29 Februari 2012

aikk, kena bayar jugak?

bajet 2012 dah kata, RPGT atau nama dalam bahasa melayunya CKHT dikenakan kepada pelupusan hartanah yang diperoleh kurang dari 5 tahun
maknanya kalau kita jual rumah tu yg kita beli kurang dari 5 tahun lepas, kita kena bayar cukai RPGT / CKHT atas jumlah keuntungan yang kita terima

kalau jual dalam masa kurang 2 tahun, kadar adalah 10% dari keuntungan
kalau jual dalam masa 2 - 5 tahun, kadar adalah 5% dari keuntungan

boleh baca artikel saya pasal pengumuman RPGT  ni dalam bajet 2012 di sini dan di sini

Bunyi macam penjual je kan yang kena bayar..
pembeli macam tak terlibat

tapi tidak sebenarnya
kedua-dua penjual dan pembeli tetap kena bayar juga sedikit
sebab?
peruntukan ini mewajibkan kedua-dua pihak penjual dan pembeli untuk isythiharkan penjualan dan pembelian hartanah mereka

kena isi borang CKHT 2A
peguam uruskan orang ni dan hantar ke LHDN


kena RPGT atau tidak itu lain cerita
isi borang ni je dah tetap kena bayar caj lawyer yang uruskannya
dalam kes saya, kena bayar rm300

berbeza dengan situasi semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu
masa tu Tun isytiharkan RPGT dikecualikan untuk sebarang jual beli hartanah
jadi, memang tak perlu bayar apa-apa... tak perlu isytihar apa-apa ke LHDN dan tak perlu isi borang apa-apa pun

Sekarang zaman Dato' Seri Najib
RPGT dinaikkan
borang tetap kena isi

jadi jangan ingat penjual je kena bayar RPGT
jangan ingat kalau jual hartanah yang melebihi 5 tahun tak perlu bayar apa-apa
jangan ingat kalau anda pembeli lagi lah tak perlu bayar apa-apa

tak kena bayar pun tetap kena bayar jugak...

5 ulasan:

Haruki berkata...

Orang pertama yang untung: Lawyer ;-)

Mohammad Syahman bin Abu Hasan berkata...

Ramai yang memaksa kita bagi duit kat 'mereka'..

Rohaniah Noor berkata...

haruki, yup. lawyer untung tapi nak jadi lawyer tu bertahun-tahun belajar dan berbulan-bulan chambering tu.... huhuhu

syahman, ia bergantung pada polisi kerajaan. kalau kerajaan buat polisi yang suruh kita bayar, apa boleh kita buat?

daimpressive berkata...

masa rpgt 'digantung', kerajaan nak galakkan pertumbuhan sektor hartanah, mmg berkembang, transaksi jual beli meningkat, tp kerajaan yg rugi, sbb tu diimpose semula. lojik mudahnya disebalik rpgt, kalau seseorang itu menjual dan membeli rumah, maka mereka dianggap berduit (walaupun hakikatnya beli rumah pun buat pinjaman, kuang3x)

dan cas 300 tu dah ada dalam legal profession act, kalau tak cas nnt bawa masalah kepada peguam pulak.

hanyalah seorang blogwalker.

Rohaniah Noor berkata...

daimpresive,

ya, sebab mmg kena caj ni lah saya kongsikan utk yg belum tahu lagi atau yg belum mengalaminya. dah tentu lah benda2 tu ada dlm rules.
tp sure ke ada dlm LPA?