10 Februari 2012

jangan guna aircond ni

saya belajar dari kesilapan
memang banyak cuba dan silap (trial and error) yang berlaku dalam hidup saya

masa kecik dulu selalu cuba dan silap buat biskut raya
yang paling tak lupa, tersilap masa mula2 buat biskut batik jawa
ada ke saya, kakak dan adik boleh blur macamana nak buat lepas kami campurkan bahan dlm kuali
resepi tu tak bgtau yang kami kena masukkan dalam bekas dan tekan mcm nasi himpit (kami panggil nasi kapit)

blur punya pasal, kami pergi tumbuk dlm lesung batu bahan2 yang dah digaul tu dan cetak guna pencetak kuih
dah biskut batik jawa jadi mcm cookies biasa.. adehhh

ok, saya dah melencong

apa yang saya nak kongsi hari ni adalah cuba dan silap saya dalam memilih jenama dan model air-cond
biasalah kita kan nak jimatkan kos
kita akan pilih alat elektrik yang ok tapi dengan kos yang paling murah

masa nak pasang aircond untuk rumah sewa saya, saya bertanya kepada kontraktor air-cond
nak yang murah tapi ok
mereka cadangkan beberapa jenama iaitu haier atau daikin
saya pun pilih haier
sebab siap pasang baru dalam rm800 - 850 bergantung pada jarak split unit dan compressor
semua sekali ada dalam 4 unit air-cond yang baru yang saya pasang

rupanya air-cond ni tak berapa sejuk la
patut la penyewa saya suka komplen air-cond tak sejuk
saya ingat sebab gas dah kurang atau sebab kotor
saya pun hantar la technician air-cond untuk servis

rupanya memang dia tak cukup sejuk!
sejuk setakat ala-ala ada je
walaupun remote dah tunjuk 16 darjah celcius
walaupun baru lepas servis pun, dia sejuk tahap mcmtu je...

jadi kesimpulan saya nak kongsi di sini
JANGAN BELI AIR-COND INI---> JENAMA HAIER
huhuhuhu...

38 ulasan:

CHEDEM berkata...

Ani aircond ko jual kat saya masih sejuk,Panasonic.Terima kasih ye jual dulu.

Rohaniah Noor berkata...

chedem, sama2..
haah, panasonic mmg good brand kan. kami ada satu bilik pasang aircond panasonic lama. wpun body dah kuning tpi mmg sejuk dan puas hati.

sourplum berkata...

bgus review macam ni. orang lain xde la buat kesilapan yang sama.

Cr. Siti Hazreen Shahrom berkata...

good info :)

sitiezahim berkata...

ha ha ha hampeh unt dedua cerita di atas huhu..

Rohaniah Noor berkata...

sourplum, tu lah motif saya.. supaya org lain tak buat kesilapan yg sama

cikgu, terima kasih...

sitie, hahahha.. yg pertama tu hampeh tp lawk giler... mcm bengong je tumbuk adunan tu

PakTeh berkata...

saya setuju dgn jenama tersebut dan sewaktu dgnnya yg made in china tetapi bukan "daikin" kerana ia jenama jepun yg lebih mahal dari panasonic dan york.

maaf, sebab saya juga keja memasang aircond. sekadar berkongsi dan moga ada benarnya.

Rohaniah Noor berkata...

PakTeh, terima kasih atas perkongsian. kalau begitu, mungkin kontraktor saya tu tersalah memberi harga utk daikin

Unknown berkata...

York colling king terbaik.

syahmie berkata...

thanks for the tip

MoHd KhAiruL HaMzi B. MhD JaMin berkata...

Salam,

Saya share tips pembeliaan penyaman udara.Untuk memilih penyaman udara yang bersesuaian perlula merujuk kepada'Cooling Capacity'dlm unit Btu/hr example 1HP,1.5HP or 2.0HP.bukan memilih penyaman udara paling murah.

Rule of Thumb Pemilihan penyaman udara .

Luas Ruang (diukur dlm feet)
Ratio yang sering digunakan adalah 7.5 bagi kediaman.

Cth :

Bilik Tido

Cooling Capacity (Btu/Hr)
= 7.5 x (luas ruang) x tinggi bilik
= 7.5 x (10x20)x 10
= 15,000 BTu/Hr @ 1.5hp
(1hp = 10,000 btu/hr)

Oleh itu, kita harus membeli 1.5hp untuk penyaman udara untuk bilik tido berkenaan.Sekiranya kita membeli 1.0hp kemungkinan besar bilik tido kita tidak sejuk dan penyaman udara kita sering mengalami kerosakan walaupun baru dibeli.

Jenama yang dicadangkan adalah York dan Acson kerana spare part mudah dan murah berbanding dengan Panasonic.

thanks..

dummyblog berkata...

pakai york yang terbaik saya pakai dah 5 tahun still ok sampai sekarang. service setahun sekali je dah cukup. hehe..

Unknown berkata...

ade sesiapa tahu aircond jename hisense?

SIHATCOMMEY berkata...

Good info

Unknown berkata...

http://top-10-list.org/2013/08/02/top-10-best-air-conditioner-brands-in-the-world/

Unknown berkata...

http://top-10-list.org/2013/08/02/top-10-best-air-conditioner-brands-in-the-world/

shah berkata...

Aircond jenama Pensonic ok x?

Hakim & The Magistret berkata...

@shah
sesenang g try test tgk kt courts. skrg ni ada cooling fair. mcm2 brand ada, hisense hitachi sharp toshiba bla bla bla.. bnyk nau2 haha

Unknown berkata...

kat mana cooling fair courts ni? mcm bnyk je brand yg ada bunyinya. hehe.

Hakim & The Magistret berkata...

@John Doe

gila tak bnyk. ada dlm 16 brand kalau tak silap aku. stakat ni yg aku tau 3 kedai courts je yg ada cooling fair ni. courts setapak, sri damansara ngan ipoh.

Unknown berkata...

oh kat courts sri damansar eh. elok le. aku pon dh duk dekat sgt dah. duk damansara damai. boleh la aku pasang aircond kat umah lepas ni. hehe. pasang free ke?

Hakim & The Magistret berkata...

@John Doe

bab pasang tu aku rasa kena tanya courts. tak silap berbeza kot ikot harga aircond ngan brand. tp tgk kt iklan katanya pemasangan hanya seringgit je. utk area lembah klang yg beli pon kat courts area lembah klang

Man Siakap berkata...

untuk lembah klang je ke? abis org duk luar lembah klang mcm johor ke penang ke tak merasa le cooling fair courts ni? huhu

Hakim & The Magistret berkata...

@Man Siakap

setakat ni ada kat courts setapak, sri damansara ngan ipoh je. tp rasanya sebelum ujung tahun ni, courts akan buat jugak kat cawangan lain seluruh negara

Unknown berkata...

haha. saba man siakap. nanti ada le tu. yg pastinya, aku nak g usha mana aircond yg bleh menambat hati aku. hehe. kau tunggu courts aku smpai.

Unknown berkata...

saya seorang aircond installer
rumah saya guna 3 unit aircond haire dah 4tahun..aircond saya still ok dan sejuk..kadang,jenama ape pon kalau pasang tak betol mmg xkan sejuk..sekadar pendapat shj

016-9793532
aircond installer kl- selangor

unicorn berkata...

Salam, sy pakai LG inverter,awal2 dh problem,bunyi bising, tepon kedai jual aircond tu,cina tu mcm lepas tgn,suh sy call LG terus wlo dia agent yg jual kt sy. Dtglah technician LG,ckp x cukup gas..bunyi aircond mcm nk pecah unit aircond,gas x cukup? Aaikk, bru pasang x sampai seminggu...sy bertegas nak tukar unit baru,dia ckp x buleh sampai ke sudah. Sekrg dh masuk 4 thn dan masih pakai dgn prestasi 2 bintang saja. Aircond cepat x sejuk wlp bru servis,gas dh masuk...rse nk tukar tp duit tu reserve wat benda lain dlu...gerammmmm

Unknown berkata...

Sendiri rosak sendiri bikin takda hal maaa...

UmmuAdli berkata...

Saya guna 3 brand. Lain bilik lain brand. Brand panasonic dan mitsubishi okay. Brand media...hampehhh

UmmuAdli berkata...

Saya guna 3 brand. Lain bilik lain brand. Brand panasonic dan mitsubishi okay. Brand media...hampehhh

Unknown berkata...

tip sye senang je...beli aircond yg mudah dpt sparepart ditmpat kite sndiri..xguna jenama bagus tpi sparepart susah dn mhal..dirumah sye ade 2 brand york n panasonic..tpi panasonic sparepart dusah dan mahal berbanding york..dan 1 lgi york dgan daikin 1 syarikat yg sme..sparepart daikin bleh pakai di jenama york..

Unknown berkata...

saya beli aircond haier juga. tp psg di rumah mertua. bilik tidur isteri. disebabkan jrg2 balik, sekali sekala je guna aircond tu. setakat ni dh setahun masih dlm keadaan yg baik. kalo nk banding dgn jenama lain seperti york, mmg berbeza rasa sejuknya. tp boleh la. padan dgn harga. pakai pn sekali sekala. kalo tiap2 hari buka, mgkn nasib akan jadi sama mcm tuan blogger

Unknown berkata...

Betul3..

zan berkata...

Aircon jenama Hisense mmg kurang sejuk dan ada kebocoran. Air keluar ikut sisi tepi unit indoor. Aircon baru tapi kurang urmph.

Unknown berkata...

Sy pkai nasional ja...sampai la ok dkt 8thun dah...hihihi...tp dah berubah wrna la...

Unknown berkata...

Sy pkai nasional ja...sampai la ok dkt 8thun dah...hihihi...tp dah berubah wrna la...