01 Mac 2012

hartamu hartaku jua?

Semalam satu lagi artikel yang saya tulis diterbitkan di majalahniaga.com
alhamdulillah...
terima kasih kepada tuan Aqif dan team Majalah Niaga


Artikel saya tu menyentuh berkenaan betapa perlu wanita membeli rumah sebelum berumahtangga
Sebab saya tengok, wanita ni kebanyakannya ramai terlalu obses dengan handbag baru, alat mekap berjenama, perfume berjenama
kasut tak cukup satu dua... pantang gaji nak beli

kalau anda betul2 bergaji besar dan berkemampuan membeli, tak salah..
tapi jangan la lupa pada perancangan masa depan dan sekuriti

Sekuriti di sini bukan bermakna dapat kahwin dengan lelaki bergaji 5 angka
atau dapat jadi isteri kedua atau ketiga seorang Datuk

Sekuriti di sini bermakna, bersedia jika satu hari suami kita dah tinggalkan kita atau tinggalkan dunia ini
sekurang-kurangnya kita ada satu rumah untuk tempat berteduh
satu rumah yang memang hak kita dan tidak menjadi perebutan

nanti ada pulak yang kata, 'gaji saya kecik je.. mana mampu nak beli rumah?'

rilek kawan2...
kalau gaji kita kecik, beli lah rumah yang kecik dulu
rumah kecik pun rumah juga kan...
duit deposit boleh dikumpul dari simpanan bulanan
atau pinjam sementara duit dari keluarga kemudian bayar semula lepas markup s&p dan duit dibayar sepenuhnya oleh bank
atau pinjam sementara duit dari keluarga kemudian bayar semula dari duit pengeluaran KWSP

ingat semula pesanan saya sebelum ini
lima ribu tahun atau lima saat, kalau impian kita kuat dan kita tak putus berusaha, kita akan dapat juga

kalau ramai lelaki suka gunakan kemudahan berkahwin di Thailand atau di Perlis untuk poligami
kalau lelaki ada sekuriti dari segi lafaz talak di tangan mereka
kita wanita pun perlu kuatkan sekuriti kita

supaya akhirnya akan berkurang wanita atau ibu tunggal yang teraniaya atau hidup susah
supaya anak-anak anda lebih terjamin masa depan mereka

ok kawan-kawan
jemput baca artikel ini di sini
http://www.majalahniaga.com/hartamu-hartaku-jua.html#more-6034

4 ulasan:

sitiezahim berkata...

entri ni pon dah bes, belum baca lagi kat majalah niaga tuh..esok i baca dan link dlm belog i okeh..memang menarik unt dikongsi..hehehe

Rohaniah Noor berkata...

hehehehe... baca baca...

azizan berkata...

tumpang tnya skit

kalau kerja kontrak, agak2 bole dpt loan tak?

saya tak de cash utk byr deposit 10%, tapi dlm akaun 2 epf mmg cukup...boleh tak saya guna duit epf utk byr deposit 10% tu?

tq

Rohaniah Noor berkata...

kalau kerja kontrak, boleh dapat asalkan dlm slip gaji tak tulis kontrak. nak guna duit epf boleh cuma nak keluarkan duit epf tu memerlukan kita hantar dokumen yang ahnay boleh diperoleh selepas kita tandantangani s&p. oleh kerana biasanya penjual akan meminta 10% semasa sign s&p, itu bermakna kita kena cari sumber lain dulu sementara dan pulangkan segera bi;al dah boleh keluarkan s&P. kecualilah penjual tu tak kisah kita hanya bayar booking 3% sahaja