. tu sebab kita kena ambil 2 bulan desposit. 1 bulan takut tak cukup nak cover
fuh mantop itah bersihkan...
sitie, haaa bakat terpendam tuuuu
Rejuvenation and revamp....
Do you need an urgent loan? email us abdulmajeedloancompany@gmail.com
Catat Ulasan