bro, orang lain lu boleh kencing
wa lu jangan cuba
lu nampak wa perempuan, tapi lu tak boleh kencing gua
ini ayat dalam hati saya
kawan2 pembaca blog wanita
biasa tak kawan2 rasa kurang yakin nak pergi bengkel kereta
takut mekanik tu kelentong?
biasa tak rasa kekok dan tak tahu nak beli barang macamana
masa ke kedai hardware bila cari part nak baiki paip?
saya rasa majoriti wanita ada perasaan ini
kita rasa kurang yakin
kemudian kita rasa dan kita dapati peniaga / mekanik lelaki tu cuma ambil kesempatan
jual harga lebih mahal
jual barang yeng rendah kualiti
atau baiki cincai buncai
yup, saya ada rasa yang sama masa nak cari kontraktor pasang jubin
saya tak ada pengalaman pasang jubin
saya rancang nak beli barang sendiri
cuma panggil orang pasang jubin
pasang lampu dan kipas, saya dah ada technician yang biasa pakai
cat nak buat sendiri je
jadi saya nak cari kontraktor yang bagus dan harga berpatutan
cuba tanya di FB, takde siapa bagi respon..
mungkin ramai rakan FB saya rakan yang tak berminat dengan hartanah
cuba tanya sorang pekerja indon yang biasa baiki paip di rumah saya
beliau kata, upah yg dia dan kawan-kawan biasa ambil adalah rm2 untuk setiap kaki persegi
cuma masalah dia adalah pengangkutan sebab mereka pekerja indonesia yang tak ada pengangkutan
saya pulak bekerja, macamana saya nak hantar ambil mereka dari kawasan rumah ke kerinchi hari-hari
saya mula tanya rakan-rakan, kalau-kalau mereka ada kenal sesiapa yang bagus
seorang rakan saya memberitahu yang kakak indonesia yang kami pernah pergi berurut tu, suaminya kerja pasan jubin ni semua
saya pun cuba lah hubungi kakak tu
saya panggil kak yati
tinggal di taman desa
kak yati kata memang suami dia boleh buat dan sekarang ni lapang
saya pun set nak jumpa kak yati dan suami dia malam tu juga
masa tu hari jumaat malam
sebab saya nak kerja ni siap cepat
sebab kalau lagi lama rumah ni kosong, lagi rugi kepada kita tuan rumah.. duit sewa tak masuk kan
semasa berbincang, suami kak yati, en hakim tawarkan nak siapkan semua kerja yang diperlukan di rumah tu
pasang jubin, pasang lampu, pasang rel langsir, tukar pintu, tukar tombol.. dan mengecat!
saya jelaskan, saya nak mengecat sendiri sebab saya nak jimat kos dan saya boleh mengecat sendiri
lagipun cat projek baru2 ni masih berbaki.. saya nak habiskan yang tu je
beriya-iya dia nak kerja mengecat dan semua tu sekali
dia tawarkan satu harga yang mula2 saya rasa agak mahal
tapi kemudian dia tawarkan tambahan rm50 untuk siap mengecat
dan janji akan siapkan rumah tu semua sekali dalam masa kurang seminggu
jadi saya pun rasa boleh la... win-win
saya bayar lebih sikit dari bajet asal, tapi rumah siap cepat dan saya tak perlu ulang alik uruskan wiring dan mengecat sendiri, apa salahnya
lagipun pekerja indon kan biasa mengecat, mungkin hasilnya jauh lebih baik
jadi, saya setuju lah dengan dia
isnin yang korang semua rileks cuti 4 hari maulidur rasul tu, saya dah ke kedai jubin dengan en hakim
balik kampung rumah mak 2 hari je,, sabtu ahad je.. huhuhu
order jubin isnin, janji sebelum sabtu ahad akan siap
tapi jubin tu jumaat baru sampai!
pintu tak sampai2
memang la pintu tu saiz tak standard, tapi biasa ke order pintu seminggu belum sampai?
sabtu lepas saya ke sana, jubin baru separuh di pasang
cat pun belum
wiring belum
pintu, tombol? tak ada perkembangan
penyewa pulak dah terdesak nak masuk cepat
terpaksa saya benarkan mereka masuk walaupun rumah belum siap
janji selasa 14hb siap semua
isnin malam tu saya ke sana la.. tengok keadaan rumah tu
lemah lutut saya rasa tengok hasil mereka cat
sebodoh2 saya dan adik2 masa mula2 kami mengecat di puchong dulu pun tak macam ni
cat mereka ni cat orang malas dan buta
bercapuk-capuk, tak kena pada semua permukaan dan tepi2 tu langsung tak dicat
deyy, ini macam ka ambil upah mengecat?
dah tu, bila saya check jubin tu, ada dua tempat takde simen kat tepi antara 2 keping jubin
dan ada lebih kurang 10 keping jubin yang lompang di bawahnya
ya, saya memang tak pandai pasang jubin
tapi saya tahu bagaimana bunyi jubin yang lompang
saya belum buta dan pekak
saya pun komplen la pada en hakim
saya tgk dia buat muka bengang
buat muka bodoh-bodoh macam dengar tak dengar
setakat ni saya dah bayar separuh dari jumlah yang dia minta
mula-mula saya bagi duit untuk tanda jadi
kemudian saya tambah lagi duit untuk beli barang
dan katanya pekerjanya takde duit tambang
jadi dia pernah minta saya bayar lagi
saya hulur lagi sedikit
jadi semuanya lebih kurang separuh la dari harga kesemuanya
tapi saya memang bengang malam tu sebab walaupun cat buruk dan pasang jubin macamtu, ada ke dia minta lagi duit?
mati hidup saya tak mau bayar
saya suruh siapkan kerja esok spt yg dijanjikan
buat kerja dengan baik dan cermat
dan saya akan bayar penuh
sekali esoknya penyewa saya sms
en hakim tak nak datang siapkan rumah selagi saya tak tambah duit
what the....!!!
nampaknya dia salah menduga wanita
saya kira2 jumlah tu cukup lah untuk harga jubin dan simen yg dia beli
dan upah pasang jubin yang tak berapa betul tu
jadi, dia tak mahu datang?
fine.. cukup setakat itu
tak mahu datang, jangan datang!
saya boleh siapkan sendiri
jadi malam tadi saya pun pergi ke sana baiki cat
bawa mak dan seorang rakan pekerja dari vietnam untuk bantu
lepas ni akan panggil orang pasang lampu dan kipas
pintu tu pun saya akan order sendiri dan membr saya tu mahu bantu pasang
tapi ye la.. nak baiki cat yang memang dah tak sekata
hasilnya dah tak tak secantik kalau kita buat betul2 dari awal
sebab cat putih lapisan pertama pun dah tak rata kan...
kepada en hakim
kalau encik ingat saya akan merayu-rayu
"tolong lah siapkan rumah saya.. saya akan bayar dulu duit.."
en hakim silap
carilah mangsa lain nak tipu
kawan2 ada pengalaman lebih kurang sama?
28 ulasan:
Awat tak bagi no hp dia skali?org hampeh mcm tu tak berkat duit nk kasi anak bini makan...
Memang sukar nak cari tukang cat yg senonoh. Pengalaman saya upah sampai 3 org untuk siapkan kerja. Seorang nak cat dinding shj, seorang minta upah sgt mahal, last baru saya dapat yg reasonable. Tu pun sbb office mate. Boleh share ke quote yg mahal tu untuk perbandingan?
Anie, luckily you are a strong woman with backup. Why people cannot do a job properly as promised.
"nampaknya dia salah menduga wanita
saya kira2 jumlah tu cukup lah untuk harga jubin dan simen yg dia beli
dan upah pasang jubin yang tak berapa betul tu
jadi, dia tak mahu datang?
fine.. cukup setakat itu
tak mahu datang, jangan datang!
saya boleh siapkan sendiri"
nice. +1
kak ani, perkara macam ni selalu sangat terjadi kat mak ayah dan sedara mara lain.
-upah kerja 1 hari RM50
-kerja masuk / balik sesuka hati
-kalo nak kerja siap cepat tambah duit lagi
-tiba2 datang pekerja tambahan konon buat cepat..sila tambah duit lagi
-saja buat kerja lambat sebab gaji hari
-spesis diorg ni mmg kerjanya nak menipuuuu je. *segelintir*
geram bila jadi macam ni kan? tapi masing2 xtau nak marah + tegas. Jadi ikut je apa yg diorg nak sampai kerja tu siap :(
Respek gila kat kak ani...!!
saya banyak kali tertipu dgn kontraktor melayu. Ingat nak tolong bangsa sendiri, tp jd mcm kes saudari.
So far x pernah kena. Pernah upah tukang cat, budak melayu, kerja bagus, komen tmpt mana kita x puas hati, dia touch up balik, kerja tip top cat satu rumah termasuk pagar 3 ari siap dgn upah reasonable, tapi area kuantan le.......hehe
aku pernah gak kene tipu ngan contractor...pasang gril, wiring n ceiling...first impression memang best la...duit nak masuk dulu....tapi aku rasa suspecious gak....dgn cari kiraan total cost tu...masuk skit skit....keje pung okie la..tapi kene push gak.itu pung ader yg tak puas hati.. Setiap stage selesai, aku pass skit..tapi bila tang kitchen n chat, aku naik pelik plak. Mahal nak mampus and idea tak masuk akal..aku layan jer la cete dia. Bayangkan, chat rumah rm 5k tapi limited to 2 or 3 warna. hishh, bayar mahal chat 2/3 warna itu pung lepas negotiate. Research yer pasal, better beli chat n upah org n chat sendiri...laggiii jimat. Sekali, towards the end, dia buat hal plak, nak duit la,tak ader pekerja la, baiki nie kene ader additional duit la, duk tunda tunda ..sampai 2 minggu tak ader. Kesabaran tahap max. Sampai sekrg, aku tak bayar penuh, sebab setiap kali aku call dia pasal masalah, dia tak jawab and kalu beruntung pung, jawab lepas tu tak angkat langsung...cari gaduh punya pasal..Kesimpulan yer, jgn la percaya 100% and jgn nak duk bagi 100% kepada contractor. Tu yg aku research n memang jadi.
Pengajaran, memang kita tak dpt nak elak 100% dari kene tipu. Tapi kene sentiasa berhati hati. Bayaran jgn bagi penuh , buat janji betul betul termasuk kalu tak puas hati, tak kan bayar penuh or bayaran penuh akan bagi bila 1/2 bulan tak ader masalah kat hasil.Ialah, kita upah freelance. Simpan resit dan nama company tu, untuk senang kita buat report kalu masalah timbul. Dan berani bertindak dan aku kagum dia cara ko buat tu none. Sabar pasti ader kejayaan di akhir.
Pengalaman saya.... Bagi upah RM 50 untuk (50 x 2) 2orang. 1st time siap minta utang sbb tak gaji... Awal2 dia gitau... sbb kakak saya bagi RM 50 sahja... kalau tauke saya minta lebih... Kene amik dan hantar mereka kat umah kongsi... pada ahad sahaja. Sebb hari lain mereke keje... Kene belikan lunch skali. Hasil memang puas hati..Tapi sbb tak urgent boleh buat. 4x trip.. 2rumah dapat di cat. siap tolong repair atap dan lubang itu dan ini foc... trip pertama mengemas dan mencuci. Then menegecat. Then mengecat rumah lagi satu then membersih.... sbb puas hati siap bagi bonus RM 150 lepas sumer job dah siap....
sitie, letak no hp mcm promote dier la pulak kang.. hehehehe
nuestra, letih gak tu.. dier ni mintak rm3050 utk pasang tiles sekali dgn barang, cat (upah sahaja), ganti pintu sekali dgn barang, ganti tombol sekali dgn barang, pasang dan baiki rel langsir, pasang 2 lampu dan 2 kipas (lampu dan kipas saya beli sdr).
haruki, yup, luckily i can do it by myslef and have a friend who can help. he was wrong, he think of short term money only.
zaini, thank you... :)
kupaslaoren, gaji hari lagi sedap diorg tekan. jgn kasi can kat mereka. diorg ni takde etika. tau nak duit je..
ijat, melayu tak melayu... saya sebenarnya mencari yang buat kerja bagus tp harga munasabah.
unknown, bagus budak tu.. mungkin boleh share contact number dia di sini.. mana tau ada org kuantan yang baca..
chan, woww.. rupanya rumah ko pun ada kisah yang menarik. haah, diorg tru ketuk ko la tu... seb baik ko pun smart dan berhati2. saper suh buat kerja tak betul. kita ni kalau mereka buat kerja sempurna, kita akan bayar la mcm yg dijanjikan.. anyway, ko pun congrate sebab tak bg peluang mereka tipu.
suziey, rm150 utk mengecat mmg terbaekk.. ye lah.. lgpun kita dan hantar ambil dier kan...
Boleh tak nak mintak contact pekerja melayu kalau tak kisah.. sb sy mmg tgh carik tukang cat nak upah.. thanks
Area kuantan kan... harap dpt la upah org yg ok ..sekali keje je senang
Assalammualikum, kami adalah syarikat berdaftar ssm dan cidb,beroperasi di sekitar Kuantan dan Pekan menyediakan khidmat bina baru dan ubahsuai rumah melalui skim pinjaman kerajaan, tunai,swasta dan pinjaman bank.Berpengalaman membina pelbagai jenis rumah serta kerja pakar, turut menyediakan khidmat melukis Pelan& Guaman,pertanyaan: hubungi kami untuk maklumat dan rundingan lanjut. sms/phone: 0199883675 , wtapp: 0179508299: Ahmad VCE.
Sy bkn nk jatuhkan bangsa sy sendiri klu blh nk tlg bangsa sendiri tp apakan kerjanya kurang memuaskan.suruh pekerja melayu pasang tile kat porch kereta.guna tile 2 kaki x 1 kaki.sgt xcantk.tile ada tinggi rendah.ada rongga 2 celah lubang.potong xsama tile sebelah tepi.semua sekali rm5k.xkesah byr mahal tp puas hati ini rs xberbaloi sgt.mmg sy xrekomen pada sesiapapun
Kontraktor ubahsuai rumah membuat kerja-kerja memasang tiles, mengecat, tabletop, paiping DLL hubungi / WhatsApp 0182233854 khaidir di kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan puchong
Dari pada melayu lebih baik ambil kontraktor cina walaupun cina lebih mahal. Cina lebih kemas. Sy pun bekas pekerja ikut cina dulu. Lagi 1 kontraktor melayu pandai cakap ini lah itu lah Dan bos kontraktor cina dulu mengawali dengan sebagai kuli biasa aje. Melayu tak ade tiba2 melayu ambik keje2 kontraktor semua buat. Setahu sy melayu hanya tau buat kerja2 wiring aje Dengan grill. Sy pun bukan nak menjatuhkan bangsa melayu juga tapi dah terlalu banyak sy dengar kontraktor melayu buat kerja abal abalan kate orang indonesia.
Dari pada kontraktor melayu lebih baik ambil kontraktor cina walaupun cina lebih mahal
Dari pada kontraktor melayu lebih baik ambil kontraktor cina walaupun cina lebih mahal
Kontraktor ubahsuai rumah membuat kerja-kerja memasang tiles, mengecat, tabletop, paiping DLL hubungi / WhatsApp 0182233854 khaidir di kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan puchong
0199133486 tukang area kuantan pancing timur
0173578306 Membuat pendawaian , Mozek , partion , siling , meja dapor Mr azhar whatsapp , wechat
Yana deyy
Dah ramai saya nampak depan mata hasil kerja macam ni.bukan ape.sya pun tukang cat.tapi.kalau kita buat tak ikhlas.periuk nasi kita tak kemana.kalau nak kekal lama dalam bidang ni.kena ikhlas buat.saya juga ada dipanggil oleh beberapa owner rumah yg mana.kerja pengecat sebelumnya amat tidak memuaska. Dan sangat tidak profisional.nak duit je.bila owner bagi kerja kt diorg.buat macam cat reban kambing.cat bertaburan.tidak sekata.tapi.team saya siapkan sampai owner puas hati.kerja kena ikhlas baru boleh pergi lebih jauh.mana nak tahu owner akan rekemen kawa2 bos2 jiran2.bagi saya.ini la prinsip saya dalam kerjaya tukang cat.
Akhir sekali.jika berminat nak service kami yg pastinya tidak akan mengecewakan anda.boleh la berhubung dgn kami melalui whatsapp atau call terus ke 0172560659.
Jgn risau.CUSTOMER FIRST untuk service kami.
Kami berada di KLANG SLNGOR.kami bergerak selalu area KLANG,SELAGOR,KL.
Catat Ulasan