05 Oktober 2012

Domain 3: Bila kunci kegembiraan menjenguk

Berita baik kepada semua pembeli Domain 3.
Melalui maklumat yang saya peroleh, penyerahan kunci atau vacant possession untuk Domain 3 secara rasminya akan dilakukan pada hari isnin 8 Oktober 2012.

wahhh... dah tentu ini berita yang sangat menggembirakan.
Lebih-lebih lagi, VP dilakukan lebih awal dari jadual.
Bagi yang membuat tempahan dalam bulan 5 2010, ini bermakna, VP dalam masa 2 tahun 5 bulan sahaja.



Adakah Domain 3 akan bersaing dengan kondominium lain di Cyberjaya?
Setakat ini, hanya Domain 3 menyediakan unit studio di sana dengan keluasan 550 sqft.
Ini menjadikannya unit studio pertama di sana.

Unit-unit lain di Cyberjaya adalah unit 1 bilik tidur,  2 bilik tidur dan 3 bilik tidur.

Jika ada yang nak memasang kabinet dapur, boleh hubungi saya untuk mendapatkan kontraktor yang harganya murah dan kualiti dan hasil kerjanya cantik.

Boleh baca artikel terdahulu saya di sini
http://www.propertywaltz.com/2011/12/nak-pasang-kitchen-cabinet.html

atau
http://www.propertywaltz.com/2010/10/kitchen-cabinet-unipark.html

dan juga http://www.propertywaltz.com/2009/08/wardrobe-baru-saya.html

Saya ada satu unit di Domain 3. Studio.
Memang sangat teruja sebab ini merupakan unit studio pertama saya.
Lagipun saya sangat sukakan rekaan senibinanya.
Ceria.

saya masih belum buat keputusan nak sewakannya kosong, semi-furnished atau fully-furnished.
mungkin saya tengok pada trend permintaan nanti.

Ada kawan-kawan2 pemilik Domain 3 di sini?
apa pendapat anda?

3 ulasan:

Salehuddinjojo berkata...

Berapa harga market skrg ?

Rohaniah Noor berkata...

tuan Salehuddin Salleh, market value sekarang RM 300 - 330K

Unknown berkata...

Boleh dapat no. tel. kontraktor buat kabinet dapur. Untuk unit Unipark Suria Condominium, Block B. - Abdul Razak