30 April 2012

orang menulis dari pengalaman. anda?

wartawan menulis berita yang dia sendiri pergi ke tempat itu dan mencari liputan

blog
blogger biasanya akan menulis pengalaman dia sendiri di dalam sesuatu perkara
contoh: blog pasal kek
blogger tu biasanya kongsikan tips, resepi atau pengalam dia semasa membuat kek itu sendiri
blog hartanah
blogger itu biasanya menceritakan pengalaman dia semasa membeli rumah dan memulakan pelaburan hartanah beliau
blog pemasaran internet
biasanya memang blogger tu sedang melakukan pemasaran internet melalui blognya

cuma bayangkan bagaimana jika ada satu blog yang banyak info dikongsi di dalamnya, tapi rupanya blogger tu tak terlibat langsung dalam hal itu?
blogger kek, pung pang pung pang tulis pasal macamana nak buat kek yang sedap tapi dia tak pernah buat kek langsung dalam hidup dia
blogger hartanah, menulis macam mahir.. pelbagai tips diberi
tapi satu hartanah pun belum dibelinya atau belum pernah menemani atau menolong rakannya membeli hartanah

adakah anda akan percaya info yang mereka berikan?
mungkin... bergantung sehebat mana info yang mereka copy paste itu

tapi mana satukah info yang lebih dipercayai?
blogger yang menulis dari copy paste sedangkan dia tak sendiri tak melakukannya
atau
blogger yang menulis pengalaman beliau sendiri dan tips-tip yang diperoleh dari pengalaman beliau sendiri?

pasti jawapannya blogger yang mengalami sendiri itulah yang lebih layak dan lebih dipercayai penulisannya

tapi mengapa sejak sabtu lepas, begitu ramai orang yang tidak menyaksikan sendiri hatta sebagai pemerhati pun muncul sebagai pengulas copy-paste?
siap memberi kesimpulan seolah-olah mereka mengalaminya dan menyaksikannya sendiri.

sesungguhnya BERDIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang dusta
sesungguhnya BERDIAM dan HORMAT itu lebih baik dari menimbulkan pergeseran hati dengan rakan yang tidak mencari pasal pun dengan anda


6 ulasan:

sitiezahim berkata...

betul tuh...biarlah, derang tuh dah mmg lama disogokkan dengan hiburan dan benda2 lagha sbb tuh dah tetutup mata, hati, hidung, telinga semuanya..

Rohaniah Noor berkata...

sebab mereka tgk dari apa yg ditunjukkan kepada mereka sahaja. cuba pergi tgk dgn mata sdr dari awal hingga akhir. buat group sorg satu lokasi, baru tahu kisah sebenar. baru layak nak mengomen atau melaporkan perkara. tak menyaksikan sendiri, tak tgk sendiri tapi menulis sama lah mcm blogger yang tak terlibat dgn sesuatu perkara tapi menulis mcm pakar dalam perkara itu. bila dikaji, bukan dari pengalaman sendiri tapi cuma meniru apa yg orang sogokkan kepada mereka. inilah budaya copy and paste.

Omar Property Agent berkata...

OMGX, aku baru tau pasal saham felda and naper ada org bising...rupanye diorg kene pinjam 100k dulu dgn CIMB and then lps saham tu launch, diorg kene jual semula.....sbb confirm diorg untung...bila tanya details, pegawai yg explain taktau apa2... kira mcm hutang dulu then jual, amek untung sikit....dodgy and spooky

Rohaniah Noor berkata...

oh.. maknanya peneroka buat loan utk beli saham felda? saya pun baru cuba faham ni.. sebab wpun anak peneroka, saya tidak ada akses pada borang tersebut. hm.. kalau mcmni apa yg durian runtuhnya? buat loan utk beli saham? sapa2 pun boleh buat

Chot berkata...

Damm Isa Samad

Chot berkata...

http://sayabudakfelda.blogspot.com/2012/05/mintak-maaf-sebab-cerita-pasal-benda.html

mgkin boleh bce sini