02 Februari 2012

doktor + tuan rumah = makcik kayooo

Saya ada seorang kawan
kawan sekampung yang memang kamceng masa sekolah rendah
Kami satu geng
satu kelas
sama-sama pengawas
sama-sama duduk kat Blok B
sama-sama pernah main longkang
sama-sama pernah mengharungi lecah jalan tak bertar ke sekolah

biar saya panggil dia Jee.



kami memang geng
tapi bila masuk sekolah menengah, kami bawa haluan berbeza
namun hubungan baik tetap dijaga

Sekarang Jee seorang doktor
cita-cita dia dari sekolah rendah
Memang hebat dia ni
Tapi yang paling hebat adalah baru-baru ni dia dah berjaya jadi tuan rumah
wah....

dia memang dah lama membeli rumah
tapi untuk duduk je.. bukan untuk pelaburan
namun sejak pertengahan tahun 2008 lagi dia dah mula hubungi saya melalui telefon
bertanyakan panduan membeli rumah untuk pelaburan dan kalau-kalau saya ada tahu rumah yang bagus untuk dijual
ada la dia tengok rumah rakan pejabat saya nak dijual di mentari court
tapi kemudian tak jadi beli

kemudian dia ada juga survey rumah di shah alam.. tapi belum membeli lagi

sejak tu, kadang2 kami berborak mengenai pelaburan hartanah di telefon
dia pun teruskan survey sambil belajar
satu demi satu tips saya kongsikan kepada dia

kawan saya ni memang seorang  yang bijak
jadi, walaupun saya bagi panduan melalui telefon, dia cepat tangkap

tahun 2010, menggunakan tips yang saya kongsikan pasal Golden Triangle, akhirnya dia berjaya mencari dan  membeli satu unit rumah yang sangat-sangat di bawah harga pasaran
apartment di seksyen 15 bandar baru bangi
harga pasaran masa tu 95K tapi beliau dapat beli dalam 72K je
25% di bawah harga pasaran.. wuhooooo!!

tapi sebab tak mau bayaran bulanan tinggi, dia buat pinjaman atas 85K je..
ok jugak.. masih dapat cash..

ingat tak saya cerita dia pernah beli rumah sebelum ni.
jadi apartment ni adalah rumah ke2
sepatutnya pembelian seterusnya adalah rumah ketiga.
jadi dia sepatutnya layak dapat loan 70% je untuk yang berikutnya

tapi dia gunakan teknik mohon 2 pinjaman serentak yang saya kongsikan kepada dia
lepas je booking rumah ni, dia book satu lagi apartment lain
terus mohon pinjaman
wuhooo.. dua-dua loan dapat 90% pinjaman...
waaaaa.....

ini bermakna, walaupun sepatutnya rumah ketiga dia dapat 70% loan, peraturan tu dapat dimanipulasi oleh dia
dia masih dapat 90% untuk rumah ketiga.
cuma projek ni ada sangkut sikit.. jadi loan belum disburse

lagi best, sebab dia terlalu gembira dengan seksyen 15, beberapa bulan lepas tu dia beli satu lagi
kali ni dapat harga 70K je..
harga pasaran 95K
jadi dia dapat 26.3% di bawah harga pasaran
gila.. melopong mulut saya mendengarnya....

nak jadi cerita rezeki dia, yang ni dia dapat pinjaman 80% walaupun pinjaman rumah ke4
hm.. mungkin sebab pinjaman ketiga dia tu tergantung dan tak keluar di dalam rekod pinjaman ccris dia
memang terbaekkk

nanti dulu....ada lagi berita hangat!
baru-baru ni beliau dah dapat kunci rumah seksyen 15 beliau yang pertama tu

dan dah sewakan
letak je iklan sewa rm600, berderu-deru panggilan telefon diterima
jadi, kejap je dah dapat penyewa
jadi, rental yield yang dia dapat adalah 9.86%
wowwww


wohohooo...
rakan didik saya yang dah sedia bijak ni memang sangat hebat!

Jee = doktor + tuan rumah
Jee = makcik kayoooo!!!






Gambar 1: hakcipta Jee
gambar 2: hakcipta iproperty

pesanan buat jee: bila mau ajak aku datang rumah? mau makan spaghetti home-made.. ehehehe

6 ulasan:

Farid Adam berkata...

untungnya dia...boleh jadi pembakar semangat untuk dapatkan rumah untuk tahun ini...hehe

- www.faridadam.com -

Farazila Wahab berkata...

Memang hebat! Seronok kalau dpt anak murid mcm ni :)

Rohaniah Noor berkata...

farid adam, chaiyokkk!

fara, mmg best.. seronok tgk dier berjaya beli kaw2 punya.. untung kaw2 punya..

Travellingbie berkata...

macam pernah nampak kawasan nie.rumah atas kedai ke?mahal jugak sewa kat sini yer...untuk tuan rumah :-)

Rohaniah Noor berkata...

kak bieeyah, lokasi ni mmg sangat hampir dengan UKM. dekat pula dengan kedai2 dan stesyen minyak. jadi, permintaan mmg panassss

Theresa loan berkata...

Hello, Semua orang (Tawaran Pinjaman)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: theresaloancompany@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
Tawaran kami sebanyak $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut

{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
Hubungi kami di email ini: theresaloancompany@gmail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
ucapan
Puan Theresa