27 Mac 2012

janji untuk dimungkiri?

Kita suka berjanji secara mulut je kan
kita anggap itu memadai.. tak perlu lah beriya-iya sangat nak letakkan di atas kertas
masing-masing berharap atas dasar percaya pada janji mulut
ye lah, orang melayu kita dulu-dulu kata,
"lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya"
tapi tu kes janji hal kecil-kecil.. hal remeh temeh
macamana kalau berjanji untuk membeli atau menjual rumah?
boleh ke janji pakai muut je?
boleh ke terma-terma tambahan pun pakai mulut je?
bagaimana kalau tiba-tia satu pihak memungkiri janji, boleh ke kita ambil tindakan undang-undang atau setidaknya menekannya untuk mengotakan janjinya?

apabila dua pihak berjanji, telah termaterilah satu kontrak di antara dua pihak tersebut
walaupun janji mulut, kontrak secara verbal tetap sah
namun untuk faedah bersama, hendaklah apa jua yang dipersetujui itu ditulis dalam bentuk hitam putih
sebab kalau hanya kontrak lisan, jika ada pertikaian, kan lebih susah nak buktikan?
bila bertulis ni senang.. semua ada tertulis di situ, rujuk sahajalah
nak bawa ke mahkamah pun senang



jadi kalau anda nak membeli rumah, pastikan kedua-dua pihak tandatangani borang tempahan (booking form) atau surat setuju membeli (offer to purchase letter)
letakkan semua terma tambahan di situ
kalau kedua-dua pihak setuju nak letak harga s&p ikut harga pasaran, tulis
kalau kedua-dua pihak deposit dipulangkan jika tak dapat kebenaran pihak berkuasa negeri, tulis
kalau kedua-dua pihak bersetuju deposit dipulangkan kalau tak dapat pinjaman, tulis
kalau kedua-dua pihak bersetuju pembeli dapat mendiami rumah tersebut ebaik menandatangani s&p, tulis
apa juga terma yang dipersetujui, tulis
jangan hanya janji mulut

Biar tulis banyak tak mengapa
biar sampai pening membacanya tak mengapa



jadikan kisah ini sebagai pengajaran
kenapa berjanji mulut pada terma-terma tambahan semasa nak membeli rumah tidak cukup bagus

kredit gambar: Image: Jeroen van Oostrom / FreeDigitalPhotos.net

4 ulasan:

sitiezahim berkata...

orang dolu dolu mmg suka janji mulut, bila meninggal banyak benda yg berubah kan? tp benda2 yg melibatkan harta ni takleh pakai la janji mulut, cthnya i nak kasik domain i pada u...jgn sekali sekali u percaya hahahahha :P

Rohaniah Noor berkata...

eh eh.. u tulis ni dah jadi kontrak bertulis ni.. ramai org baca dah jadi saksi. yeayyyy.. dapat domain satu preeeeee

Haruki berkata...

Hahahaha....antara sisters takpe la....

Rohaniah Noor berkata...

kan..sisters maaa.. tak per la bagi pree domain 1 unit.. heeeeeeeeee