24 Mei 2012

debat rafizi - khairy dan cukai pendapatan kita

Isu cukai pendapatan boleh tahan hangat sekarang
ye lah, 30 april baru2 ni adalah tarikh akhir bayaran cukai pendapatan

kemudian lagi hangat bila debat antara saudara rafizi Ramli dan khairy jamaluddin ada menyentuh pasla cukai  pendapatan juga.

saudara rafizi mengatakan Finland boleh menawarkan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun kadar cukai pendapatan mereka hanya 21% kepada golongan pertengahan



betul ke apa yang rafizi cakap

menurut laman web  http://www.worldwide-tax.com ini kadar cukai pendapatan di Finland

Tax (%)Tax Base (EUR)
01-16,100
6.5%16,101-23,900
17.5%23,901-39,100
21.5%39,101-70,300
29.75%70,301 And Over


boleh baca di sini http://www.worldwide-tax.com/finland/finland_tax.asp
bermakna, kadar cukai maksima di Findland adalah 29.75%
tetapi golongan pertengahan mereka dikenakan kadar 17.5% atau 21.5% .

Berapa pula sebenarnya kadar cukai pendapatan di Malaysia?

mari kita rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri


Tahun taksiran 2010 dan 2011

Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0-2500
2,500 pertama
0
0
2,501-5,000
2,500 berikutnya
1
25
5,001-10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

3
25
150
10,001-20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

3
175
300
20,001-35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

7
475
1,050
35,001-50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

12
1,525
1,800
50,001-70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

19
3,325
3,800
70,001-100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

24
7,125
7,200
Lebih 100,000
100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

26
14,325
..........



Jika dilihat secara kasar di dalam rajah ini, kadar maksima cukai pendapatan di Malaysia adalah 26%.
Tetapi golongan pertengahan dikenakan 12% - 24%.

Tapi itu hanya kasar sebab kadar cukai ini sebenarnya bertingkat.

sebagai contoh, katakan sesorang yang pendapatan bercukainya rm 65,000 setahun atau bersamaan dengan RM 5,416 sebulan, amaun tu tak terus didarabkan dengan 19%
sebaliknya LHDN set dulu kadar cukai rm3,325 untuk pendapatan RM 50,000 pertama
kemudian setiap amaun selepas rm50,000 barulah di darab dengan 19%
dalam kes ini, 15,000 x 19% = 2850
jadi jumlah cukai yang perlu dibayar adalah rm 3,325 + rm 2,850 = rm 6,175

kalau kita kira semula (6175/65000) x 100 = 9.5% sahaja dari pendapatan bercukai keseluruhan

tapi peratusan ini boleh berubah-ubah mengikut berapa amaun selepas amaun cukai peringkat pertama yang telah ditetapkan itu.

sebagai contoh, kalau pendapatan dia 69,000
jumlah cukai akan jadi
- 50k pertama = 3325
- 19k seterusnya = 3610
3325 + 3610 = 6935
(6935/ 69000) x 100 = 10.05%

kalau kita ambil kadar pendapatan bercukai pula 24% pula
katakan pendapatan bercukai tahunan adalah 88,000
ini bersamaan pendapatan bercukai sebanyak rm7333 sebulan
kadar cukai yang perlu dibayar adalah
- 70k pertama = 7125
- 18k seterusnya = 4320
jumlah cukai dikenakan = 7125 + 4320 = 11,445
kadar sebenar yang dia kena (11445/88000) x 100 = 13%

jadi, dari segi cukai pendapatan, nampaknya kadar di Malaysia masih sederhana

cuma jika kita lihat pada kos hidup rakyat malaysia yang tinggi, harga barang yang tinggi, dan cukai2 lain yang dikenakan seperti cukai perkhidmatan, cukai barangan, cukai hiburan, cukai jalan dsb, semput juga utk sesorang berpendapatan bercukai 65,000 setahun nak keluarkan bayaran cukai rm6,175

kalau dalam kes finland atau germany, cukai mereka lebih tinggi tapi dah tak perlu pening fikir nak bayar yuran universiti anak-anak
kita di sini masih ada kepeningan itu
saya sendiri bayar rm2333setiap semester utk diploma syariah yang saya belajar sekarang
itu pun alhamdulillah.. uitm adalah universiti termurah
kalau universiti tempatan lain, yurannya boleh pegi dua atau tiga kali ganda

tak salah saya yuran sarjana di UKM boleh pergi sampai rm18k untuk satu tahun pengajian
kakak saya buat ijazah di UTM space, yurannya juga melebihi rm4k setahun
katalah 4500 x 4 tahun pengajian ijazah = 18,000

kawan saya pula membayar 2400 - 2800 satu semester untuk pengajian di UKM
tahun pertama 2800 satu sem
tahun berikutnya 2400
so jumlah yuran dia kena bayar adalah rm20,000


lagipun kalau kita tengok pada ranking purata gaji yang dikeluarkan oleh BBC
Findland dan Germany jauh lebih tinggi gaji mereka
maka boleh lah kita terima yang kadar cukai mereka lebih tinggi sedikit dari kita

Malaysia? cuba lihat malaysia di tempat ke berapa.

Mauritius yang berada di bawah Malaysia dari segi gaji pun boleh beri pendidikan percuma pada rakyatnya
boleh baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Mauritius

soalnya sekarang cuma, mahu buat atau tidak sahaja.

lagipun bagi pendapat saya, pendidikan adalah hak semua rakyat, miskin, golongan pertengahan atau golongan mewah
apa salahnya rakyat golongan pertengahan atau golongan mewah bayar lebih sedikit 2-5% cukai kalau semua rakyat malaysia boleh menikmati pendidikan percuma
kalau anda berasal dari golongan susah macam saya, atau anda lagi susah dari saya dulu
anda akan faham betapa rakyat miskin sangat perlukan pendidikan percuma

jangan kata pada saya, finland boleh lah buat sebab rakyat dia 5 juta
jangan juga kata mauritius rakyat nya cuma 1.9 juta
sedangkan malaysia ada 28juta rakyat

hey, bukan kah lagi ramai rakyat, bermakna lagi ramai rakyat yang membayar cukai?
bermakna lagi banyak lah pendapatan cukai yang boleh dikutip?

apa pun kena lah mengamalkan budaya kewangan peribadi yang baik
kena lah simpan sedikit duit dari gaji bulanan untuk membayar cukai

tak mahu isytihar cukai? tanggung sendiri lah akibatnya

ini video-video rakaman debat yang hebat ini
ada 2 soalan yang khairy jamaluddin tak jawab

1. Kenapa BILIS Kita Tekan Dan Senaraihitam Tetapi Jerung Kenyang Dan Terlepas?....
2. RM 237 Bilion Yang Diambil Dari Wang PETRONAS, Apa Yang Beliau & Bapa Mertua Beliau Buat?....




Apa pun syabas kepada kedua2 pendebat
saudara rafizi dan khairy yang berani tampil berdebat dan memberikan hujah
rakyat malaysia mahukan politik yang matang
dan fakta-fakta untuk analisa
bukan lagi politik kotor atau politik rasuah
dan bukan juga politik perkauman

 dan kita sebagai pelabur hartanah memang menerima kesan secara langsung dari dasar2 ekonomi yang dilaksanakan pemerintah

13 ulasan:

prebet berkata...

Info dan kupasan sebeginilah yg dicari2 agar rakyat boleh buka minda dan tak ditipu lagi..

Unknown berkata...

bagus debat antara mereka berdua ni..;) tapi sebenarnya tak byk merubah persepsi org atas pagar... penyokong kedua2 pihak saling tidak menerima hujah pihak lawan...

kalau yang kem pembangkang memang duk ulang 2 soalan kat atas tu kata yb kj x jawab... bagi aku penjelasan yb kj agak jelas terutama dalam kes duit petronas tu...

bagi aku hujah yb kj yg mula2 sekali tu pun dah boleh buat pkr terduduk.... nak berikan free education ni takde dalam planning pun... main petik jer... lepas tu baru pikir...

sapa xnak benda free?

just my 2 cents

Rohaniah Noor berkata...

prebet, terima kasih

wakif, boleh bagi minit ke berapa KJ jawab soalan petronas tu? saya mahu review.
free education asalnya dibawa oleh aktivis mahasiwa. jika anda melanggan FB Malaysia Bangkit, anda akan tahu bila mereka mula perjuangkan hal ini. salah kah kalau ada pihak yang ingin menyokong benda baik? anda pun mengaku anda nak benda percuma kan...

sitiezahim berkata...

org2 sokong umno mmg tak paham perasaan menjadi orang susah. bak kata hilal asyraf - Orang bodoh tidak akan melawan. Orang yang lalai tidak akan peka. Orang yang alpa tidak akan sensitif

Rohaniah Noor berkata...

sitie, ye betul.. berapa ramai rakyat yang tidak dapat sambung pelajaran disebabkan masalah kewangan.. ingat dulu masa ada yuran SPM. biasa kita dengar org2 yang miskin nak bayar yuran SPM pun susah..
so, orang2 yang kehidupannya selesa atau yang susah suam2 kuku tapi masih mampu lagi ditanggung makan pakai, yuran sekolah, duit buku oleh ibu bapa mereka dulu mmg tak faham kesusahan ini.

Wan Ishak berkata...

assalamualaikum..

Tq atas review yang sangat bagus..so kita sbgai rakyat nmpak mcm mana cukai itu dikira dan saya setuju juga yg finland mengenakan tax yang agak ok dan dpt menyediakan pendidikan percuma..

namun di masia yang aman dan sejahtera ni saya berpandangan masih diperlukan lagi yuran untuk menampung dimana tax2 yang disenaraikan oleh cik tdi kebanyakan menampung kadar subsidi kita yang agak tinggi..tinggi ke? hehehe mungkin kta dibutakan dengan freeedu tp lupa nikmat lain yg kita dpt..

soal KJ xjawab soklan tu..mmg nmpak ler mmg dia buat salah ngn duit petronas tu..org kuat tingkat 4 la katakan..tp rafizi jgk tak jwab jgk manifesto yg gomen negeri selangor janjikn by 2008.. sptutnya bla da memimpin negeri terkaya kt msia ni slain nk hapuskan najis2 yg gomen sblum ni buat..sptutnya diorng buat 2 3 janji yg dibuat selain ayer free..tq2

Rohaniah Noor berkata...

wan ishak, anda adalah contoh yang walaupun diberikan fakta, tapi anda tetap mahu percaya apa yang anda mahu percaya.

saya nak tanya 2 soalan, malaysia ni aman ke? tak ingat ke berapa banyak kes buang bayi dalam satu bulan? berapa banyak kes ragut sampai mati? berapa banyak kes budak hilang, sampai ada yang ditemui mati dibakar? berapa banyak kes bunuh dalam sebulan?
adakah ini semua zero lantas semua rakyat malaysia sangat yakin yang malaysia aman tanpa penjenayah?

soalan ke2, boleh beritahu saya apakah 2,3 janji yang anda maksudkan?
saya suka soalan yang spesifik disebut

Rohaniah Noor berkata...

dah nampak kan KJ dan PM dulu buat salah.. dah nampak kan betapa korupsinya mereka curi duit rakyat. masih mahu menyokong mereka membuta tuli ke?

Wan Ishak berkata...

heheh..betul kak..saya setuju yg negara kitas makin byk kes jenayah yang makin pelik2..kalu xde dgr org mati kena bunuh dlm sehari mmg akan jdi pelik plak..namun semuanye bermula dri kita..sya lbih suka muhasabah diri sndiri dan pikirkn napa benda2 tu leh tejadi instead kita salahkn pd pihak lain:)

well ttg tu akak da tgk kn debat tu n cari soklan mane yg xdijawab oleh rafizi..btw dlm konteks props..cukai pintu umah sya da naik..manifesto 08 ckp nk turunkn sket..xtrun bk pn xpe..janji adela nmpk turunnye..heheh kta sbagai rkyat mengimpikan kerajaan yg telus..dan sy setuju gomen pusat skrng pn bk sgt ketirisannya dan tue la gunenye pembangkang yg kuat dan jugak bijak:)

tq kak..

Wan Ishak berkata...

hehe btul yg KJ n ayahanda dia penah gelapkan bebilion duit rakyat tanpa rasa besalah..and disebabkan tu maybe dia ketua pemuda umno pertama kt masia ni yg xjadi menteri lansung pun lpas tu..tp xtau la lps PRU13 ni plak..

dan sy arapkan dari daerah pembangkang ada pemimpin kaliber yg bila diberi kuasa nanti dpt digunakan utk kepentingan rakyat:)

sitiezahim berkata...

Bukan soal mencari salah. Tp kalau setiap hari disogokkan dgn hiburan melampau, adakah kita yakin anak cucu kita takkan terpengaruh? Untuk muhasabah diri, rakyat perlukan bimbingan. Sedangkan dlm situasi msia sekarang, berapa ramai yg titik beratkan pengajian islam?kata mudah, kita sbg anak kena cari ilmu agama sendiri sdgkn mak ayah muslim

Rohaniah Noor berkata...

wan ishak, itu pasal manifesto nak naikkan cukai pintu rupanya. dah terkeluar dari tajuk ni sebab artikel ni pasal cukai pendapatan dan pendidikan percuma.

saya tak pasti nak jawab sebab saya bukan menteri besar selangor. tapi kalau rujuk pada manifesto tu, banyak yang mereka dah laksana.
mungkin mereka belum dapat turunkan cukai pintu sebab mereka perlukan rezab duit dan cashflow.
kan mereka bagi air percuma, tabung anak selangor, hadiah anak masuk universiti, tabunag pendidikan anak2 pekerja ladang, dll.. maka banyak duit dah dibelanjakan. so mereka perlu lagi jaga duit masuk.

lgpun mereka baru nak adjust balik kewangan negeri selangor. bygkan kalau anda sdr mengambilalih sykt yg banyak hutang,so anda perlukan masa nak susun balik, jaga duit keluar masuk, kukuhkan reserve fund dlm masa sama beri kebajikan pada staff dan added value pada pelanggan. bila dah kukuh, then boleh lah offer lebih lagi advantage.

boleh tgk kat sini apa manifesto yang mereka dah laksanakan dan apa yang sedang dlm progress

http://www.selangorku.com/?p=6223

namun suka saya ingatkan, saya bukan MP PKR.
saya beri fakta berkaitan pendidikan percuma utk kita semua fikir dan analisa dgn adil

ReM berkata...

Saya tenguk semua debat Chua vs Lim GE, Koh vs Lim GE..tapi masalah nya tak tau siapa yang menang dan siapa yang menipu..