kerja mengecat dinding dah siap khamis malam jumaat tu juga
pasang kipas dan lampu baru dah siap jumaat
sabtu pula pasang rel langsir dan ganti tombol
yang belum buat adalah order pintu baru dan cat semua pintu
dan yg paling penting, sampah buangan pemasangan tiles masih ada di balkoni
saya dah panggil satu syarikat yang uruskan pelupusan sampah sebegini
hampeh,. rupanya rm160 je bayarannya
dia letak dulu tong sampah besi tu, esok baru dia ambil
konraktor hampeh tu kelentong saya sebelum ni, katanya tong sampah besi tu rm250 kalau dier datang dan nak blah time2 tu jugak
maknanya tong sampai, angkut sampah dan terus dia bawak
tapi kalau yang tinggal semalaman, harganya rm300
hampeh.. penipu betul.
nasib baik projek dgn dia ni tergendala dan saya baru bayar setakat pasang jubin je
sekarang ni saya dah 2 kali dpt panggilan telefon dari pekerja dia yang pasang jubin tu
katanya en hakim tak bayar satu sen pun kat dier
en hakim bagi nombor handphone saya, suruh dia mintak dari saya
ntah ye tak, saya tak tahu
tapi kalau betul, maknanya en hakim dah makan duit atas angin senang2... wuhooooo
lagu ini untuk saya tujukan untuk kita semua
Itu Ini Begitu Begini oleh Mirwana dan Altimet
semoga liriknya memberi iktibar kepada kita
4 ulasan:
la..keciann yer diaorg...aper reaksi diaorg bila dpt tahu yg ko dah bayar untuk pemasangan jubin?
dier tetap mintak gak duit dari aku.. hahahaha
cik, mana nk dpt kontek sykt pelupusan tu ya..
kucai, saya salin je no telefon yg ada kat tong-tong sampah besi kat tepi rumah2 yg sedang diubahsuai. cuba tgk di sekitar ada. mesti ada
Catat Ulasan