semalam merupakan ulang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W
alhamdulillah... setiap tahun Malaysia menyambut kelahiran beliau
walaupun sambutan ini dikatakan sebagai bid'ah, namun elok kita melihatnya dari sudut positif.
jika ia tidak dijadikan cuti umum dan disambut di peringkat nasional, saya pasti ramai yang akan melupakan hari lahir baginda ini
sempena maulidur rasul ini, mari kita hayati dan contohi sifat-sifat rasulullah s.a.w
apa kata kita cuba lihat ia dari sudut kita sebagai pelabur / bakal pelabur hartanah
4 sifat mulia baginda adalah
1) siddiq atau benar
Rasulullah s.a.w seorang yang bersifat benar. kata-katanya, perbuatannya, tindakannya dan seluruh dirinya adalah berasaskan kebenaran. tidak sekali2 ada unsur-unsur pembohongan.
melihat kepada kita sebagai pelabur hartanah, kita juga perlu berkata yang benar apabila menyewakan rumah kita atau menjualnya kepada pembeli baru.
Jangan pula cat setahun lepas kita katakan cat baru.
Jangan pula dah janji nak jualkan pada pembeli A pada harga sekian-sekian, sekali kita tukar fikiran dan membatalkannya.
Jangan pula kita bagi kenyataan yang kurang tepat kepada rakan kita yang bertanya berkenaan pelaburan hartanah semata-mata sebab kita ada dendam pada dia.
2) Amanah
Amanah berkait dengan sikap boleh dipercayai.
JIka seseorang meletakkan kepercayaan terhadapnya untuk melakukan sesuatu, seseorang yang amanah akan melaksanakan tugasnya dengan sebaik-baiknya.
Sebagai pelabur hartanah, sifat ini sangat penting.
Ada satu amanah besar di atas bahu kita iaitu pinjaman. Perlulah kita membayar ansuran bulanan yang telah kita janji untuk membayarnya di dalam dokumen perjanjian antara kita dan pihak bank.
Jika ada di antara kita yang membeli rumah secara perkongsian, siapa yang menguruskan rumah itu perlulah amanah.
Jangan sekali-kali kita makan wang bahagian rakan kongsi kita.
Rakan kongsi juga sama, perlu juga amanah dan sedia memnghulurkan bantuan kepada pengurus rumah tersebut.
3) Tabligh iaitu menyampaikan
Rasulullah menyampaikan ajaran Islam dan nasihat-nasiahat yang baik kepada kita.
Alhamdulillah di zaman ini, sungguh mudah untuk kita turut menyampaikan ilmu dan mesej yang baik kepada rakan-rakan.
kita ada blog, ada Facebook, ada twitter, ada Google+
apa kata, pada mereka yang suka menulis, boleh lah buka satu blog dan kongsikan pengalaman pahit dan manis di dalam pelaburan hartanah
yang kurang berminat menulis, mungkin boleh kongsi di Facebook atau twitter.
kalau rakan2 peribadi rasa perkara tu macam poyo atau menunjuk-nunjuk (yang sebenarnya kita tak maksudkan begitu) mungkin anda boleh kongsikan di dalam kumpulan yang sesuai
contohnya di dalam page Group FB Property N Co
atau cara paling mudah adalah apabila anda membaca artikel yang bagus di blog atau status FB orang lain, anda gunakan ciri-ciri kongsi di FB, twitter atau Google+ untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda pula
mana tahu, perkara kecil yang anda lakukan ini dapat memberi manfaat kepada rakan anda yang ingin membeli rumah mereka juga
ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amalan kita yang akan dibawa ke alam sana nanti.. insya Allah..
4) Fathonah atau bijaksana
Rasulullah sememangnya seorang yang bijaksana di dalam tindak tanduk beliau.
Lihat saja strategi beliau di dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Banyak terma yang jika diperhalusi, memberi manfaat yang besar kepada orang islam tetapi pada masa yang sama keadilan kepada bukan islam.
sebagai pelabur dan bakal pelabur hartanah, kita juga perlu melabur dengan bijaksana
tidak boleh bertindak semborono.. tidak boleh sekadar hanya mengikut rakan-rakan
di dalam mengambil tindakan jika penyewa lewat membayar sewa, bertindaklah secara bijaksana
di dalam memilih hartanah untuk dibeli, lagi lah perlu bijaksana
ingat bahawa pelaburan hartanah ini merupakan satu perniagaan
perniagaan perlu dilakukan secara bijaksana
ini juga merupakan satu jihad ekonomi kepada kita, orang-orang islam
takkan nak biarkan orang yahudi saja kaya kan..
kerana bila kita ada kuasa ekonomi, banyak perkara baik dapat kita lakukan
maafkan saya jika artikel ini terlalu banyak kelemahan kerana sememangnya saya bukan pakar dalam bidang agama
tapi harap anda ambil yang baik dari apa yang saya tulis.
mari kita lakukan yang terbaik sebagai seorang muslim
mari kita tunjukkan sifat pengasih kita, cukup2lah orang islam dikatakan pengganas
Salam Maulidur Rasul
mari kita tonton video muzik ini yang memaparkan sikap sebenar Nabi Muhammad S.A.W
bukan seperti yang dilukis di dalam karikatur orang Denmark
bukan seperti yang difitnah oleh para murtad
tapi inilah sifat beliau yang perlu kita contohi
dan perlu kita beritahu kepada mereka yang tersalah sangka
4 ulasan:
Hi,
I'm a silent ready of your blog.. find it very interesting.
Baru2 ni saya ada plan nak tambah hartanah, modal tak cukup.. so plan la nak buat JV dgn kawan yang nama clear lagi (takde komitmen).. bley cadangkan kaedah yang win-win bagi kami dalam kes JV ni.
terima kasih.
Hi Berani Tanggung,
thank you for finally drop a comment here.. really appreciate it!
nak buat JV? hm...
secara ringkas, tentukan jumlah percentage share keuntungan. tentukan siapakan property manager utk property tu dan tentukan berapa upah property manager. tulis ni semua atas satu perjanjian bertulis, kemudian buat stamping pada perjanjian tersebut
Terima kasih atas nasihat tu..
satu lagi favour bley? bleh tak fwd atau kongsikan contoh agreement JV tu buat pedoman..
Thanks.
hm.. agreement jV tu tak dpt dikongsi lagi buat masa ini
Catat Ulasan