19 Mac 2012

peluang peluang peluang

hari ini Majalah Niaga  telah menerbitkan edisinya yang ke 20
Edisi ni sangat menarik kerana menampilkan temuramah dengan Pengarah Urusan Les Copaque iaitu syarikat yang menerbitkan Upin dan Ipin
Beliau adalah Tuan Haji Burhanuddin.
Ketahui perjalanan beliau dari seorang pegawai Petronas ke pengarah urusan syarikat penyenggaraan pelantar minyak dan akhirnya membuka syarikat animasi yanag begitu ternama di Malaysia dan di luar negara.


Selain itu ada banyak lagi artikel menarik antaranya Ibu Mertuaku Remake, 5 perkara wajib untuk anda menjadi lebih kaya, 6 kebaikan kerja keras dan bisnes part-time dan  banyak lagi
yang paling best adalah di muka surat 29 .. hehehehe
artikel saya bertajuk Pelaburan Hartanah 2012: Mendung atau Sinar pun ada..

Kawan-kawan kena muat turun edisi ini cepat sebab team majalah niaga sedang mengkaji kemungkinan untuk tutup muat turun percuma ini atau untuk mengenakan bayaran jika kuota muat turun percuma telah mencecah 3,000.

Jadi baik cepat bertindak rebut peluang ini sebab ilmu-ilmu yg dikongsi di dalamnya boleh membantu dan memberi inspirasi kepada anda untuk berjaya.

Oh ya sementara tu nak maklumkan Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari masih ada lagi 5 tempat kosong untuk yang berminat
tarikh kursus adalah 1 April iaitu ahad, jam 9.00 pagi - 5.00 petang.
yuran kursus adalah RM 258 untuk seorang atau RM 228 jika mendaftar berkumpulan.

Tapi berita syok kepada mereka yang dah isi borang pendaftaran sebelum atau pada 18 mac tapi belum buat bayaran
kami gembira untuk lanjutkan lagi tempoh yuran istimewa early bird iaitu rm228 seorang atau rm 209 berkumpulan jika anda membuat bayaran hingga jam 9.00 pagi esok.
yup, tawaran khas ini utk yang dah isi borang je ya... dan hingga jam 9.00 pagi esok sahaja.


Blogger Siti Farazila akan kongsikan tips dan teknik pelaburan rumah lelong
dan   puan peguam Nurul Muhaniza akan ada sesi bersama peguam juga untuk memberi penerangan isu-isu berkaitan perundangan yang timbul semasa membeli atau menguruskan rumah lelong.

Tempat terhad, peluang terhad. ada 5 lagi kerusi dan meja kosong.

Jom daftar dengan mengisi borang di bawah.

3 ulasan:

sitiezahim berkata...

rasanye majalah niaga ni lagi bertambah readers sbb penulis artikelnya sesama peromot kat blog hehehe :)

Rohaniah Noor berkata...

haah... diorg ada ramai penulis bebas yang menyumbang artikel. setiap penulis mempromosikan majalah niaga. mmg laju lah trafik masuk.ini lah namanya win-win situation

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.