31 Januari 2012

samak peti ais

Tinggal di dalam negara yang berbilang bangsa memerlukan kita saling memahami adat, budaya dan pegangan agama masing-masing
Ada perkara yang menjadi pantang larang sesuatu bangsa, jangan kita sengaja langgar
Ada perkara yang menjadi larangan sesuatu agama, kita hormati.

Sengaja memberi angpow dalam sampul putih semasa perayaan Tahun Baru Cina, misalnya, adalah satu tindakan tidak ambil tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu yang sangat tidak menghormati adat orang cina.
Sengaja menghidangkan lauk daging lembu kepada orang India juga mencabar kesabaran mereka.
Begitu juga menerbitkan menu daging khinzir sebagai resepi di bulan puasa merupakan tindakan yang sangat tidak sensitif dan menghina.

Sebagai tuan rumah, kita ada kalanya sukar untuk menghadkan rumah yang kita sewa kepada sesuatu kaum atau agama sahaja
apatah lagi jika target penyewa kita merupakan expatriate atau pelajar antarabangsa

Apabila sudah menyewa, kita tidak dapat menghalang penyewa dari membawa masuk makanan, minuman atau melakukan sesuatu yang melanggar adat atau ajaran agama kita sebagai tuan rumah atau agama penyewa seterusnya.

Saya baru pulang ke rumah
Tadi saya ke rumah sewa, menyamak peti ais di rumah sewa saya
Penyewa terdahulu beragama kristian dan memang mengaku ada membawa masuk pork dan makan di dalam rumah
saya sendiri pernah kebetulan datang pada waktu mereka sedang makan apabila saya datang untuk kerja-kerja pembaikan
Itu terpulang kepada mereka.. saya tidak membantah

Tapi bila penyewa berikutnya adalah muslim, maka perlulah saya samak terlebih dahulu peti ais itu sebelum digunakan oleh penyewa muslim ini

Saya tahu ramai bukan islam di luar sana keliru
kenapa orang islam boleh selamba ke makan dan minum di tempat yang menghidangkan arak
tapi tidak boleh makan di kedai yang menghidangkan pork

Ini kerana, muslim hanya tidak boleh minum arak
arak atau alkohol diharamkan kerana ia boleh memabukkan

tetapi bagi anjing dan khinzir berbeza
bukan sahaja haram dimakan, kalau tersentuh mereka dalam keadaan salah satu dia atau kita basah, muslim perlu membersihkan kawasan yang terkena anjing atau khinzir itu dengan satu cara cucian istimewa
cucian inilah yang dinamakan 'samak'
menggunakan air tanah dan air biasa
satu jirusan air tanah, 6 jirusan air biasa

bukan sahaja tangan yang terkena anjing atau khinzir tapi juga pinggan yang kita nampak jelas menghidangkan daging pork tersebut, kuali yang jelas kita nampak memasak pork, langsir yang kita nampak terkena kencing anjing dan juga peti ais yang jelas kita tahu menyimpan daginf pork

hanya selepas samak, barulah tangan, pinggan, peti ais, langsir ini semua dikira bersih dan boleh digunakan semula oleh orang islam.

maka malam ini, peti ais dan dapur gas di rumah tu telah selamat disamak
legalah penyewa baru ni










2 ulasan: