Semasa saya menulis megenainya di dalam artikel terdahulu, pada masa itu dikatakan unit studio di Domain 5 dah pun habis terjual.
Hanya tinggal unit lain yang lebih besar
Tapi baru-baru ini saya dihubungi oleh rakan saya yang juga kakitangan EMKAY bahawa masih ada beberapa unit studio lagi
Memang unit-unit ini dah pun terjual tapi oleh kerana pinjaman tidak diluluskan, maka ia dibuka untuk jualan semula.
Unit studio berkeluasan 419 sqft dijual pada harga bermula dari RM 245,000 ke atas.
Selain itu juga, ada unit 2 bilik tidur berkeluasan 831 sqft dijual pada harga RM 474,100 ke atas.
Juga, ada unit studio lebih besar iaitu 579 sqft dijual pada harga RM 335,600 ke atas.
Untuk jenis ini, ia merupakan fully furnish yang diubahsuai menjadi 2 bilik tidur bujang.
Di dalam setiap bilik, akan mengandungi satu katil bujang ala-ala IKEA iaitu meja study di bawah dan katil di atas.
Ada juga wardrobe di setiap bilik.
Di dapur, ada kabinet dapur yang lengkap dan set meja makan.
Manakala di bilik air pula ada pemanas air (water heater).
Istimewanya bagi Domain 5 adalah: pembeli hanya perlu membayar RM 3k sahaja untuk memiliki satu unit di sini.
Yang lain akan dimasukkan di dalam diskaun dan rebet.
Siapa kata dengan wang bonus tahunan tak boleh beli rumah kan?
Ia juga menawarkan DIBS (Developer Interest Bearing Scheme).
Jadi, pembeli tidak perlu bayar interest semasa pembangunan sedang dijalankan.
Yuran guaman juga percuma untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman melalui bank panel mereka.
Kawan-kawan boleh baca review saya sebelum ini mengenai projek ini di sini
http://www.propertywaltz.com/2012/03/domain-5-neocyber.html
Jika ada yang berminat untuk booking, boleh hubungi Ifah 019-6115054 atau kenny 012-6694319
Oh ya, selain Domain 5, jika ada yang berminat dengan Domain 4, masih ada unit terhad yang belum dijual.
Setakat maklumat yang saya terima, tinggal 2 unit sahaja.
559 sqft pada harga 305,550
dan 559 sqft pada harga 303700.
yang lain dah habis terjual.
Hm...
Ramai yang pesimis tentang pembangunan di Cyberjaya
Ramai juga yang optimis.
Mulai tahun hadapan, kompleks membeli-belah yang pertama di Cyberjaya akan mula dibuka.
Namanya D Pulze.
Boleh baca di sini.
http://zpperspective.com/2012/04/11/cyberjayas-first-mall-to-open-next-year/
Selepas D Pulze, komples membeli belah akan muncul di Pan'gea dan Vita Cyberjaya.
Cyberjaya akan berubah selepas ini.
15 ulasan:
woww...menarikzz.
harga dia yg tak berani sembang tu
Byr 3k tu temsk yg LTV 70%?
Domain ni title dia residential kan? ke komersil?
Mohd Aslam, memang menarik kan...
Matjoe, ala.. macamlah harga sebegini asing pada anda :P
salfhi, haaaa.. bab LTV 70% ni yang lemah. sebab kalau loan 70% je mmg kena tambah duit.
drzirhans, tanah komersial tapi rumah ni dah dikira apartment. residential sebab amendment Housing Development Act tahun 2007. jadi, tarif bil-bil utiliti dah kira rate residential.
Ani, mana lebih baik...domain 5 yg akan siap 2015 nanti atau domain sedia ada, cth domain 1 & domaian 2, yg dijual dgn harga RM250k - RM290k dgn keluasan sekitar 500-600 sqft?
encik adib,
kalau anda ada 10% deposit dan target untuk pendapatan sewa, lebih baik beli domain dan domain 2 sebab terus dapat income sewa. tak perlu tunggu.
tapi jika anda tak ada desposit tu, cuma ada cash sedikit sahaja, baik beli domain 5.
murah jugak ek domain 5 ni. leh dpt dlm 220k..ishk jelesnya 3k je leh dapat umah sebijik hehehe
agaknya kalo tanya weekend ni, ada lgi tak slot kosong ek?
baru pg kat office ini..alhamdulillah mula2 unit studio plg murah dah abis ,tp ada buyer x lepas loan..terus dpt kat saya..rezeki2.
Berminat untuk beli. Harap bantu dengan emel ke balkis19@yahoo.com
Saya pon berminat untuk beli. Boleh ke hantar details ke khairulimran@gmail.com. No hp 016-2098244.
Sales gallery domain 5 ni kat shop lot depan domain 2kan... Rasanya dah habis coz hari tu g sana dah tutup.
last 2 weeks, tinggal unit yang besar je. tak tahu lah yg terkini macamana
Allo rohani..Domain 5 unit Studio 419 sqft tu berapa nilai harga utk di sewa?
Kalau buay homestay ok tak..
Catat Ulasan