22 November 2012

Memerah susu lembu tua: Teka-teki terjawab

Wowww... setakat ini saya menerima 10 komen di blog dan 6 komen di FB berkaitan SOALAN pembaca blog semalam.

Terima kasih kepada Matjoe, Shahril Sidek, Sourplum, ReM, Ruchan, Mohd Aslam, Salfhi, Dzirhans, Wan Infolelong, Khairul Fauzee, Yuliana, Fauzee Affandi, Engku Bujal, Far East dan Carleone atas pandangan anda.

Boleh saya katakan, 90% pandangan mengatakan lebih baik jual, jika wang tersebut akan digunakan untuk rumah pelaburan seterusnya.

Ia boleh digunakan untuk membeli 2 atau 3 buah rumah sekaligus dengan 90% pinjaman, jika pada masa ini selepas menjualnya, Puan A tidak mempunyai pinjaman perumahan langsung atau sekurang-kurangnya ada satu sahaja pinjaman perumahan.

Tuan Shahril Sidek memberi pilihan, jika sayang mahu jual, boleh contohi apa yang dia lakukan DI SINI.
Ya, teknik tu memang menarik juga.

Tuan Salfhi mencadangkan idea yang agak kreatif, jual dan duit itu diletakkan di dalam ASb. dividen ASB dikumpul dan digunakan untuk membeli rumah yang memerlukan deposit yang rendah atau pembelian tanpa modal.
hm... menarik, cuma tak sesuai bagi mereka yang tak berminat melabur di ASB.

Saya juga setuju dengan pandangan Tuan Dzirhans bahawa jawapan itu bergantung pada portfolionya, adakah seorang flipper atau keeper.




1) Flipper

Pandangan saya, jika beliau seorang flipper, jual sahaja dengan harga pasaran.
Beliau akan memperoleh anggaran keuntungan sebanyak RM 146,926.

Tapi, sementara menunggu pembeli yang sesuai, nikmatilah aliran wang positif sebanyak RM 500 itu.
Jangan jadi penjual terdesak.

Dengan duit keuntungan jualan rumah ini, beliau bolehlah beli beberapa hartanah seperti yang kawan-kawan di atas cadangkan.
Pilih mana-mana teknik yang sesuai dengan minat dan portfolio anda, seperti yang pernah saya kongsikan DI SINI.
Boleh beli unit kediaman atau komersial, satu atau beberapa unit.



2) Keeper

Tapi jika beliau seorang keeper, atau ada alasan seperti menyimpannya untuk pendidikan anak atau perkahwinan anak, beliau jangan jual.
Tapi buat pembiayaan semula setakat amaun yang sekurang-kurangnya memberi pulangan lepas-lepas makan atau breakeven sahaja.

saya cadangkan beliau membuat permohonan pembiayaan semula sebanyak 90% dari nilai 340K sahaja bukan 380K
Jika berdasarkan nilai 340K, beliau akan mendapat pinjaman sebanyak RM 306K ( 90% dari 340K).
Apabila ditolak amaun 306K dengan baki pinjaman sebanyak RM 225,108, denda penyelesaian awal (RM 6966) dan anggaran yuran guaman sebanyak RM 5K,  beliau akan memperoleh lebihan sebanyak RM 68,926.

Dengan amaun pembiayaan semula ini,  bayaran bulanan hanyalah sebanyak RM 1568.
RM 1568 + RM 220 (yuran penyenggaraan) = RM 1788.
Berbanding dengan kadar sewa baru sebanyak RM1800, sewa ini memang lepas-lepas untuk membayar ansuran bulanan dan yuran penyenggaraan dengan syarat tiada kenaikan kadar BLR.

So, dengan cara ini, beliau mendapat wang sebanyak RM 68,926 dan aliran wang hampir sifar.


Ada yang pening tengok banyak nombor-nombor?
Maaf lah banyak perkiraan dan matematik dalam artikel ini.
Nak jadi jutawan hartanah, kita kena lah tanya kalkulator.
Tapi kalau nak tanya hati, boleh lah melawat-lawat PAGE ini  :)

Kredit gambar: http://www.freedigitalphotos.net

6 ulasan:

ruchan berkata...

adakah entry ni akan masuk majalah niaga? Heheh

sitiezahim berkata...

huhuhu kesimpulan dari kedua2 entri ni, banyak yg i tak berapa paham..haha..tp tgk dapat banyak duit macam syok je..hihi

Rohaniah Noor berkata...

ruchan, hmmm... takkan nak keluarkan kandungan yang sama.. macam tak syok pula.

sitiezahim, hahahaha... kena kasi faham at least 80% baru leh jana untung puluh puluh dan ratus2 ribu ni. tapi slow2 belajar lah.. ada masa lagi sebelum balik dari jerman. hehehe

nizam berkata...

Ani... kalau dia jual rumah tu dia patut beli rumah 2nd atau baru...?? jika kelayakan gaji tak cukup nak beli 2..3..buah rumah sekaligus... rasanya kena ambik rumah 2nd tapi biasanya susah nak dpt positif cash flow kan jika beli rumah 2nd ni....

nizam berkata...

Ani... kalau dia jual rumah tu dia patut beli rumah 2nd atau baru...?? jika kelayakan gaji tak cukup nak beli 2..3..buah rumah sekaligus... rasanya kena ambik rumah 2nd tapi biasanya susah nak dpt positif cash flow kan jika beli rumah 2nd ni....

Rohaniah Noor berkata...

terpulang lah nak beli rumah lelong, subsale atau rumah under construction. yang penting harganya bagus, lokasi bagus dan boleh dapat positive cashflow kalau dia nak keep atau harganya boleh melonjak naik kalau dia nak flip