07 Mac 2012

MRTA berganda-ganda

MRTA ni insurans
biasanya kita akan ambil mrta untuk melindungi pinjaman kita
mana tahu jika kita meninggal dunia atau ditimpa ketidakupayaan kekal, waris tak perlu lah menanggung bebanan hutang tersebut
syarikat insurans akan bayar.



MRTA tu ni pula ada yang bank wajibkan, ada yang tidak
ada yang tak wajib tapi bank nak kita ambil MRTA tu untuk mencantikkan kadar pinjaman

maksud saya begini
oleh kerana bank akan dapat komisen kalau kita ambil MRTA melalui mereka, mereka boleh lah tawarkan pinjaman dengan kadar lebih menarik pula
situasi menang-menang

contoh dialog pegawai bank,
kalau awak ambil MRTA sekali dalam pinjaman, kami boleh bagi kadar BLR - 2.0
tapi kalau awak tak ambil MRTA, kami hanya boleh bagi kadar BLR - 1.8
Boleh ke tak nak ambil MRTA? Saya pernah jawab soalan tu di sini

Kadar MRTA berubah-rubah mengikut umur.
Makin berusia seseorang peminjam itu, risikonya semakin meningkat
maka kadar MRTA yang perlu dia bayar pun semakin tinggi

Kalau dalam kes ada seorang je peminjam, memang tak timbul isu.
Pengiraan MRTA akan dikira atas individu peminjam itu sendiri

Tapi bagaimana jika nama peminjam ada lebih dari seorang?

Dalam kes saya, kami beli hartanah ni atas 3 orang nama
jadi jumlah MRTA yang perlu diambil dah jadi tiga kali ganda.
kalau kadar seorang lebih kurang 10k++ untuk amaun pinjaman sebanyak itu. tapi sebab 3 orang nama pemohon pinjaman, MRTA dah jadi 30K++
wowwww.....

sebabnya dia akan melindungi setiap sorang dari kami
Kalau seorang je yang meninggal dunia atau ditimpa ketidakupayaan kekal, yang 2 orang lagi tu tidak perlu menanggung baki hutang tu dah

dapat jual MRTA 30k++? wowwwwww
kaya komisen betul banker tu...

satu lagi saya nak maklumkan yang saya dah pun umumkan cara nak menang biasiswa Kursus Taiko Rumah Lelong Dalam Masa 1 Hari

Boleh tengok kat FB public saya, FB Propertywaltz.com dan FB Siti Farazila

Mudah je..
ada 3 langkah:
1) Klik like pada status ini 
2) klik butang Share di wall anda
3) Dekat status share anda tu, tuliskan ayat "saya nak menang biasiswa Kursus Taiko Hartanah Dalam Masa 1 Hari. Saya nak sangat pergi kursus ni sebab....... "

Ni saya sediakan contoh print screen apa yg patut anda lakukan.



Kami akan buat pemilihan pemenang berdasarkan pematuhan ketiga2 langkah ini dan kata-kata di langkah 3 yang paling menarik atau memberikan inspirasi.
Jika ada kemenangan seri dari segi kata-kata ini, pemilihan akan dikira dari segi jumlah LIKE link yang anda kongsikan pula.

Peraduan akan ditutup pada jam 10.00 malam 8 mac 2012 (Khamis).
Keputusan akan diumumkan pada Hari Jumaat 10 Mac nanti

Jika berminat nak menyertai kursus sehari ini, boleh isikan maklumat di borang di bawah
Kalau nanti anda memang biasiswa pun, anda akan dipohon isi borang ini juga.
Kalau dah buat bayaran tapi kemudian anda diumumkan menang biasiswa, kami akan pulangkan semual baki wang anda tu.

Mari daftar sebab tawaran burung awal akan tamat 11 hari lagi.

 

Kredit gambar payung di atas:
Image: digitalart / FreeDigitalPhotos.net

1 ulasan:

Derok berkata...

Hebat..tulis lagi