Selain saya, Sara pun hadir sama
Sepatutnya Haruki pun hadir.. tapi disebabkan hal keluarga, beliau tidak dapat hadir
hanya saya dan Sara je la..
Seminar ini dianjurkan oleh Freemen
Penceramahnya adalah Michael Tan
Sebenarnya saya daftar seminar ini semasa menghadiri Financial Mastery tempoh hari
Mike tawarkan seminarberharga RM 40 seorang untuk seminar perniagaan 2 hari
kami pun apa lagi.. sangat berminat la
sebab saya memang berhasrat untuk memulakan perniagaan secara serius di masa depan
paling-paling pun, membuka firma guaman sendiri memang dah hasrat saya
Jadi saya fikir, saya memang patut hadir seminar ini
Ya, saya memang mengetahui selok-belok pelaburan hartanah
tapi bila hal perniagaan, hatta bagaimana untuk menjana wang dari blog, saya memang mentah dan sangat lemah
Di dalam seminar ini, perkara pertama yang Mike kongsikan kepada kami adalah
"Business is a game. We play to win the game."
Di sini kami diterapkan dengan 3 prinsip asas
1) I commit to my success
2) I play above the line
3) I never walk alone
kami juga diajar strategi untuk menjana pendapatan perniagaan sebanyak RM 1 juta
kemudian bagaimna untuk ke tahap seterusnya iaitu menjana keuntungan RM 1 juta
Seminar ini juga banyak mengubah persepsi kami terhadap perniagaan.
Tujuan perniagaan, penciptaan nilai, menghargai persaingan, melepaskan pekerja yang hebat..
itu semua perlu berbeza dari pemikiran biasa kita sebelum ini jika kita ingin mencapai pendapatan 1 juta seterusnya keuntungan 1 juta
Mike juga kongsikan cerita dan pengajaran dari jatuh bangunnya dia sebelum ini
Beliau secara terbuka menunjukkan gambar beliau ditumbuk dalam insiden tempoh hari
dan berkongsi dengan peserta di mana kesilapannya, bagaimana beliau cuba memperbaiki keadaan dan bagaimana beliau terus bangkit dan berdiri di atas pentas untuk berkongsi cerita ini
bagi saya, ini sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan dan saya kagum apa yang Mike lakukan ini
kita selalu cakap, orang cina memang pandai berniaga kan
mereka menguasai ekonomi di Malaysia melalui perniagaan
Jadi saya sangat berbangga untuk mempelajari teknik-teknik ini terus dari mereka
saya berpendapat, mengapa kita perlu hadkan guru dan kawan-kawan kita dari bangsa kita sahaja?
saya juga bangga dengan kumpulan saya
kami memang kumpulan yang hebat
kami berjaya menjana keuntungan sebanyak RM 1800 dalam masa 2 jam.
woww.. sesuatu yang tidak pernah kami jangka boleh lakukan selama ini
walaupun kami tidak menang, sebab yang menang tu berjaya mengumpul RM 2300 keuntungan, tapi kami tetap gembira dan bangga dengan pencapaian kami
kesimpulannya, saya sangat cadangkan seminar ini kepada ahli perniagaan yang belum mencapai pendapatan 1 juta atau keuntungan 1 juta
juga sangat dicadangkan kepada mereka yang bercita-cita untuk membuka perniagaan
faedah seminar ini anda tidak akan perolehi dengan membaca ulasan ini
anda perlu melaluinya sendiri
nota: walaupun pipi saya semakin bulat, tapi jaket cenderahati dari jerman itu membantu membuatkan saya nampak comel. terima kasih kepada orang jerman itu. heeeeeee...
5 ulasan:
menarik, so apa micheal tan cerita bila dia accused scam aritu?
dia tersilap membuat JV dari segi marketing. ada seorang marketing company menjanjikan jualan akan meningkat berganda2 jika membuat kerjasama jualan dengan mereka. Dari situ, company tu buat promotion terlalu gila dan mike tersilap sebab tak betul2 keep track apa yg company tu janjikan dan apa cara promosi mereka.
MassoDasuki telah meninggalkan ulasan baru
"pengalaman mengajar dia .. dia ajar orang lain ..baguslah ~ "
Wow... Seronok...
Thn ni saya target sales saya RM 0.25 juta...
Moga2 dpt lebih dr itu.... Rezeki Allah mmg menakjubkan... Amin...
MassoDasuki, tak tahu mana silapnya, komen tuan tidak dipaparkan di blog saya. tapi saya menerima emel yang mengandungi komen tuan itu, jadi saya copy paste di sini.
Mr MPT, insya Allah.. saya doakan target tuan menjadi kenyataan. aminnn
Catat Ulasan