18 Mac 2012

do you master your property financing?

tajuk di atas sengaja ditulis dalam bahasa inggeris sebab nak memberi definisi kepada tajuk seminar yang baru saya, blogger haruki dan sara hadiri jumaat dan sabtu (semalam)

Nama seminar ini adalah Financial Mastery
dianjurkan oleh FREEMEN
Bertempat di Melia Hotel, Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang.

Penceramah adalah Michael Tan, Sandeep, Mr Kah Leong dari standard Chartered dan Mr Justin, seorang jurunilai hartanah.


Sandeep dan Michael

Kah Leong dari Standard Chartered

Seminar dua hari ini boleh saya katakan antara seminar pelaburan hartanah terbaik yang pernah saya hadiri
Ia memfokuskan kepada 4 perkara yang ada simbol RM ini iaitu
- target pelaburan hartanah yang diterjemahkan dalam RM
- kelayakan pinjaman anda
- pembiayaan pelaburan hartanah anda
- penilaian hartanah anda.

Paling menarik adalah tips bagaimana bermain dengan 4 perkara ini agar pelabur dapat menjana kekayaan melalui pelaburan hartanah.

Seminar ini tidak sesuai untuk mereka yang baru hendak memulakan pelaburan hartanah mereka
Ia lebih sesuai untuk pelabur berpengalaman... sekurang-kurangnya sudah mempunyai satu atau dua buah hartanah.

Kami bermula dengan perkara asas, mengira semula Financial Freedom Number saya.
Jika anda pernah menghadiri Lend a Helping Hand, anda pasti tahu berapa FFN anda
Ia merupakan satu angka kebebasan kewangan anda
ye lah.. pelabur hartanah ini targetnya hanya satu
untuk mencapai tahap kebebasan kewangan.

Tapi berapakah angka kebebasan kewangan anda?
Berapa jumlah wang yang anda perlu ada untuk anda berjaya mencapai kebebasan kewangan?
Itulah yang kami kira untuk mengetahui FFN masing-masing.

Kali pertama saya mengira FFN saya adalah pada bulan September 2010.
Angkanya 5.2 juta

Kelmarin saya mengira semula.
saya membuat sedikit penyesuaian berdasarkan keperluan semasa dan target persaraan saya, namun rupanya FFN saya masih lagi 5.2 juta.
hm.. nak kena kejar ni


8 Tips-tips dan ilmu yang ingin saya kongsikan dengan ringkas di sini untuk semua pembaca blog adalah

1) Anda boleh membeli hartanah atas kapasiti individu, perkongsian atau atas nama syarikat.

2) Apabila anda berhasrat untuk membuka sebuah syarikat yang akan membeli hartanah, jangan lupa untuk masukkan perkataan 'property holding' di dalam objek syarikat anda. Tanpa perkataan ini, pembelian hartanah atas nama syarikat adalah tidak sah.

3) Walaupun bank negara mengeluarkan arahan pengiraan kemapuan pinjaman berdasarkan gaji bersih, namun pelaksanaannya di bank mengambil masa. Masih ada bank yang menilai atas gaji kasar.

4) Ada 2 jenis Debt Service Ratio. Front End Ratio dan Back End Ratio. Back end ratio adalah kadar liabiliti sedia ada berbanding jumlah pendapatan. Front end ratio pula adalah kadar pinjaman yang hendak dipohon berbanding jumlah pendapatan. Kebanyakan bank memberi pinjaman hingga maksima kadar Back End Ratio 0.5 - 0.7 terhad kepada Front End ratio <= 0.4. Jadi, kalau masih nak daptkan pinjaman, carilah bank yang boleh bagi hingga back end ratio 0.7 ni ya. Antaranya Standard Chartered.

5) Mike hanya akan flip hartanah yang dia miliki jika sudah mencapai keuntungan 30% - 40% dari harga dia beli. Peratusan ini mengambil kira kos flipping iaitu entry cost dan exit cost.Beliau akan mencari hartanah yang boleh capai peratusan ini dalam masa terpantas yang boleh. Beliau dah rancang dari awal, bila dan bagaimana untuk capai peratusan ini.

6) Standard Chartered boleh menawarkan pinjaman maksima 30 juta untuk sesebuah syarikat.

7) Perkiraan pendapatan syarikat adalah purata pendapatan / wang masuk dalam tempoh 6 bulan darab dengan faktor pendapatan (income factor). Jika jenis perniagaan adalah:
 - perkhidmatan: faktor pendapatan adalah 20%
 - pembuatan, faktor pendapatan adalah 10% , dsb

8) Untuk meningkatkan penilaian hartanah anda, fokuskan pada pengubahsuaian yanag menambahkan build-up hartanah atau keluasan bangunan.  Menambahkan jumlah bilik tetapi luas bangunan kekal sama tidak banyak membantu. Jika tidak boleh ditambah secara horizontal (meluaskan bangunan), anda boleh naiktaraf dan luaskan bangunan dari segi vertikal (menambahkan ketinggian bangunan spt bumbung lebih tinggi atau lebih tingkat). Perabot tidak dikira di dalam penilaian hartanah, begitu juga air-cond kecuali air-cond itu adalah centralised air-cond.

Kesimpulannya, ini adalah antara seminar terbaik yang saya dapat hadiri setakat ini dan pasti adalah seminar terbaik dari FREEMEN. Ia menjawab banyak kemusykilan yang saya hadapi selama ini dan ia juga memberi banyak peluang dan ruang kepada saya untuk diaplikasikan segera.

Jika ada rakan-rakan pembaca blog mendapat jemputan untuk menghadiri seminar ini, tolonglah untuk TIDAK BERKATA TIDAK.


3 ulasan:

cbteh berkata...

Hi Cik Rohaniah,

Mengapa syarikat perlu ada perkataan "property holding"? Apa maksud tidak sah?

thanks!
Teh

Rohaniah Noor berkata...

hi Mr Teh, glad to see you here.

ok, setiap syarikat ada objeknya, iaitu tujuan ia ditubuhkan. jika di dalam objeknya hanya ada perniagaan menjual pakaian, contohnya, maka syakrikat itu hanya boleh menjalankan perniagaan menjual pakaian sahaja. tidak boleh perniagaan atau urusniaga lain.
objek boleh ada banyak dan lebih dari satu.
jika sesebuah syarikat menjalankan perniagaan yang tidak tertulis di dalam objeknya, pengarah syarikat boleh disabit kesalahan jenayah kerana menjalankan perniagaan tidak sah.
jadi, jika merancang untuk membeli beberapa hartanah atas nama syakrikat ini, letak lah perkataan property holding di dalam objek syarikat ini. tapi kalau cuma beli satu kedai yg digunakan utk perniagaan ini tak mengapa. tapi kalau nak beli beberapa hartanah dan disewakan, mmg perlu masukkan dalam objek.
harap jawapan saya membantu

cbteh berkata...

Hi Cik Rohaniah,

Thanks for the useful info.

Saya ingat perkataan ini perlu dalam nama syarikat apabila membuat pinjaman dari bank.

Bagaimana pula dengan perkataan lain seperti "Investment or Capital"?

thanks!
Teh