23 April 2012

energizer night race 2012: peluang kedua

Setiap orang berhak diberikan peluang kedua

Apabila Energizer mengumumkan pendaftaran untuk Energizer Night Race 2012 dibuka, ramai yang memberi komen negatif
"aku serik. aku tak mau join dah"
"Seriklah. All the best kepada yang mendaftar"

Ya, memang Energizer Night Run 2011 adalah mimpi ngeri.
Target Energizer untuk mencipta rekod 10,000 penyertaan berakhir dengan penganjuran yang kelam-kabut, tidak cukup petugas, terowong maut, kehabisan head lamp dan pelbagai lagi.
Boleh dikatakan ia penganjuran acara larian terburuk dalam sejarah ramai orang termasuklah saya sendiri

Anda boleh baca antara ulasannya di sini
http://www.placesandfoods.com/2011/04/energizer-night-race-2011-worst-race-ever.html

atau

http://www.tianchad.com/2011/04/worst-energizer-night-race-2011-ever-no.html

keburukan penganjuran ini berakhir dengan komen-komen buruk dari peserta, wartawan dan pemerhati
ini memaksa Energizer untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka
Energizer juga memulangkan semula bayaran pendaftaran, menghantar sijil dan goodie bag kepada semua peserta melalui pos
kiranya kerosakan cuba diperbaiki oleh pihak energizer lah

jadi tahun ini ramai yang serik bila pendaftaran energizer night run 2012 dibuka semula
tak mahu dah mendaftar

saya tidak, saya tetap mendaftar
sebab saya percaya, selepas energizer terpaksa buat permohonan maaf terbuka begitu, nama baik mereka memang terpalit
dah pasti mereka akan buat perubahan drastik
lagipun energizer dah mensasarkan pendaftaran hanya 5000 orang peserta je kali ni.
separuh dari tahun lepas

tanggapan saya benar
semua kelemahan yang ada pada penganjuran lepas dibaiki
seolah-olah energizer meneliti setiap komen peserta satu persatu dan memperbetulkannya


mari kita lihat perbezaanya

1) pengambilan running kit


kalau 2011, running kit kaunter dibuka lewat dari sepatutnya, perlu ambil di Litar F1 sepang dan pada waktu kami ambil, hanya satu booth sahaja dibuka. booth penaja pun tak dimaklumkan dengan jelas kepada penaja sampai ada penaja yang dah samapi awal, tidur je kat lori sebab tak tau nak buka booth di khemah mana.

tapi 2012, running kit diedarkan di Menara OCM, jalan hang jebat. tempat ni memang biasa menjadi tempat mengambil running kit acara larian lain, jadi tidak menjadi masalah kepada pelari. kaunter pun banyak jadi tak perlulah beratur panjang.

2) pengambilan head lamp

2011, perlu ambil head lamp dari dua orang petugas yang hanya buka kotak di depan tangga selepas terowong maut. tiada kaunter khas. siapa datang lewat iaitu selepas jam 7 malam, saya dengar head lamp sudah kehabisan. memang habis atau ada pelari ambil dua, kita pun tak boleh pastikan sebab pelari berkerumun je kat situ memandangkan lokasi tersebut yang kurang sesuai dan ketiadaan kaunter.

2012, masuk je ke pintu gerbang litar F1 tu, ada ramai petugas yanag menyambut dengan senyum dan menunjukkan kepada pelari untuk mengambil head lamp di khemah di depan. khemah head lamp lebih teratur dengan ramai petugas. bis ditanda apabila head lamp diambil supaya tiada pelari ambil lebih dari satu.

3)surau untuk solat

surau disitu sangat kecil. sedangkan pelari ada 10,000 orang ramainya. jadi surau memang tidak dapat menampung keperluan yanag sebegitu ramai menyebabkan saya dan rakan terpaksa solat di ruang parking sahaja.

2012, surau masih kecil, namun sekurang-kurangnya bilangan pelari yang kurang memberi kelebihan. lagipun larian untuk 15.5km bermula jam 8.20 mlm, larian acara fun run dalam pukul 8.40 maka sangat cukup masa untuk kami solat maghrib.

4) route yang bosan

bagi saya, route litar F1 ini mungkin menarik bagi pelumba kereta. tapi bukan kepada pelari malam. berpusing di litar itu, kiri kanan hanya kelam sangat membosankan. cuaca juga sangat panas pada malam itu menambahkan lagi kebosanan.
dengar cerita, route pelari marathon tidak dilengkapi dengan penunjuk arah yang mencukupi.

2012, acara 15.5km diwujudkan. pelari akan berlari satu pusingan di dalam litar kemudian keluar litar dan berlari dua pusingan. Bagi pelari marathon, mereka juga akan berlari satu pusingan di dalam litar kemudian ke luar litar sehiangga 5 pusingan dan masuk semula ke dalam litar untuk satu pusingan. Tapi pusingan untuk acara marathon adalah di dalam lingkaran yang lebih luar dari route 15.5km.

Saya sebagai pelari 15.5km melalui bukit-bukit tinggi dan tepi estet, bukan hanya litar yang bosan itu. Ada pintu gerbang yang memancutkan air dari atas, ada pasukan petugas yanag bersorak memberi semangat setiap 1.5 km rasanya, malah ada yang bermain gendang tradisional melayu, cina dan india dari murid-murid sekolah. Jadi ada lah rasa terhibur juga.

5) Stesyen air

2011, nak jumpa stesyen air punay susah. banyangkan ada satu je stesyen air utk org yang berlari 11km seperti saya. nasib baik juga saya ada bawa botol air kecil di pinggang. Tapi untuk pelari yanag tiada bekalan air seperti saya? azab wehhh...

2012, boleh dikatakan setiap hampir 2km kami jumpa stesyen air. setiap 4 km ada stesyen air beserta span basah. wah.. saya sangat gembira sampaikan saya yakin saya tak perlu refil botol air saya. selalunya saya akan refile air dalam botol bila berjumpa stesyen air sebab takut lambat lagi nak jumpa air seterusnya. tapi kali ini sangat berbeza. Span basah adalah paling best. seingat saya, ada 4 kali dalam larian itu saya jumpa span basah. terasa segar bila kepala, muka dan tangan terkena air.

6) lari curi

2011, litar F1 tu kan banyak belok. jadi ramai yang mencuri-curi potong jalan dengan berlari melintasi belok tu. tak betul-betul ikut selekoh tersebut. tiada marsyal menjaga, tiada halangan di tepi selekoh. pelari pulak dah semput tak jumpa air, bosan dan panas, aoa lagi.. ramai la yang mencilok-cilok. termasuklah saya sendiri.. hehehehe

2012, setiap tepi selekoh dipagar dan ditutup supaya cilok dan potong selekoh tidak berlaku. ada 2 orang marsyal menjaga setiap selekoh tajam untuk mengawal. jadi, larian kali ini lebih bersih.

7) terowong maut


2011, bayangkan 10,000 pelari melalui terowong yang sempit. berasak-asak di dalamnya yang rasanya kami dah hidu karbon dioksida je dah. masa baru nak masuk ke litar untuk pelepasan, keadaan teruk tapi masih boleh tahan lagi, tapi bila waktu pulang, semua pelari fun run dan 11km boleh dikatakan pulang pada masa serentak, maka berpusu-pusulah di dalam terowong itu. Dah lah kekurangan oksigen, suhu panas di dalam terowong dotambah dengan bau peluh setiap pelari.. aduhh.. memang layak kami panggil terowong maut. terowong maut inilah yang menjadi trauma ramai pelari tahun lepas.

2012, pelari dibenarkan memasuki terowong secara berperingkat. mula-mula ia dibuka untuk pelari full marathon dulu. kemudian barulah pelari 15.5km. bila acara 15.5km dah berlepas, barulah pelari fun run dibenarkan masuk. ada 3 kipas angin besar di dalam siap dengan petugas menjaga di dalam nya.
Jadi kami tidak bersesak-sesak di dalam terowong itu.
Bila waktu balik, pelari fun run dah lama balik bila pelari 15.5km balik. pelari full marathon pula masih lagi berlari. jadi, trafik di dalam terowong juga terkawal. lagipun kali ni hanya 5,000 pelari sahaja kan.. dah tak sesak sangat lah.

8) kutipan medal dan goodies


2011, pelari terpaksa beratur panjang untuk dapatkan medal, kemudian bila barisan dah terlalu panjang dan keadaan menjadi kelam kabut, kaunter medal ditutup. tiada lagi medal diberi.
di kaunter goodies, hanya beberapa orang menjaga kaunter goodies. orang berasak-asak hinggakan beg goodies dicampak ke belakang untuk diberi kepada pelari di belakang.

2012, sampai je di garisan penamat, ada beberapa orang petugas menyerahkan air mineral dan sijil penyertaan. kemudian kami dipandu ke kaunter medal dan goodies. medal, goodies, finisher tshirt dan makanan dimasukkan siap-siap di dalam beg goodies. kami perlu ambil di kaunter mengikut saiz tshirt kami. Kali ini kauternya banyak. jadi tak ada pun yang perlu beratur.


9) Petugas

2011, begitu sedikit petugas berbanding 10,000 pelari yang ada. acara sebesar ini tetapi petugasnya ciput.

2012, petugas ramai, ramah dan manis-manis belaka. walaupun petugas lelaki tu bagi jawapan yanag menghampakan iaitu van milo tak ada kali ini, tapi keramahan dan kehensemannya buat hati saya sejuk. hehehehe...

kekurangan?
hm... hanya ada satu je yang bukan lah kekurangan sangat tapi kalau ditambahbaik, acara ini akan menjadi sempurna,
iaitu kurangnya penunjuk jarak larian
biasanya pelari jarak jauh sebegini akan tertanya-tanya.. dah berapa km kami berlari.. dan lagi berapa km.
Penunjuk arah ada tapi sedikit sangat. hanya untuk pusingan luar litar yanag kedua sahaja.
Jadi kalaulah diperbanyakkan penunjuk jarak ni, memang lebih terbaekk lah..



Kesimpulannya, Energizer kali ini sangat berbeza dari tahun sebelumnya. Ternyata Energizer sudah belajar dari kesilapan mereka.
Melantik Twenty First Century Sports sebagai pengurus acara memang satu keputusan terbaik.
biarkan yang pakar mengendalikannya sebab acara sukan tak sama dengan acara korporat yang lain.
teringat semasa saya mengambil medal dan goodie bag dari seorang petugas wanita yang cute-cute, seorang petugas yang juga hensem di sebelahnya berpesan, "tahun depan join lagi ya.."
laju je saya mengangguk dan senyum..
dalam hati saya, saya takkan serik dengan acara larian. tapi kalau begini cara penganjurannya, laagailah saya akan join lagi.


kredit gambar ENR 2011 http://www.tianchad.com/2011/04/worst-energizer-night-race-2011-ever-no.html
dan http://www.yogaretnam.com/events/energizer-night-race-2011-runners-nightmare/


6 ulasan:

Pelampung Bocor berkata...

saya juga berlari dalam ENR 2012 dan saya rasa pihak Energizer sudah berjaya menebus kekecohan yang berlaku pada tahun lepas. tahniah sebab berjaya menamatkan larian kerana saya rasa route luar untuk pelari 15.5km adalah antara route yang paling mencabar pernah saya tempuhi.

Derok berkata...

cantik gak medal tu...

Rohaniah Noor berkata...

Pelampung Bocor, terima kasih. tahniah pada anda juga kerana turut sama menamatkan larian. memang mencabar giler terutama ada satu bukit yang sangat tinggi itu. aduhaiiii....

Derok, cantik. tali hitam. hehehe

dzirhans berkata...

RN..I x join ENR this year sbb outstation..btw last year mmg havoc..

Are you joining Stan Chart Marathon? see you there!

Haruki berkata...

I was so curious, what is terowong maut? Now I can imagine what happened last year. Maybe the smell alone can make you pengsan.

Rohaniah Noor berkata...

dzirhans,
hehe.. last year mmg pengalaman lah. bila lagi nak merasa goodies main campak-campak je? hehehe... insya Allah akan turun standard chartered nanti. tapi 10km je

Haruki,
hehehe.. the smell, the cramp and lack of oxygen make the term terowong maut so suitable. bayangkan lah.. dah la masing2 berpeluh2 basah satu baju, terpaksa bersesak lak.. hadoiiii