Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat
Empat tiga dua dan satu
Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu
alhamdulillah...
isnin 20 feb dan hari ni 22 feb merupakan hari yang sangat menggembirakan saya
hari yang penuh tuah
dua hari ini menunjukkan kepada saya kalau kita punya impian dan angan-angan, kita perlu sebut, bayangkan dengan kuat dan usahakannya
tak berjaya, usaha lagi
tak berjaya, usaha lagi
tak berjaya, usaha lagi
cepat atau lambat jika angan-angan dan impian itu kuat dan usaha kita tak putus, kita akan tetap dapat capainya
alhamdulillah....
kejayaan yang saya capai dlm 2 hari ini adalah juga dengan bantuan rakan-rakan
kalau saya seorang, mungkin lebih sukar atau masih belum dapat mencapainya lagi
kejayaan 20hb
2006: dapat merasa mee udang terlazat seumur hidup.
mee udang di sungai dua, pulau pinang
en yob bawa saya dan ayat ke sana
nak mencari tempat tu malam2 sampai tersesat-sesat dari pulau ke tanah besar dan ke pulau semula, kembali ke tanah besar
akhirnya dapat makan mee udang terlazat tu.. ayat belanja. alhamdulillah....
lepas tu saya sentiasa teringat nak makan lagi mee udang tu
setiap kali ke penang, saya teringat
tapi bila ke sana atas hal kerja, selalunya naik flight terus ke pulau
pergi penang marathon 2010 dan kenduri kahwin member 2011 pun tak dapat ke sana
lagipun saya pun tak tahu macamana nak ke sana sebab haritu kami pergi malam dan bukan saya yang drive
alhamdulillah setelah 6 tahun saya menyebut2, saya dapat menikmati sekali lagi mee udang sungai dua ni
terima kasih pada kawan2 study yang setuju singgah dan cari kedai mee udang ni
impian 6 tahun terlaksana...
kejayaan kedua 20 hb:
alhamdulillah..
akhirnya impian untuk memulakan pelaburan hartanah komersial berjaya.
dah dapat loan
dan letter offer pun dah keluar
cuma oleh kerana bank tu jauh, maka baru sorang partner saya, Mr Y yang dah sign semalam
letter offer akan dihantar ke sini untuk saya dan mr F pulak sign
syukur sebab angan-angan ni tercapai walaupun terlewat sedikit dari sasaran 2011
betapa susah nak dapatkan pinjaman..
memohon ke sini sana
banker slow, banker takde respon, bank tolak
tahun lepas pun pernah mencuba nak beli satu kedai tapi terkena pulak vendor nak bankrap
letih, payah, geram, tarik nafas... akhirnya angan-angan ini tercapai
kejayaan 22hb
ini kejayaan terbesar saya tahun ni
5 tahun balik lewat malam
rakan serumah dah tidur enak atas katil, saya baru pulang
motor EX5 rakan penyokong saya yang setia
orang lain dah enjoy duit gaji, beli rumah selesa, beli kereta besar
saya simpan duit, rancang dan usaha
pernah hilang wallet, pernah motor pancit malam-malam
pernah belajar dalam gelap sebab rumah belum pasang lampu
pernah belajar berkumpulan, makan tidur menumpang di rumah orang berhari-hari utk beberapa minggu
tidur lewat, bangun awal tiada astro
drama korea hanya semasa cuti semester
tak tgk wayang berbulan-bulan lamanya
tapi hari ni alhamdulillah..
12.20 pagi tadi saya dapat keputusan peperiksaan
semuanya lulus
bermakna ini saya dah boleh grad
alhamdulillah.... Bachelor of Legal Studies (hons) akan berada di dalam genggaman
tapi saya belum boleh jadi peguam
belum boleh masuk mahkamah sebab masih ada requirement yang belum saya tamatkan
kena buat LLB (hons) dulu dan buat chambering
tapi oleh kerana LLB hons tu memerlukan saya bercuti tanpa gaji, saya tangguhkan dulu sebentar
sementara tu saya nak buat Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan secara part time dulu
dah isi borang, cuma tunggu keputusan...
alhamdulillah....
ini kejayaan terbesar saya tahun ni
5 tahun balik lewat malam
rakan serumah dah tidur enak atas katil, saya baru pulang
motor EX5 rakan penyokong saya yang setia
orang lain dah enjoy duit gaji, beli rumah selesa, beli kereta besar
saya simpan duit, rancang dan usaha
pernah hilang wallet, pernah motor pancit malam-malam
pernah belajar dalam gelap sebab rumah belum pasang lampu
pernah belajar berkumpulan, makan tidur menumpang di rumah orang berhari-hari utk beberapa minggu
tidur lewat, bangun awal tiada astro
drama korea hanya semasa cuti semester
tak tgk wayang berbulan-bulan lamanya
tapi hari ni alhamdulillah..
12.20 pagi tadi saya dapat keputusan peperiksaan
semuanya lulus
bermakna ini saya dah boleh grad
alhamdulillah.... Bachelor of Legal Studies (hons) akan berada di dalam genggaman
tapi saya belum boleh jadi peguam
belum boleh masuk mahkamah sebab masih ada requirement yang belum saya tamatkan
kena buat LLB (hons) dulu dan buat chambering
tapi oleh kerana LLB hons tu memerlukan saya bercuti tanpa gaji, saya tangguhkan dulu sebentar
sementara tu saya nak buat Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan secara part time dulu
dah isi borang, cuma tunggu keputusan...
alhamdulillah....
Terima kasih tak terhingga kepada semua kawan-kawan dan partner yang sama-sama berusaha dan membantu saya di dalam impian ini
terima kasih..
Jika angan-angan kita kuat
jika usaha kita tak putus
jika setiap kali terduduk kita bangun semula
kita akan dapat capai juga impian kita itu..
cepat atau lambat.. insya Allah
teringat lagi lirik lagu Malique ini
terima kasih..
Jika angan-angan kita kuat
jika usaha kita tak putus
jika setiap kali terduduk kita bangun semula
kita akan dapat capai juga impian kita itu..
cepat atau lambat.. insya Allah
teringat lagi lirik lagu Malique ini
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
14 ulasan:
Tahniah Kak. Tak tercapai dek akal saya semua tu.. huhuhu
Tahniah... memang best!
Tahniah, and all the best.
Kalau boleh saya nak tanya. Pasal hartanah komersial tu, dekat area mana, dan berapa harga? Berminat la dengan commercial properties ni.
ae, terima kasih banyak2.. ae lebih hebat dari saya.. cuma dari segi berbeza je...
wakif, terima kasih...
mahzan, terima kasih.. saya beli di melaka, dataran pahlawan. harga rm388k
woww..tahniah2.....semoga terus berjaya
hebat
long journey kan..huhu
Alhamdulillah & tahniah Anie...utk semua kejayaan yg dicapai.x senang nak senang..:)
tahniah. semoga lebih berjaya lagi
anda mmg hebat..tahniah, segala penat lelah selama ni dah berbayar.. usaha tangga kejayaan..
boleh jadik role model ni..
Very happy for you Anie. You are always thankful and content, that's why you will continue to get more!
aslam, sourlum, terima kasih..
sitie, haah.. panjang lagi perjalanan ni.. perjuangan yg belum selesai.. ecehhhh
isma, betul.. bukan senang mau senang.. kena lawan keadaan dan keluar dr zon selesa..
sari, terima kasih..
zz, anda selalu mengingatkan saya pada penyanyi pujaan saya, kak ziana zain.. anyway, terima kasih..
haruki, thank you.. i only try my best but since the challenge is so big, it takes time to be materialised
Syukur Alhamdulillah..Tahniah kak Anie ^_^
terima kasih niza... heeee
Catat Ulasan