saya akan berlari dalam kategori half marathon (21 km) di Penang Marathon 2012
Selain saya, ada dua lagi rakan yang insya Allah turut sama berlari untuk kali pertama sejauh ini
Memandangkan saya ada kelas sepanjang hari pada hari sabtu dan setiap petang pun hujan, maka saya dan kawan bercadang untuk berlatih pada sebelah malam.
![]() |
Kasut Brooks saya yang akan menjadi penyokong kuat nanti |
Jadi malam tadi adalah pertama kami berlari malam atas inisiatif sendiri
Lewat sedikit bermula, jam 9.18 mlm sebab sebelum tu saya ada hal di Balakong.
Tengok site projek property baru.
Lewat pun lewatlah.. lari tetap lari
Hebat juga rasanya sebab berjaya menawan MMU cyberjaya sebanyak 2 kali pusingan
Dapat berlari non-stop selama sejam naik turun bukit memang sangat membanggakan diri sendiri.
Malam ni projek berlari terpaksa ditunda memandangkan kawan saya ada kelas
Saya pun ada mesyuarat JMB
Rabu baru sambung semula
Khami nanti, saya dilema sedikit.
Sepatutnya kami berlari lagi
Tapi saya menerima jemputan ke satu majlis meraikan Tuanbri, AE, Shuth dan beberapa otai lain
hm... mana satu patut saya pergi ya?
![]() |
Tapak projek baru |
Tengok kehijauan taman, hilang sekejap rasa frust pada 2 penyedia hosting di Malaysia iaitu INI dan INI.
mereka mencari pelanggan tapi tak berapa mewujudkan suasana layanan khidmat pelanggan yang mesra.
9 ulasan:
nie dekat padang bola rumah saya di cheras... ada project property apa yer disitu??
Rad'Islam,
mereka nak bina 20 unit kedai 2 tingkat di sana. Encik rasa bagus kah lokasi ni untuk kedai?
rasanya area sana ada banyak unit kedai, dihadapan masjid CU(bawah flat), bersebelah giant 2row rumah kedai 2 tingkat, bersebelah taman delima 4row rumah kedai 3 tingkat. lagipun kawasan padang nie adalah penghujung.. tiada akses kemana2 jalan besar selain jalan perumahan. bagus atau tidak bergantung kepada tujuan dan matlamat pembeli.. untuk perniagaan mungkin sesuai untuk barangan dan servis bagi komoditi penduduk setempat sahaja.
terima kasih tuan atas ulasan dan analisa. memang saya nampak kedai di giant dan ada satu kawasan 2 tingkat. tapi tak sure apa nama kawasan tu.
saya setuju dengan tuan, ia sesuai untuk perniagaan bagi penduduk tempatan. saya membayangkan kedai runcit, pasar segar, pusat tuisyen, restoran, dobi, dan mungkin bengkel membaiki kereta / motor sesuai di situ.
kawasan padang nie terletak di taman desa baiduri, berminat juga nak tahu lebih lanjut mengenai project nie.. nanti jika ada info lanjut minta di war2kan ya.. anyway semoga bergembira di Penang Marathon 2012.
tuan tinggalkan lah no tel atau email. nanti kita berhubung lagi :)
terima kasih
bab khidmat pelanggan msia mmg diakui banyak yg hampeh huhu..
hehehe jogging kat mmu ke? rindu mmu...wakakaka
jika ada perkembangan boleh hantar ke email ini: radislam@gmail.com
tq.
saya pun nak tahu juga info lanjut berkaitan projek itu, emailkan ke namasayalah@gmail.com
maaf menyibuk..heeee
Catat Ulasan